Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pekabor? Masih yer, pada yang sentiasa singgah dapo saya ni. Alhamdulillah follower pun dah semakin bertambah dari sehari ke sehari. Mudah mudahan kita semua mendapat keberkatan bersama.
Ujung minggu aritu saya bawak balik anak saya dari asrama, dah tak tertahan betul rasanya rindu kat dia. Rindu nak duduk duduk dan makan makan ngan dia. Sepatutnya dia tak boleh balik lagi, ujung minggu ni baru balik terus cuti sekolah. Saya suruh ayah dia buat surat mintak dia balik jugak, apa alasan nak bagi tu pepandailah yer ayah dia. Walau dah difax surat kebenaran, ayah dia kena jugak menjawab melalui panggilan telefon dari guru sekolah pulak. hmmm.. Sabar jerlah ibu dia ni kann..
Bila Farrah balik, seolah membawa pulang kembali semangat buat saya. Walau seletih mana pun tetap macam macam nak buat dari yang nak makan kat rumah sampailah yang nak dibawa pulang ke asrama. Pada N3 kalini saya sembang dulu pasal Chewy Gooey Brownies yang saya buat. Saya jumpa recipe ni kat blog SURY NUR IRISSYA. Saya teruja nak mencuba sebab saya tau anak saya Farrah tu memang suka sangat apa apa yang bercoklat ni. Tambahan pula bila saya sekolah recipe ni, nampak mudah jer dan bahannya pun dah ada dalam dapoq. Terima kasih yer Sury kerana kongsi recipe ni cuma akak ada derhaka sikittt jer.. Bukan apa, ada tu saja nak clearkan stock sebelum expired. Ada tu pulak akak saja genapkan supaya senang nak ditimbang. Maklumlah timbang akak tu antik betul.. hehee.. Tapi camner pun tetap sedap dan Chewy Gooey.. haaa.. jenuh tergeliat muncong nak nyebutnya.. Kaylah.. meh saya share recipe yang bak kata Sury 'Semudah ABC' tu kat sini pulak. Saya transalatekan juga ke Bahasa kita.
BAHAN BAHAN :
150 gm Butter
200 gm Coklat Masakan
3 biji Telur Size A
150 gm Brown Sugar
1 sudu kecil Vanilla Extract
1/2 cawan Susu Ideal
50 gm Tepung Gandum
50 gm Serbuk Koko
50 gm Kacang Hazel
Memula saya cairkan bersama butter, coklat masakan, susu ideal dan serbuk koko dengan kaedah double boiler. Sejukkan sebentar dan Ketepikan.
Kacang Hazel atau apa jer kacang yang nak guna dipanggang sedikit dalam oven. Sementara itu, telur bersama gula perang dan vanilla extract sehingga larut. Saya guna whisker tangan jer. Selepas itu masukkan bahan coklat tadi dan kacau sebati. Selepas itu masukkan tepung gandum yang telah diayak. Pukul terus hingga sebati dan masukkan kacang hazel yang telah dicincang. Saya potong dua jer kacang hazel tu.
Akhir sekali griskan bekas yang bersesuaian atau lapikkan dengan baking paper dan bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau hingga masak mengikut kapasiti oven memasing. Sejukkan sebelum dipotong. Bagi saya, jika dibiarkan semalaman lagi sedap. Enak dimakan begitu jer atau pun bersama eskrem.. Yummmeyyy.. Selamat Mencuba.. :)
assalamualaikum Sheila pagi2 dtg nk makan choey goweey ni haaa tulis pun salah gak mmg tergeliat lidah ni best jugak tu makan ngan aiskrim kan nak copy jugak lah resepi ni anak2 akak pun fav gak yg pesen ni
ReplyDeleteAduh mak aiii!!! tergoda ai..!!
ReplyDeleteuihhhhhhh.ada aiskrim skli..nnti nk buat lagi buh aiskrim gak lah..cantek view dot dot tu..:-)
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeletetak tahan tenung brownies lama2...takut tak tahan...hahaha...nyaman bah..
Oh my...terasa nak ngap tengok the last photo... temptation :)
ReplyDeletegambar bak pro food photographer
ReplyDeleteSheilaaa....
ReplyDeletekalau datang dapur Sheila...serba salah jadinya tau... nak duduk lama-lama ngensessss tak habis, nak datang kejap je... tak puas jamu mata! Apa ilmu Sheila pakai ni haaaa.... he he ehhh menggoda sungguh hasil air tangannnya!
Salam syg kak.
ReplyDeleteAlahaii melelehh tgk tau..akk buat apa jew smua sdap2.tau.
Assalamualaikum...brownie ngan eskremmmm...wahhhh sesuai sangatlah ni....sukeeeee
ReplyDeleteseeedap yer kak.....yumm..yum.....gambor pun mantop sangat2...
ReplyDeletefuh...sy pun peminat coklat gak...sedapnye
ReplyDeletewah telan air liur tgk brownies+aiskrim tu...ngecesss..xleh jadi ni..hihi
ReplyDeleteWsalam.. Terima kasih banyak banyak juga pada yang singgah dan tinggalkan yang membuatkan saya tersenyum simpul membacanya.. Luv uols.. muahh.. muahhhh.. :)
ReplyDeletethx Puan. Saya sudah mencuba resipi ini n ternyata memenuhi citarasa saya n family. HALAL kn ilmu dr Puan.
ReplyDelete