Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Saya tak berapa sihatlah arini tapi dah tak larat nak dok terbaring jer. Asal makan ubat jer laloq, buhsan sungguh. Makanya saya hadaplaa lappy buruq ni cuba cuba hapdet sikit pulak.
MLCP atau Masak Lemak Cili Padi Ayam Kampung ni saya masak masa Farrah balik cuti aritu atas permintaan dia jugaklah. Beria ia dia makan, memang betul betul teringin nak makan lah tu gamaknya. Haishhh.. mata ni dah pejam celik, pejam celik laa pulak, gara gara ubat batuklaa ni. Saya go straight to the point jerlah, ke recipenya.
BAHAN BAHAN :
1 ekor Ayam Kampung
Segenggam Cilipadi ~~ boleh adjust
2 inci Kunyit hidup
Serai dalam 5 batang ~~ dititik
3-4 biji Kentang ~~ dibelah 4
1-2 helai Daun Kunyit ~~ disiat siat
400 ml Santan kotak ~~ Ayam brand
500 ml Air atau secukupnya
1 keping Asam Keping
Garam secukup rasa
Mula mula kisar atau kalau rajin nak tumbuk lagi sedap, cilipadi dan kunyit hidup tu dan titik serai tu. Sediakan periuk, masukkan ayam yang telah dipotong dan dibersihkan, cilipadi dan kunyit yang telah dikisar tadi, serai, halia, air, dan sedikit santan dulu supaya tak terbersin bersin kita dgn bau ciliapi tu nanti. Jerang atas dapur dan masak hingga ayam tu empuk dan lembut. Kalau tak empuk lagi, bolehlah ditambah lagi Air dan sambung merebus lagi. Bila ayam dah lembut, masukkan ubi kentang dan masak hingga agak empuk.
Selepas itu baru kita masukkan kesemua santan, asam keping, garam secukup rasa dan biarkan mendidih seketika. Siat siatkan daun kunyit tadi dan masuk ke dalam gulai tu. Jangan masak lama sangat bila dah masuk santan nanti dia terbit minyak tak cantek gulai kita nanti. Api pon jangan kecil dan jangan besar sangat juga.. Yang sedang sedang ajer~~ Kalau kecil sangat nanti dia cam terbit minyak, tak jadi camtu.. Kalau besar sangat pulak, takut pecah minyak. Cam banyak lak songelnya kann.. hehee.. tapi taklah.. Jangan risau, senang jer.. Lagi satu, kalau MLCP original Nismilan atau Negeri Sembilan ni memang tiada penggunaan bawang langsung tapi sangat sedap. Kalau tak percaya, Cubalah.. :)
Shiela ni buek den tokonang lah:)
ReplyDeleteHehee.. Tokonang kan kampung ko Marsita.. :)
ReplyDeletewaaa gigihnye akak tumbuh pes tuh...
ReplyDeleteAssalamualaikum..sedap plak tengok MLCP ayam kg ni..klu takde ganti ngan ayam biasa pun sedap juga kan...
ReplyDeletewahhh mmg pekat kuah lemak cili padi ayam kg tu... lama tak makan ni... asal buat masak lemak je tak leh letak cili padi nnt anak2 takleh makan... terpaksa mak bapak yg kuat mkn pedas ni telan liuq je...
ReplyDeleteZura Lee : yang tumbuk ngan lesung tulah buat lagi kick tu.. heheh..
ReplyDeleteSue @ Nani : Wsalam.. Boleh ajer dear.. :)
FnF : alaa.. siannya dia.. buatlah sikit tuk mak bapak.. jgnlah telan air liur.. :)
menu cam ni lah penambat selera..org jawa kata ; boleh nanduk nasi..(tambah nasi)
ReplyDeleteRohah : betul betul betul..
ReplyDeleteAssalam sheila,
ReplyDeletewaduh lauk ayam lemak padi nismilan ni memnag lauk kegemeran anak bujang kita yang 2nd tu..kalau dapat lauk ni bertambah2 nasi dia makan ..kalu dah habis nasi minta ayam pulak buat ratah2..kita memang suka dengan masakan negeri sembilan ..sebab guna cili padi..kita dah cuba rendang kacang panjang recipe sheila tu..nanti bila2 kita masukkan entry ya..thanks sheila for the recipe!!
Aslmkum Sheila
ReplyDeletesedap tengok ayam masak lemak gini...pernah msk tp versi tak pedas sbb utk anak sekali mkn.