Friday 15 February 2013

KEK LUMUT DAYANG JACK



ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. :)

Semalam duduk duduk tetiba mood mengekek datang. Hmm.. Bila semangat tu sudah mari takleh tunggu lama lama, lambat sikit kang dia kelaut balik. hehehh.. Hampir tengah malam jugalah saya mulakan operasi KEK LUMUT ni. Jam 11.20 malam masuk kukus, pukul 3.20 pagi pulak baru sudah mengukus. Haa.. Sesekali angin giler ku datang kann..

Apa pun memang sangat berbaloi saya menunggu cake ni masak selama 4 jam, sedap betul rasanya. Terima kasih banyak banyak DAYANG JACK @ DAPURKU SAYANG kerana berkongsi resepi yang KEK LUMUT yang sangat sedap ni. Memula tu cuaq jugak bila nengok warnanya yang hijau tu tapi bila saya study bahan bahan dari resepinya, boleh agak mesti sedap rasanya especially bila ada horlick, nestum dan serbuk badam itu. To be frank, lama jugak dah saya menanam semangat untuk mencuba Kek ni tapi tahlah nape asyik postpone jer. Bahan bahannya pun kalau tak silap ada dua bulan dah terperap kat dapo tu. Siap hangkut masa pindah tu lagi, seb baik tak rosak. Saya mohon untuk share resepinya di sini yer Dayang untuk rujukan saya di masa akan datang dan juga teman teman lain yang ingin mencuba.




BAHAN BAHAN :

10 biji Telur Gred A
450gm Butter Berkualiti Tinggi (Golden Churn or SCS)
3/4 cawan Gula Kastor 
2 cawan Nestum (dikisar halus)
1 cawan Serbuk Almond
1 cawan Serbuk Horlicks
1 cawan Tepung Hongkong (diayak)
2 sudu kecil Vanilla Extract/Essence
60 ml Pes Pandan
1 cawan Susu Pekat Manis




CARA CARA :

1.  Sediakan pengukus dan didihkan air. Griskan loyang bersaiz 8" x 8" dengan mentega. Saya guna loyang bercorak Wilton.

2.  Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. 
 
3.  Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis. 

4.  Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati.
 
5.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . Kacau sebati. Saya satukan terlebih dahulu semua bahan ini dan gaul rata.

6.  Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil. 

7.  Kukuskan selama 4 jam. Tambah air panas mendidih jika hampir kering. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 





~~ SELAMAT MENCUBA ~~



17 comments:

  1. bestnya kak...sy bab kukus mengukus ni yg m besar skit....tambah2 nak lapiskan dia....tp klau mkn x de plak m nya tu...hihi...

    ReplyDelete
  2. aduhhh... geramnya tgk betapa anggun kek itu berposing! dah lama simpan resepi tp entah bila nak mencubanya... kek dahla cantik & pasti sedap... loyang kuih tu pun berkenan kita tgk... heee...

    ReplyDelete
  3. morning kak

    cantik loyang tu hihi, saya pun suka kek lumut ni tapi selalu fail bab kukus ni

    tapi rasa dia mmg superb kan, tgk bahan2 pun tau dah =)

    ReplyDelete
  4. kak shila pa brand pes pandan yang akak guna ye???/? tak sabar nak cuba resipi akak ni... tq

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Asyifa, Madiha n Tina.. mmg sedap kek ni.

    ReplyDelete
  6. Anony : Pes pandan brand apa pun takpe.. akak lupa akak guna brand apa ni.. bekasnya dah buang laa.. :)

    ReplyDelete
  7. Tempoh 4 jam menjaga dan menunggu memang sungguh lama Sheila, sib baik tak terlelap ye... he he ehh tapi berbaloilah dengan tempoh 4 jam tu sebab memang benar dilihat dari bahan-bahan yang digunakan sudah pasti rasanya sungguh lazat! Sheila... jenis kek2 versi kukus memang kegemaran Amie & hubby tau!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...sedapnya kek ni..tapi sampai sekarang saya masih belum ada keyakinan nak buat kek sarawak...

    ReplyDelete
  9. cantik...pd sy kek lumut ni mmg sedap...

    ReplyDelete
  10. Kek yg cantik..semestinya enak rasanya...nak satu slice..

    ReplyDelete
  11. cantik kek... cantik gambar... semuanya perfect.... rasa mesti lagi best... sgt menarik hati GD untuk mencuba... salam perkenalan ye... I follow..

    ReplyDelete
  12. assalam
    sedapnya, berbaloi tunggu berjam kan k.sheila bila hasilnya memuaskan
    sy memang berkenan kek ni he heee tp entah bila nk buat

    ReplyDelete
  13. inilah kek yg buat akak tak tidur suku malam erkk..hehe..berbaloi la...cantek,sedap tu kira mesti punya kan..

    ReplyDelete
  14. Aslmkum sis Sheila
    nampak cantik bentuk kek lumut itu....nampak anggun gitu.
    lama juga mengukus kek ni....kena betul2 sabar nak memasaknya....

    ReplyDelete
  15. Terima kasih semua yang sudi tinggalkan komen. Pada yang ingin mencuba, selamat mncuba yer.. memang sedap kek lumut ni.

    ReplyDelete
  16. salam. akak kalau x ada tepung hong kong, flour apa boleh ganti. tq

    ReplyDelete
  17. These health forum posting sites 24 hour fitness prices
    will also allow you to create the backlink for your blog if you have huge discussion with other members of the forum.

    ReplyDelete