Sunday, 28 October 2012

I called it 'BENGKANG LABU'



Assamualaikummm.. Salam Ceria dan harap belum terlewat juga untuk saya mengucapkan Salam AidilAdha buat pengunjung Spices Journey.. :)

Masih beraya ker? Mungkin ada juga yang masih menjalani ibadah Qurban juga Aidil Adha ni kan. Bagi kami sekeluarga segalanya serba sederhana saja. Insyaallah pada N3 yang akan datang nanti saya masukkan menu dan recipe Aidil Adha aritu. Kali ni kita nengok dulu bab BENGKANG LABU saya ni dulu yer. Maaf juga pada yang doq menanti agak lama resepinya. Bukan apa, kebetulan aritu dah mula sibuk pula dengan persiapan hari raya haji. Tak dan saya nak dok concentrate depan lappy ni tuk masukkan resepinya. Bzee sangat sangat kat dapo. Pada peminat labu tegar, dah bolehlah gi cari labu.




Sebelum ni dah beberapa kali juga saya try an error untuk mendapatkan BENGKANG LABU yang perfect rasa dan texturenya bagi citarasa. Pada percubaan kalini barulah saya sangat berpuas hati dan bersedia untuk berkongsi dengan kengkawan juga. Ada juga yang panggil Kuih Bakar Labu kann.. tapi saya ni dah terlalu sinonim dengan panggilan Bengkang Labu dari kecik kecik lagi. So, maintain jerlah.. Kalau panggil nama lain can tak seronok pulak rasa nak nyebutnya. Okaylah.. Jomlah kita nengok resepinya.




BAHAN BAHAN :

500 gm Buah Labu Kuning
1 cawan Tepung Gandum
2 sudu besar Tepung Jagung
300 gm Susu Ideal
100 ml Santan Pekat/Kotak Ayam brand
4 biji Telur Size A
3/4 cawan Gula Kaster
1/2 cawan Butter
1/4 sudu kecil Garam Halus
1 sudu kecil Serbuk Kulit Kayu Manis
2 helai daun Pandan
1 sudu kecil Vanilla ekstract/essence
Sedikit Sunflower Seeds dan Bijan
2-3 titis Pewarna Kuning Telur




Rebus labu yang telah dibuang kulitnya dengan daun pandan hingga empuk. Toskan air rebusan tadi, sejukkan sebentar dan dilecek sedikit.

Panaskan oven pada suhu 160 C selama 10-20 minit dan griskan sesiap bekas pilihan yang bersesuaian untuk membakarnya. Bagi yang berbentuk bunga bunga tu saya guna acuan silicone Wilton.




Satukan semua bahan diatas dan gaul rata. Kemudian diblend jer dalam blender hingga sebati. Tuangkan ke dalam bekas atau loyang dan taburkan di atasnya biji labu dan bijan yang telah dibasuh, ditapis dan disangai. Kemudian bakar pada suhu 160C atau mengikut kapasiti oven memasing selama selama 45-50 minit atau sehingga masak. Kalau suka kelilingnya lebih garing boleh ditambah sedikit masa membakarnya. Tambah lebih kurang 5-10 min bakar dengan api atas sahaja untuk permukaan yang lebih garing. Apabila sudah masak, sapukan dengan sedikit butter atau margerin di atas permukaan bengkang itu. Sejukkan dulu yer sebelum dipotong.




Feedback dari hubby, "Sedappp".. :)
Komen dari anakku Farrah, "Best arr bu, Sedap gilerr"..
Bagi tekak saya pulak.. Just perfect for my taste.. ;P




~~ SELAMAT MENCUBA ~~



16 comments:

  1. mmg feveret ni kalau bersangkut paut dgn labu ni...bingka tu pun nampak mcm aduhhhhh....mengoda selera tau.. wajib cuba ni...

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa.... terlioq laaa

    ReplyDelete
  3. Ummiakid-lily.. Selamat Mencuba!.. Insyaallah tak menyesal ;)

    ReplyDelete
  4. Gee.. Memang sedap sungguh.. jomlaa try buat sat.. :)

    ReplyDelete
  5. salam..
    oh kakak...peminat tegar dah datang ni..lentok kak dengar perkatan labu tu..hehe.. kuih2 camni mmg suka sangatlah kak..tak cukup seputun klu jamah..

    ReplyDelete
  6. Wsalam Rohah.. Samalah kita.. :-)

    ReplyDelete
  7. assalam k.sheila
    wah sedap tu bengkang labu hehe samala kita pun panggil bengkang dah dari kecik2 mak selalu wat guna api kayu atas bawah tu sedap garingnyakan
    cantik wat dlm mould bunga kenacarilah bekas ni he he

    ReplyDelete
  8. wsalam mama sara nur.. cari jgn tak cari.. hehehh.. :)

    ReplyDelete
  9. slm Kak Shiela sygg...wah nmpk sedap betul la bengkang labu tu...1 hari nti nk try buat la..

    ReplyDelete
  10. salam. nak tanya sikit. 500gm labu tu termmasuk kulit dia ke atau buang kulit siap siap dan baru timbang jadi 500gm. sbb teringin nak buat ni

    ReplyDelete
  11. wsalam QH.. cubalah yang.. memang sedap.. :)

    ReplyDelete
  12. Anonymous.. 500 gm tu timbang sebelum buang kulit dia yer.

    ReplyDelete
  13. 1 cwn tepung tu cukup ke?? tgk resepi org lain semuanya guna 2 cwn-2 1/2 tepung..

    ReplyDelete
  14. silikon bunga tu x cair ke kalau masuk oven..takutlah nk guna..

    ReplyDelete
  15. salam,

    sebenarnya nak cari resepi bingka labu, tp bila bukak terus tertarik dgn pinggan lama bunga kangkung ni...beli kat mana ye?hehehe
    dah lama cari...

    pohon share/guna resepi ye.tq

    ReplyDelete
  16. sedapnyaaa... bengkang ni org utara je kan panggil...

    ReplyDelete