Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pejam celik pejam celik ku masih di sini. Hrmm.. Something happened.. but i guess that's the best for us. Segala ketentuan pasti ada hikmahnya, hanya DIA yang Maha Mengetahui segala yang terbaek buat hambanya. Keputusan yang harus kami ambil tadi memang agak berat tapi demi masa depan yang lebih baik rasanya itulah jalan yang paling tepat. Alhamdulillah dengan petunjuk dari Allah segalanya berjalan dengan lancar. Yang pasti aku harus kuat kerana diriku jua adalah semangat untuk anak dan suami tercinta. Seandainya aku lemah, memang segalanya akan tumbang. Mudah mudahan Allah akan terus memberi aku kekuatan. Segala yang baik itu adalah dari ALLAH swt dan yang buruk itu dari saya, hamba yang lemah. Well.. That's LIFE..
Oleh kerana terlalu sibuk ke sana ke mari dan terlalu semak dalam kotak fikiran ni beberapa hari yang lalu baru hari ini saya dapat masukkan N3 PUDING CARAMEL ni. Mudah jer cara penyediaan caramel ni tapi tetap sedap. Actually, semenjak kecil lagi anak saya Farrah suka sangat makan caramel dan juga sangat cerewet memilih caramel. Kalau ada lubang lubang tu kompom dia bising. Kebetulan hari tu dia posa, biasalah posa ganti. Tetiba saya tergerak hati untuk buatkannya Puding Caramel peberetnya. Hepi betul lah dia, siap cakap, "Caramel ibu harini lagi sedappp.." Kata kata itu sangat membahagiakan hati saya seorang ibu.. apalagi ianya dijamah oleh seorang anak tatkala berbuka puasa.
Resepi Puding Caramel kali ini saya gabungkan dari resepi yang saya pernah cuba sebelum ni. Lagi 'Gabungkan" tuu.. ayat Masterchef lagi tu.. hehee.. Alhamdulillah saya rasa cara ni paling mudah, lebih sedap dan sangat puas hati dengan texturenya. Mula mula saya taburkan lebih kurang 2 sudu besar Gula ke dalam bekas silikon tu. Jika guna bekas silicone yang kecil kecil macam saya kali ni, agak agaklah gula yang ditaburkan dari 2 sudu besar tu ke dalam setiap bekas comel tu yer. Kemudian, bakar dalam oven dengan menggunakan Api Atas sahaja pada suhu 160 deg Celcius selama lebih kurang 5 min sehingga jadi gula hangus. Kena tengok juga sesekali sebab ia bergantung pada oven memasing jugak. Oven akan berasap sekejap, sebab kita bakar gula kan.. tapi no hal lah.. kejap jer. Jika tiada bekas silicon ni atau guna loyang, taburkan rata gula di dalam loyang dan masak di atas api hingga keperangan atau sepeti menjadi gula hangus. Gula akan mengeras bila sejuk. Ketepikan dulu.
Selepas itu kita sediakan bahan untuk Puding pula. Kacau sebati dengan lembut jer (jangan sampai berbuih) 4 biji Kuning Telur, 1 cawan Susu Cair, 1/2 cawan Susu Pekat dan 1/2 sudu teh Vanila Ekstract/Essence. Telur tu sebaiknya dibuang dulu tali pusatnya supaya tidak hanyir Caramel kita nanti. Kacau 1 sudu kecil Tepung Custard dengan 1/4 cawan air panas hingga larut. Sejukkan sebentar dan tapiskan masuk ke dalam bancuhan puding tadi. Kacau rata dengan perlahan. Kemudian tapis bancuhan puding itu lagi terus ke dalam bekas yang berisi Gula hangus tadi. Seterusnya bakar dalam oven dengan kaedah bain marie (letak bekas puding ke dalam loyang berisi air panas mendidih) pada suhu 170C lebih kurang 50-60 min atau hingga Caramel tu pekat dan keras sedikit. Saya guna api atas bawah jer, sebab oven saya takde api bawah sahaja. Boleh juga jika hendak dikukus selama lebih kurang 30 min tapi saya lagi suka jika dibakar dengan kaedah bain marie ni kerana tidak hanyir bau telur tu.
Setelah masak, sejukkan sebentar lebih kurang 30 minit barulah ditelangkup dan keluarkan dari bekas. Lakukan dengan hati hati kerana puding caramel ini agak lembut. Enak dimakan ketika sejuk. Senang jer kann.. Paling ringkas dan mudah untuk disediakan juga enak dijadikan juadah pencuci mulut ketika berbuka puasa nanti. Selamat Mencuba (",).
As usual, love your pictures. Nnt ajar kita cara caranya ya. Inbox kat fb, K
ReplyDeleteThank you very much Azie.. insyaallah saya cuba tp saya tak rasa pictures saya cantek Azie.. biasa biasa ajer..
ReplyDeleteHey! u don't sound good today!
ReplyDeleteDrop by here just to let u know tht I dah buat karipap pusing tu. hah... dah berpusing2. happy sgt. Mcm tahu jer I dah lama nak makan pudding caramel ni. Stay strong ok! jgn minta beban yg ringan, tapi mintalah bahu yg kuat agar kita dpt memikul beban itu dgn ringan.
Insyaallah, i'll be fine Zubedah.. thanks.. :)
ReplyDeleteBy the way i'm happy to hear about your karipap yang dah berpusing pusing tu.. Alhamdulillah.. let me se the pic dear.
Semakin hari semakin mengancam resepi-resepimu Sheila....
ReplyDeleteTerima kasih Amie.. alaa.. resepi koboi jer ni.. :)
ReplyDeletelicinnya karamel tu..sy buat selalu gak berlubang2...peh ni nk try kekdah kak shiela pulak..thanks
ReplyDeleteYeah! Karipap laku banget. Left 3 pcs only tuk bawa bekal gi kerja. Honestly I don't hv a habit of taking pic, probably coz I don't hv my own blog. Be patient k, as I told u, Ramadhan I will make again, then I'll put it at MDM, let everyone see he he . Want to put now 'paiseh' lah nnti takade org nak 'LIKE' I punye.
ReplyDeleteUmmiaisyah : Cubalah.. insyaallah takder lubang.. :)
ReplyDeleteZubedah : ok i'll wait.. anyway, am happy to hear that the karipap 'laku' banget.. hehee..
ReplyDeleteWaaaaaaaaaaaaaahh, terliiuuurrr habis akak tgk caramel pudding nih...lama sungguh2 x buat...adeei sabauu jek laaa...kiijaaam tau Sheila...hehe
ReplyDeleteAs'salam Shiela
ReplyDeletebila tengok puding caremal ni teringat bulan puasa tau. memang tak pernah miss mesti buat dalam sebulan tu rasanya adalah 10 kali buat sebab anak2 suka :)
nanti bolehlah cuba cara sheila ni, insya'Allah
Kak Ummi : Saya pun lama sungguh dah tak buat.. tetiba teringin sangat sangat.. memang syiok betul layannn.. kikikii..
ReplyDeleteCT Delima : Wsalam CT.. kann.. anak saya pun suka sangat ni.. Selamat mencuba yer dear.. :)
waduhhh terliur sudah tngk puding karamel Sheila ni, geram je tngk..halus texturenya...leh cuba ni..tq..
ReplyDeleteCubalah Yatie.. sempoi jer ni.. :)
ReplyDeleteAssalam kak...looks sooo nice la... nk tny...resepi nie pakai kuning telur 4 shj ye? xde putih nye?
ReplyDeleteThanx,
Nadia
Wsalam Nadia.. akak mmg tak guna telur putih sebab suka texture yg halus camni..
ReplyDeleteSy nk share resepi
ReplyDeleteMinta izin share ya.
ReplyDelete