Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera :)
Pertama tamanya di sini saya ingin mengucapkan Salam Takziah pada teman rapat saya Zai Hashim sekeluarga kerana pada hari ini ibunda tercintanya telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan Para Syuhada. Al Fatihah..
Kami dua dua beranak puasa arini. Selepas melawat jenazah, amik anak baru bekejar balik untuk masak juadah berbuka kami. Sudah agak lewat juga tadi. Makanya yang ni jerlaa yang sempat saya siapkan dengan bantuan anak saya, Kari Kepala ikan Jenahak dan Tempe Goreng. Alhamdulillah.. cukup syukur atas rezekimu pada kami Ya allah. Paling chomeyy arini picture saya snap semua dari atas dapo dalam kuali jer.. hehee.. tak sempat dah nak posing lelawa. Siap jer ni tadi, dah dekat nak azan maghrib. Dah ketaq lapaq pong.. kuali pon kuali laa yer.. :)
Resepi Kari Kepala Ikan ni saya pernah juga berkongsi sebelum ni, cuma kelainannya pada kali ni saya cuba tambah sedikit Rempah Soto Tok Mak. Masa saya bukak rempah tu untuk digaulkan bersama Tempe tu, baunya yang sungguh harum tetiba membuat saya teruja untuk cuba mencampurkannya bersama rempah kari ikan tu. Setelah merasa kari tu tadi masa berbuka tadi, mmm.. sedapnyerr.. Hubby balik kerja makan pun cakap sedap. Memang serbaguna betul laa Rempah Soto Tok Mak tu.. Macam macam saya dah buat. Kalau nak tahu resepinya, jomlaa kita ke dapo yer.. (:
1 Kepala Ikan Jenahak
50gm Rempah Kari Ikan Babas
1 sudu besar Rempah Soto Tok Mak
3 sudu besar Cili Mesin
1 biji Bawang Besar
5-6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia (dimayang halus)
3 batang Cili Hijau
100ml Santan kotak (Ayam Brand)
1 liter Air
1 sudu besar Halba Campur
1 sudu besar Beras sangai
Sedikit Daun Kari
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Segenggam Asam Jawa
Mula mula saya cadangkan, goreng dulu beras secara sangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan dan ditumbuk halus. Cuci bersih kepala ikan tersebut. Sebaik baiknya ia dicuci dgn cara direndam dulu dengan air perahan asam jawa, garam dan air beras ataupun boleh dimasukkan sedikit beras yang ditumbuk tadi. Selepas seketika, bilas bersih dan toskan. Kepala Ikan tu juga bolehlah dipotong mengikut citarasa memasing. Saya belah dua jer.
Sediakan periuk yang bersesuaian, panaskan minyak dan tumis dulu halia yang dimayang halus, bawang merah, bawang besar, bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus juga. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Tumis hingga bawang menjadi keperangan, baru dimasukkan rempah kari yang dibancuh dgn rempah soto dan cili mesin menjadi pes. Masak rempah tu hingga garing dan naik bau. Api kena kecik jer, bagi dia garing pelan pelan sampai bebetul garing. Kalau tidak nanti tak sedap.. macam rasa minyak urat nanti kari kita. Boleh juga masukkan sedikit garam dulu untuk menggaringkan rempah tu dgn baik. Pastu bila rempah dah garing, masukkan beras sangai yang dah ditumbuk halus tu dan kacau rata sebentar.
Kemudian masukkan pula air asam jawa yang mencukupi mengikut citarasa masing masing. Selepas itu, masukkan pula santan dan air secukupnya. Nak lagi kick, ramas asam jawa bersama santan tu sekali. Bila sudah menggelegak bolehlah dimasukkan kepala ikan dan garam secukup rasa. Patah patahkan cili hijau, masukkan ke dalam gulai tu. Bila kepala ikan tu dah masak, kecilkan api masak seketika bagi terbit minyak supaya nampak menarek gulai kita nanti. Akhir sekali, baru masukkan kacang bendi dan buah tomato. Sebelum matikan api, rasa dulu.. kalau dah cukup semua rasa siaplah sudah. Cubalah kengkawan.. Insyaallah pasni tak heran dengan Kari Kepala Ikan kedai mamak dahh..
Owh yaa.. Untuk Tempe Goreng tu pulak saya gaulkan 1 sudu besar Rempah Soto Tok Mak tu juga dengan sedikit garam pada 2 packet tempe yang dalam plastik tu. Tempe tu kita bilas sedikit sekali lalu dengan air supaya dia lembab sedikit dan rempah tu boleh melekat. Kelar kelar laa sikit dan dipotong nipis supaya serap rasa rempah tu. Sebaik baiknya diperap sebentar dalam setengah jam camtu, lagi in rasa rempah tu tapi tadi saya tak dan nak perap dah. Goreng jer terus sampai garing. Haa.. Sempoi jer kann..
~~ SELAMAT MENCUBA ~~
Kebetulan plak kak..semalam, mak pun msk kari kepala jenahak jugak. Ngee..terliur plak tgk lagi gambo kari nih kak!
ReplyDeletesedapnya kak lauk kari tu lawan dgn tempe...pasti bertambah makan ni kalau dpt...
ReplyDeleteSalam Shiela,
ReplyDeletekalau kari kepala ikan memang susah nak tolak tepi...adeii suka banget..
kena masak lagi laa yer Mak Lagenda.. hehee.. :)
ReplyDeleteMmmg bertambah tambah Qaseh Honey.. duhh.. tkleh masak selalu ni.. bahaya.. :)
Wsalam Rahel.. betul Rahel.. mmg peberet sepanjang masa.. ;P