Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera :)
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT aku masih disini. Ekceli keletehan belum berapa hilang lagi. Lemau lagi rasa badan ni. Kakiku ada terseliuh sikit masa kat KK aritu. Ingatkan sikit ajer, tapi lepas seminggu dia cam bengkak pulak. Badan pon seram sejuk cam nak demam. Tapi tekak ni punyalaa teringin nak makan cake. hmm.. Skodeng punya skodeng boleh terpandang satu recipe yang agak mudah dari teman fb Sue Aleen. Lama dah kusimpan recipe ni, tapi ada beberapa bahan yang telah ku ubahsuai mengikut citarasaku. Bukan apa, saja jer nak menerai nerai caraku pulak.
Bila dah siap, sedap laa pulak. Tak manis sangat. Saya buat malam semalam untuk breakfast pagi ni. Bila dimakan pagi ni makin sedap pulak rasanya. Puas rasa hati walau Cake sempoi jer pon sedap. Paling best kalau makan cecah oren atau nescaffe panas.. perghhh.. Memang tulaa cara makan peberet saya dari kecik. hehee.. Jom kita skodeng recipenya pulak. Sempoi jer..
BAHAN BAHAN :
250 gm Butter
150 gm Gula Castor
2 sudu kecil Ovalette
4 biji telur gred A
270 gm Tepung Cake
2 sudu kecil Baking Powder
250 gm Butter
150 gm Gula Castor
2 sudu kecil Ovalette
4 biji telur gred A
270 gm Tepung Cake
2 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Vanilla Extract/Essence
2 sudu besar Susu Pekat
1 cawan Susu Cair
1 sudu kecil Coklat Emulco
2 sudu besar Susu Pekat
1 cawan Susu Cair
1 sudu kecil Coklat Emulco
1 sudu kecil Coffee Emulco
NOTE : Tepung Cake BUKAN Tepung Naik Sendiri yer.. Tepung Cake boleh dibuat sendiri dengan mencampurkan 3/4 cawan Tepung Gandum dan 2 sudu besar Tepung Jagung dan diayak bersama. Buat secukupnya dan timbang mengikut keperluan recipe. Kemudian diayak sekali lagi bersama Baking Powder.
Pukul butter, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan vanilla extract/essence, susu pekat dan susu cair. Pukul lagi hingga rata.
Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, Pukul hingga rata dan sebati jer. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur coffee emulco dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Saya letakkan 3 sudu makan bagi setiap layer. Pada layer yg hampir habis, dikurangkan kepada 2 sudu makan dan seterusnya 1 sudu makan. Kemudian tarik tarik permukaan cake tu dengan menggunakan chopstick atau lidi.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45- 50 minit atau sehingga masak mengikut kapasiti oven memasing. Sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari bekas. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan bolehlaa dihidangkan.
Senang jer kann.. Sedap jugak buat untuk minum petang ni.. Selamat Mencuba yer.. (",)
cantik dah nmpak sedap giler la kak..nak kena try ni...
ReplyDeleteSalam Sheila :)
ReplyDeleteoh mkn kek cicah ngan oren or air nescafe yer!! pelik lah
suka mkn cake panas2 kdg2 tak sabar tunggu cake sejuk hehehe
cantik lorekkan cake zebra Sheila :)
Salam kak Shiela,
ReplyDeleteamboi la hai....menariknya...!
mmg dah nmpk cam zebra je dri jauh...:)
salam...lawa belang si Zebra ni... sama jer
ReplyDeletesangat cantik
ReplyDeleteCantik sangat2. Izin Kjee link blog awak ke blog Kjee yer. www.fauziahsamad.com
ReplyDeleteWsalam dan terima kaseh semua.. Cubalah.. Sempoi jer cake ni.. :)
ReplyDeleteKakJee.. Sila kak.. dgn berbesar hati.. :)
salam hemmm menarik lapisan kek zibra tu cantik aje halus mulus,,,dpt rasa lg best ni...:-)
ReplyDeletewsalam Sheila.. terima kaseh.. :)
ReplyDeletesalam, best n sedap nampk kek sheila, respi mmg tk boley copy ke dear,;-)
ReplyDeletewsalam.. selepas beberapa perkara terjadi saya mmg tk allow copy lagi.. maaf yer.. saya pun tak suka sebenarnya buat camni tp ada pihak pihak yang melampau sgt mengambil kesempatan. u print or salin yer dear.. :)
ReplyDelete