Monday, 29 July 2013

BISKUT SAMPERIT POJAAN.. ;)



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua. Nampaknya tak sampai 10 hari lagi juga kita akan menyambut kedatangan Syawal yang indah. 

Bagaimana dengan persiapan raya? Saya dan keluarga serba sederhana jer. Pada tahun tahun sebelum ni saya rasa seronok jer bila dah dekat dekat ngan raya camni tapi tahun niiii.. Makin dekat, makin suspeng gilerrrr.. hadoyyy.. tak cukup jam rasanya mengejar siapkan tempahan cake cake. Merungut tu taklah.. Tak baik kann.. dah rezeki Allah SWT beri dan juga kepercayaan teman teman. Saya tetap cuba laksanakannya sebaik mungkin semampu saya. Mohon juga agar diberi kesihatan yang baik agar dapat menyiapkan semuanya seperti yang dijanjikan. Ameenn..




Maka dengan ini, saya go straight to the point jerlah.. ni pun curi curi masa jer mengenangkan banyak sangat permintaan dari teman teman yang inginkan resepi Biskut Samperit dari saya. Resepi adalah dari Mak saya sendiri. Memang dari kecik, inilah Samperit yang menjadi pojaan kami adek beradek. Pernah juga cuba membeli tapi tidak menepati citarasa saya. Mungkin dah terbiasa dengan sentuhan Ibunda saya Puan Hajah Rohayah bte Khalid tu. hehee.. Tapi sungguhh.. saya cakap betoi taww.. 
Kalau tak percaya jom try.. (;

BAHAN BAHAN :

400 gm / 1 tin Tepung Jagung B&P Butterfly
3/4 cawan Tepung Gandum
1 cawan Gula Castor
1 cawan Mentega ~~ Saya guna Buttercup dlm tin
3 biji Kuning Telur
Sedikit Vanilla Extract



Semalaman Anakanda tercintaku Menyemperet.. Tq my darling.. :)



Acuan yang digunakan.. Habis terpele'ot dikerjakan dak Farrah.. takperlah.. jadi gak Semperit tu.. :)


CARA CARANYA :

1. Ayak Tepung Jagung bersama Tepung Gandum.

2. Kacau kuning telur dengan Vanilla extract. Ketepikan.

3. Dengan menggunakan senduk atau spatula kacau butter dengan gula castor hingga sebati. Jangan guna electric mixer, nanti adunan akan lembik dan kena guna lebih tepung. Kurengg rasanya nanti kalau banyak tepung.

4. Masukkan kuning telur dan kacau hingga mesra atau sebati.

5. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati. Guna tangan jer.

6. Dengan menggunakan acuan samperit tekan ke dalam loyang.

7. Panaskan oven dan bakar pada suhu 150C dengan api atas bawah selama 20 minit atau mengikut kapasiti oven memasing.

8. Setelah masak, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.




PESANAN : 

Kalau nak warna ceklat camtu bubuhlah sedikit serbuk koko Van Houten(cap parang tksedap tau). Klu macam saya buat ni, separuh adunan tu masukkan dalam 1 sudu besar serbuk koko tu dan uli hingga sebati. Kalau adunan kering, lembabkan sikit dengan sedikit butter dan uli hingga sebati semula.

Jika adunan terlembik, tambahlah tepung gandum sedikit. Manakala jika terkeras, tambahlah butter sedikit dan uli hingga sebati TETAPI jangan terlalu lembik, nanti bentuk dia melepet jer.


SELAMAT MENCUBA!..


12 comments:

Rumsiah Mat Zin said...

Terbaik la babe. Semperit ni mmg peberet daku. Tak leh miss, mushti buat sendiri. Beli2 x masuk ngan selera kita kan babe. Hehehehe

Nor Rimah said...

Tq kak shiela share resepi. X sabau nak try bt semperir ni

Mas said...

cantikkk samperit kak sheila tu...
nnti2 boleh try resepi ni..

rahel said...

Memang cantik samperit Sheila ni.....kita ada jugak plan nak buat biskut samperit tapi masi dalam mood tempahan biskut raya pulak...

Anonymous said...

thank q so much for sharing the recipe.mmg tak miss following your blog.mesti nak cuba buat biskut ni using yr recipie .

Amie said...

Cantiknya rutin harian Sheila... penuh dengan pelbagai tempahan (cabaran tu tau), semuanya rezeki Allah... take care darling!

Angah said...

canteknya kuih,...aduii payah nak cari acuan tu...

Rohah said...

Pujaan ku jugak kak...tiap tahun mesti ada, tp order :D je

mimie mielan said...

nampak sodapp la semperit akak i...nk try laa...ank2 da terliur tgk gambo yg mngancam jiwa depa.....

Qasey Honey said...

biskut fav..tp pandai makan je..buat xbpe nk jadi la..huhu

Bada Ariff said...

samprit kegemaranku ...

Norasblog said...

Sis best la.. Mohon cuba yer resipinya...mmg tgh cr resipi semperit nie,..