Wednesday 13 February 2013

BLUEBERRY SHORTBREAD BARS



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mendung jer cuaca kat sini, ujan renyai sedari pagi. Syiok betul laa sambil duduk duduk layan suara burung burung berkicauan. Indah sungguh ciptaan Allah SWT.. Subhanallah..

Last few days, masa boring sengsorang saya teringin pulak nak membaking. Saya pun skodenglah kat Pakchik Google nengok apa yang mudah tuk dibuat. Penyudahnya terbekenan ngan BLUEBERRY SHORTBREAD BARS ni sebab nampak mudah sangat nak membuatnya dan saya tau rasanya sedap. Sebelum ni penah makan di hotel hotel. Recipe ni asalnya dalam bahasa inggeris tapi saya cubalah transalate ke bahasa malaysia semampu saya. 




BAHAN BAHAN (Anggaran 12 bar) :

1 1/2 cawan Tepung Gandum ~~ diayak
1/2 cawan Gula Kastor
1/4 sudu teh Baking Powder
1/2 sudu teh Garam Halus
Secubit Serbuk Kayu Manis/Cinnamon
Secubit Serbuk Buah Pala/Nutmeg
1/2 cawan Unsalted Butter ~~ yang sejuk
1 biji Kuning Telur
1/2 sudu kecil air sejuk dari fridge
1 cawan Buah Blueberries atau secukupnya




CARA CARA :

Panaskan oven pada suhu 170C selama 10-20 minit.
Satukan semua bahan kering dan gaul rata.
Masukkan Unsalted Butter yang sejuk dan telah dipotong kiub.
Gaul rata dengan menggunakan hujung jari atau mixer tangan.
Kemudian masukkan kuning telur dan gaul rata, juga dengan hujung jari jer.
Renjis renjis kan air sejuk tadi ke atas adunan dan gaul rata.
Adunan haruslah berderai seperti serbuk roti tapi boleh dimampatkan.
Bahagikan adunan dengan nisbah 70:30.
Mampatkan bahagian 70% di dalam bekas pembakar.
Taburkan di atasnya Buah Blueberries secukupnya menutupi permukaan.
Tutupkan permukaan dengan menabur baki adunan yang 30% ke atas buah.
Bakar selama lebih kurang 30-40 minit.
Sejukkan dulu sebelum dipotong.




Mudah jer kann.. Saya dah beberapa kali buat ni, hubby suka sangat. Memang layan betul lah kena ngan Earl Grey Tea peberet saya tu.. Kalau tak percaya, cubalah.. Daaa.. :)



6 comments:

  1. owww... mudah jer yer... nk mencuba laaa

    ReplyDelete
  2. salam Sheila
    ada blueberry fresh lagi mesti sedap ni akak tak pernah buat tapi macam best jugak kan boleh try lah nanti copy resepi ya..

    ReplyDelete
  3. as salam...look nice sangat. Teringin saya nak merasa haha. Insyallah jika ternampak buah blueberry boleh lah cuba.

    ReplyDelete
  4. nampak sedap ni.nak kena cuba buat la!

    ReplyDelete
  5. Aslmkum sis Sheila
    suka tengok shortbread berderet yg dah potong itu...rasa nak ambil sepotong nak rasa...hi..

    ReplyDelete
  6. Sedapnye pn shiela.. Sy da lama follow blog pn ne...serius n silent reader :-) Shortbread ne mmg fav... Tp sbbkn diet dilupakan sekejap, huhu... Teringat2 rasenye yg sedap.. Tq kerana byk bg tips dlm blog ni..
    From: maya, ( fb kedai emas lelong)

    ReplyDelete