Friday 28 December 2012

LEMPENG NYIOQ MUDA @ PEKNGA



Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua yang saya kasihi. Nak tau tak? Sewaktu saya menulis N3 ni, saya kena attack dengan Demam Campak. Abih miang miang satu badan nih. Aduhaiiii.. Apa dayaku akan ujian mu ini Ya Allah.. Di kala sedang sibuk dengan urusan pindah umah ni 'Campak' itu datangggg.. Dah ghupa berok tak benti benti menggaru, miyang satu badan. Dalam mulut pun dah rasa semacam. Orang kata kalau dah kena sekali, tak akan kena lagi. Tidak betul rupanya.. huhuuu.. Sabar Shiela, Sabarrr.. 




Walau apa pun saya nak jugak masukkan N3 LEMPENG NYIOQ MUDA ni sebab seawal pagi nanti lori dah nak datang angkat barang. Kira pindah dahlah kot. Kat tempat baru tu nanti line tenet belum ada lagi. Tak taulah bila saya boleh bersiaran lagi. Tu yang terpaksa pulun gak ni walau mata ni kejap besar, lamaaaa kecik.. hehehh.. Actually, lama betul dah saya tak makan Lempeng Nyioq atau Kelapa Muda ni. Dulu mak selalu buat especially kalau ada kari semalam tak habih. Memang layan betul kalau sarapan ni dengan kari pekat kena perangat tu. Mak saya panggil ni PEKNGA, maklumlah orang utara. Tapi kalini saya buat cecah ngan Sambal chumiq atas permintaan my habibi.




Buah Kelapa Muda ni adalah dari pokok kelapa pandan saya sendiri. Saya kukoq lagi tu, punyalaa bersemangat waja nak makan Peknga ni. Kejap lagi terpaksa baibai kat pokok kelapa ni dan yang lain sekeliling umah ni.. Sedih jugak doe.. Tapi mungkin segalanya ada hikmah yang lebih baik, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Kita hanya mampu merancang. Okeylah, saya takleh lelama sangat ni, nak save energy sikit tuk siang nanti. Jomlah kalau nak tau cane recipe koboi Lempeng Nyioq saya ni.




BAHAN BAHAN :

2 cawan Kelapa Muda Parut
2 cawan Tepung Gandum
2 1/2 cawan Air
1 sudu kecil Garam Halus

Satukan semua bahan di atas dan gaul hingga sebati. Perapkan sebentar dalam setengah jam supaya kelapa tu kembang dan mesra. Selepas itu panaskan pan atau kuali yang bersesuaian. Letakkan daun pisang di atas pan dan tuangkan bancuhan tadi dalam tiga senduk kecil. Ratakan dengan membentuk bulat. Masak dengan api sederhana dan balik balikkan supaya masak sekata. Angkat jika sudah masak sempurna dan ulangi hingga habis. Setelah siap boleh dihidang bersama kuah kari atau sambal tumis.




Selamat mencuba Makanan Warisan kita ni yer.. Biarpun tak seberapa dan taklah semegah sandwiches atau pancake tuk sarapan tapi nilai tradisinya harus kita kekalkan dan merasa bangga. Sekadar pendapat yang ikhlas dari saya insan yang hina.. Last but not Least, Salam 2013 buat semua yang saya kasihi. Moga 2013 membawa lebih sinar buat kita semua.. Insyaallah.. Doakan agar perjalanan saya kejap lagi juga dipermudahkan yer.. 








Tuesday 25 December 2012

MACADAMIA & BUTTERSCOTH CAKE



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sempat lagi membaking ni walaupun dicelah celah timbunan kotak yang bertimbun timbun. hehehh.. Actually stock bahan baking ada serba sikit dalam umah. Teringat pulak kalau bawak masa pindah nanti takut rosak dalam perjalanan. Bila dah tiba nanti, fridge pun tak boleh nak terus on. Kena tunggu dalam setengah jam dulu. Jadi, daripada benda benda tu rosak gitu saya godek godek jadilah MACADAMIA & BUTTERSCOTH CAKE ni. Hamboihh.. namanya laa pulak kann.. Apa apa pun nak jugak masukkan N3 ni walau banyak barang dah packed and sealed. Piring kuih, sudu dan gerepu yang elok pun dah tak nampak bayang. Ni jerlah props yang saya nampak belum sempat masuk kotak boleh diguna.




Untuk cake, saya guna Sponge Cake Mix Nona. Recipenya saya follow boolat boolat as given kat kotak. Sangat mudah dan cantek kejadiannya. 

BAHAN BAHAN :
400 gm NONA Sponge Cake Mix
5 biji Telur Gred A
80ml Butter yang dicairkan
80ml Air

Panaskan oven pada suhu 180 C selama 10 minit dan griskan loyang bulat berdiameter 7 inci dan tingginya 3 inci. Satukan telur, air dan Sponge cake mix di dalam bekas dan pukul dengan kelajuan sederhana selama 4 minit. Kemudian masukkan 80 ml butter yang dicairkan dan pukul lagi selama lebih kurang 1 minit dengan kelajuan rendah. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 45-60 minit mengikut kapasiti oven memasing. Setelah masak sejukkan bebetul dan potong kepada tiga layer.




Bagi Frostingnya saya suggest guna Fresh Cream with Custard. Sedap dan tak manis. Kena bagi balance sebab Butterscoth sos tu pun agak manis. Resepi ni juga yang saya guna untuk PAVLOVA dan Filling Crepe. Boleh skodeng jer kat N3 tu yer kalau berminat nak mencuba. Kita nengok pula recipe dan cara membuat BUTTERSCOTH SAUCE yer..

175 gm Gula Kastor
175 gm UHT Whipping Cream
75 gm Butter
50g White Choc ~~ dicincang halus
100gm Kacang MACADAMIA




Masak gula castor hingga keperangan. Jangan sampai hangus pulak yer, nanti pahit jadinya. Angkat dari api masuk fresh cream sedikit demi sedikit sambil kacau dengan whisk. Pastu masukkan butter dan white choc, kacau hingga larut. Satu jer saya nak pesan, pastikan semua bahan dah ready sebab kita perlu pantas dalam proses ni. Kacang Macadamia tu juga dipanggang sedikit dalam oven hingga berwarna keperangan dan dicincang kecil. Sebahagian dari kacang tu digaulkan dengan sedikit sauce Butterscoth.




Seterusnya ambil 1 layer cake dan sapukan atau pipekan dengan cream. Taburkan sedikit kacang macadamia yang digaul dengan sos butterscotch dan ulangi hingga layer terakhir. Selepas itu sapukan cream rata pada keseluruhan cake dan sejukkan dulu di dalam fridge. Terpulanglah nak deco camner pun yer.. Akhir sekali siramkan dengan Butterscoth sauce dan taburkan kacang MACADAMIA. mmm.. MAMAMIAA.. ;P



Sunday 23 December 2012

KUIH KERIA OREN



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar? Mungkin ramai juga yang bercuti panjang hujung minggu ni. Cuti panjang betul kann.. membawak ke tahun depan. Apa pun pada yang travel, drive safely especially tatkala hujan lebat. Moga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Saya tak dapat kemanalah nampaknya cuti ni, sibuk dengan urusan pindah rumah. Udah macam mau patah rasanya pinggang ni dok packing. Harap Allah bagi saya sekeluarga kekuatan dan kesihatan yang baik demi menyudahkan urusan ini.




Dalam pada dok sibuk packing sempat gak saya buat Kuih Keria ni. Apa jer daya kita sebagai ibu bila anak dok nyebut nak makan. Nak nak pulak tak berapa hari lagi Farrah akan masuk asrama. Kesian pulak kalau dia tak dapat makan. Dia memang suka sangat kuih keria oren ni. Sedulang pun dia boleh hadap sorang tapi yang ibu dia buatlah.. hehehh.. Memandangkan masa saya tak berapa banyak ada, takleh lah nak bebel sesangat. Saya go straight to the recipe jer lah yer.. Let's Checkidaudd!!!..




BAHAN BAHAN :

1 kg Keledek Oren
1 cawan Tepung Gandum
Sedikit Garam 
Air secukupnya utk merebus

3/4 cawan Gula ~~ untuk Sira
3/4 cawan Air ~~ untuk Sira



Rebus Keledek hingga empuk. Tak perlu banyak sangat air sebab keledek cepat empuk. Masukkan sedikit garam. Setelah empuk, angkat dan toskan. Bila ubi keledek tu dah sejuk betul barulah dilenyek. Jangan lenyek masa pepanas nanti dia macam lembik dan menyebabkan penggunaan tepung yang lebih. Tak sedap kuih ni kalau lebih sangat tepung. Saya suka lebih rasa keledek tu, baru sedap dan lembut. Okay, selepas itu masukkan tepung dan uli hingga sebati. Bentukkan menjadi seperti gelang. Goreng dengan api sederhana dan selalu dibalik balikkan supaya masak sekata.

Setelah semuanya siap digoreng, keluarkan minyak tu dan buat bahan untuk sira. Kuali tu tak perlu dibasuh, memang nak kan ada minyak sedikit baki di kuali tu. Masak gula dan air tadi sehingga pekat dan bertali. Kemudian masukkan kuih yang telah siap digoreng tadi dan gaul rata dengan gula atau sira. Tutupkan api supaya sira gula tu akan mengeras. Sejukkan sebentar dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba.. (",)




Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 buat semua yang saya kasihi. Moga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT. Ameenn.. Ada umur, ada rezeki, insyaallah kita jumpa lagi yer.. Daaa.. :)



Wednesday 19 December 2012

PULUT TANAK NGAN SERAWA DOYAN




BAAA.. CHAQQQQ!!!!.. 
Hehee.. Ada taim sikit ni kita enteprem kejaplah buat hilang rindu kat sini. Assalamualaikum dan Salam Ceria juga buat semua yang saya kasihi.




Al-Qesah Serawa Doyan ngan Pulut tanak ni taklaa baru sangat, dah seminggu lebih kurang ada rasanya tapi baru ni berkesempatan nak di LIVE kan kat sini. Tak sempat sempat nak duduk focus depan lappy, ni pun saya cuba cuba try jerlah.. Harap harap dapatlah menyudahkannya yer. Bukanlah apa sangat pun, resepi biasa biasa jer. Pasti semua orang tau buatnya tapi nak jugaklah abadikan kat sini, paling tidak untuk rujukan nakdara saya sorang tu. Punyalaa lama teringin kat tekak nak makan, baru aitu terbuat. Puas dapat makannya walaupun sedikit. Jomlah nengok cara sempoi saya membuatnya. Mula mula saya tanak pulut tu sikit.




PULUT TANAK :

2 pot rice cooker Beras Pulut 
1 cawan Air
1/4 cawan Santan
2 helai Daun Pandan
1/2 sudu kecil Garam Halus

Rendam pulut selama setengah jam. Saya guna beras pulut susu, tak perlu rendam lama sangat. Kalau guna beras pulut biasa rendamlah lama sikit yer. Kemudian bilas dan toskan. Daun pandan tu disiat dan disimpulkan. Kemudian masukkan semua bahan dalam periuk, tutup dan masakkan dengan api kecil. Sesekali dikacau perlahan dan biarkan hingga betul betul masak. Selepas itu kita gi buat Kuah Serawa Doyan pulak.




SERAWA DOYAN :

1 cawan Isi Durian (Anggaran)
2 cawan Santan Pekat
1/2 cawan Susu Sejat @ Ideal
2 ketul Gula Melaka ~~ dipotong kecil 
3 helai Daun Pandan ~~ disiat & disimpul 
5 cawan Air atau Secukupnya
1 sudu kecil Garam Halus




Masak dulu gula melaka dengan air hingga larut dan tapis. Jika tak suka manis, boleh kurangkan lagi gula melaka tu. Kemudian satukan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga mendidih dan biarkan dia pekat sikit. Akhir sekali rasalah mengikut citarasa memasing dan bolehlah dihidangkan bersama pulut tanak tadi. Makan dengan roti pun sedap jugak. Kalau nak cuba buat roti sendiri pulak boleh checkidaudd KAT SINI yer.. 




~~ SELAMAT MENCUBA ~~

Friday 14 December 2012

13th DECEMBER 2012.. HAPPY 16th BIRTHDAY MY SWEETHEART.. FARRAH NUR SHAFIENY..



Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua yang saya kasihi. Sebelum jejari ini meneruskan perjalanannya, saya ingin mengucapkan setinggi tinggi terima kasih pada pengunjung saya yang sungguh setia. Ada yang tertanya mengapa saya dah lama tak update blog? Ada juga yang bersusah payah menge'text' saya walau tak pernah bersua di alam nyata dan berpesan supaya jangan tinggal lama lama. Hmm.. Sungguh terharu saya tapi Sesungguhnya kita manusia hanya merancang tapi ketentuan Allah mengatasi segalanya. Kalau boleh saya pun tak ingin tinggalkan laman kesayangan saya ini tapi masa terlalu mencemburui saya. 

Buat sementara ni saya terpaksa menumpukan perhatian pada perkara yang lebih penting untuk keluarga saya. Kelemahan saya, tak boleh focus pada banyak perkara pada satu masa. Nanti semuanya tak semenggah. Saya berblog ni ibarat berkarya juga, perlu ilham dan masa untuk mendapatkan hasil yang terbaik tertamanya bila nak snap gambar gambar tu. Mana yang nak memikirkan propsnya, anglenya dan juga mengejar waktu mendapatkan cahaya yang terbaik. Tambahan pula sekarang ni musim hujan, lagilaa agak singkat sang mentari tu bersinar. Tak terkejar saya dibuatnya. Apa pon, terima kasih banyak banyak atas sokongan semua. Hilang rasanya penat lelah saya walaupun taklah seberapa sangat yang saya tahu.




Walau bagaimanapun, jika ada masa yang terluang saya akan meneruskan juga usaha saya demi teman teman semua. N3 kalini pon ala ala bidan terejun jugak. Tak taulah menarik ker tidak, semuanya ala ala koboi betul. Semalam, pada tanggal 13.12.2012 adalah hari ulangtahun anak tunggal saya Farrah yang ker 16. Kejap jer masa berlalu kan.. Rasanya macam baru lepas terasa sakit melahirkannya. Alhamdulillah.. Ku bersyukur sangat sangat kehadratmu Ya Allah atas kurniaanMu tak terhingga nilainya buatku. Hadirnya cukup memberi sinar buat dan melengkapi mahligai kami suami isteri. Ibu doakan semoga Girl menjadi anak yang solehah dan terus cemerlang dunia dan akhirat. Mohon juga agar dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Study hard for your SPM next year. Jaga diri dan Jaga Solatmu anakku.




Dengan Keadaan yang sangat kelam kabut dalam rumah ni, saya rasa macam tak boleh nak membaking. Tinjau dalam peti stock telur pun tak berapa ada. Tapi bila tak buat cam tak sedap pulak rasanya hati ni sebab dah terbiasa akan buat jugak setiap kali birthday dia. Nak celebrate, ayah dia pulak tak dapat join sebab bzee sangat sangat. Tak seronoklah pulak rasanya. Menung punya menung, penyudahnya saya buatkan jer SUPER MOIST EGGLESS CHOC CAKE dari recipe Dayang @ DapurKu SaYang. Recipe tu jer yang dapat saya buat dengan bahan yang ada. Bolehlah kan daripada takder langsung. Lepas tu saya hanya panggangkan ayam untuk celebrate cum dinner kami tiga beranak. Kat depan TV jer pon sambil ayah dia nengok Bola. Mohon dikongsi di sini recipenya yer Dayang. Sebenarnya dah beberapa kali juga saya mencuba cuma baru kalini saya berkesempatan nak update. Maseh Dayang atas recipe yang sangat berguna ni.




BAHAN BAHAN :

2 cawan Tepung Gandum
2 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
1 cawan Serbuk Koko
4 sudu besar Susu Tepung
2 1/2 cawan Air Sejuk (dari peti ais)
2 cawan Gula Perang
2 sudu kecil Esen Vanilla
1 sudu kecil Coffee/Choc Emulco
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan Butter/Mentega Cair
2 sudu kecil Cuka atau Jus Lemon




Panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata. Masukkan air sejuk, mentega cair, esen vanila dan coffee/chocolate emulco. Kacau perlahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga cukup masak. (Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri yer). Kalini saya bahagikan adunan kepada dua bahagian dan masak dalam dua loyang berasingan.

Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran. Saya hanya menggunakan Non dairy Whipping cream perisa chocolate yang dipukul hingga kental dan tabur sedikit hirisan choc berperisa strawberry. Deco untuk cake ni memang sesuai sangat sangatlah dengan keadaan masa saya yang amat ciput tu tapi deco saya tau deco camnilah yang Farrah suka sangat. Art kata dia.. hmm.. itulah dia jiwa anakku yang seorang ni.. Layan jerlah.. Sempoiiii.. Selamat Mencuba.. :)