Monday, 30 July 2012

Kuih KERIA BondaKu.. Iftar bersama Ayahbonda..




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah sudah sampai satu pertiga bulan kita menjalani ibadah puasa. Cepat sungguh masa berlalu. Semalam saya anak beranak berbuka puasa di rumah ibubapa saya. Menu tu nak kata special sangat tu taklah juga, tapi yang agak special bagi saya adalah Kuih KERIA airtangan Mak. Sebelum ni saya sendiri ada juga buat kuih ni tapi kadang jadi semenggah, kadang terpele'ot jugak. Bila ke pasar semalam, terpandangkan keledek terus teringat nak mintak Mak buatkan kuih Keria yang biasanya kami panggil Coq Keriya. Peluang yang ada kali ini, saya cuba sukat bahan bahan yang digunakan supaya next time kuih keria saya tak meragam lagi. Jika ada sesiapa yang berminat, bolehlah mencuba. Saya kongsikan resepinya kat sini. Jomm!!..




BAHAN BAHAN :
1 kilogram Keledek ~~ saya guna keledek oren
1 cawan Tepung Gandum
Sedikit Garam 
Air secukupnya utk merebus
3/4 cawan Gula ~~ untuk Sira
3/4 cawan Air ~~ untuk Sira




Rebus Keledek hingga empuk. Tak perlu banyak sangat air sebab keledek cepat empuk. Masukkan sedikit garam. Setelah empuk, angkat dan sejukkan dulu. Selepas itu dilenyek lenyek keledek tu. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. Bentukkan menjadi seperti gelang. Goreng dengan api sederhana dan selalu dibalik balikkan supaya masak sekata.




Setelah semuanya siap digoreng, keluarkan minyak tu dan buat bahan untuk sira. Kuali tu tak perlu dibasuh, memang nak kan ada minyak sedikit baki di kuali tu. Masak gula dan air tadi sehingga pekat dan bertali. Kemudian masukkan kuih yang telah siap digoreng tadi dan gaul rata dengan gula atau sira. Tutupkan api supaya sira gula tu akan mengeras. Sejukkan sebentar dan bolehlah dihidangkan. 




Selain kuih Keria, menu sempoi kami juga Masak Lemak Putih Sayur Meranti, Sambal Tumis Udang, Ayam Goreng Berempah dan juga yang paling membukakan selera adalah Sambal Gesek dengan Ikan Gelama Jeruk Goreng. Memang terbaekkklah.. Airnya pulak, my hubby buat Homemade Jus Belimbing Besi yang sangat fresh. Apa yang penting Kerjaasamaa~~ Seronok pulak nengok Mak makan bertambah tambah. Kalau tak, nak habiskan nasi sepinggan pun susah. Sambal gesek tu harini anak dara saya, Farrah yang buat. Boleh pun buat kerja kann.. Nak tau cane Farrah buat Sambal Gesek, Jomm!!..




'SAMBAL GESEK' Farrah :
Ikan Bilis Sejemput
Cili Padi Sejemput
Bawang Merah 5 ulas
1-2 biji Limau Kasturi
Sedikit Garam

Tumbuk semua bahan. Tak perlu lumat sangat. Baru sedap tergigit gigit bila makan. Masukkan garam dan perahkan limau. Limau tu ikutlah nak masam takat mana. Memang tak hengatlah makan kalau ada Sambal Gesek ni. Kena pulak dengan ikan Gelama Jeruk tu, Wallahh.. Cukup payah nak berenti makan laa jawabnya.. hehehh..




Ayam Goreng Berempah tu saya yang buat. Kami memang suka Goreng Ayam camni, tak muak memakannya. Kalau tak pun saya akan buat lagi satu cara. Boleh juga nengok KAT SINI resepinya. Sedap gak berempah yang camtu. Tapi rempah yang saya buat kalini lain sikit. Ni Ayam Goreng Berempah ala ala Mamak Style gitu.. Jap saya typekan..




BAHAN BAHAN :
1 ekor Ayam
1 biji Bawang Besar *
3 ulas Bawang Putih *
2-3 sudu Cili Mesin *
1 inci Halia *
Sedikit Daun Kari 
Garam secukup rasa 
Sedikit Tepung Gandum




Bersihkan ayam, toskan airnya dan potong mengikut pilihan masing masing. Blend semua bahan bertanda (*). Gaulkan rata semua bahan kecuali tepung gandum dulu. Daun kari diramas ramas sedikit untuk mengeluarkan baunya. Perap seketika sekurang kurangnya 30 minit. Bila sudah nak digoreng taburkan sedikit tepung gandum ke dalam perapan ayam tu dan gaul rata. Ini supaya rempah tu lekat pada ayam tu bila digoreng. Jika tak keberatan boleh letakkan sedikit serbuk perasa supaya ayam goreng tu rangup.




Alhamdulillah.. ini jerlah yang dapat saya kongi pada N3 ini. Menu yang lain tu, Sayur Lemak Putih dan Sambal tumis udang mesti semua orang tau buat kann.. Salam Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. 





Friday, 27 July 2012

Kuih CARA Manis CaraKu~~oOo~~CaraMuu~~




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah masuk hari ketujuh sudah kita menjalani ibadah Berpuasa. Cuaca punyalaa panas terik dengan berangin kering di tempat saya ni. Bukan nak merungut yer, cuma nak cerita. Tapi memang dugaan betul bila bab nak ke dapo tu. Dapo saya pulak panas petang, bayangkanlahh.. Tapi apakan daya, semalam dah coti masak, takkan hari hari nak coti. Rasa cam bersalah laa pulak. Sandiri mau ingatlah kann..




Dalam keadaan kelam kabut sengsorang sebatang kara nak menyediakan Juadah berbuka tadi, sempat juga saya buat KUIH CARA Manis. Tu yang tetiba boleh teringat lagu kumpulan Elite yang malatop suatu ketika dulu.. ~~CARAku~~oOo~~CARAmuu~~ Hmm.. Baris tu jerlah yang melekat dalam pala saya ni. Agak lama juga saya tak buat kuih ni. Lupa kesah kuih ni dahh. Tapi yang pelik bila tibanya Ramadhan macam macam kuih boleh keluar dari pemikiran saya ni. Walau dalam keadaan leteh dan tak larat macam mana pun boleh pulak tu membuatnya. Kalau tak tu haram tak peduli nak buatnya. Mungkin itulah semangat Ramadhan yang dianugerahkan pada kita ibu ibu ni. Okaylah, udah udahlaa membebel kan.. Mohler kita nengok resepi Kuih CARA Manis ni. Sebelum sebelum ni saya buat tak pernah beresepi dan bersukat bagai, semuanya saya main lebur jer. Tapi semenjak dua menjak kawan berblog ni kann.. kenalah sukat.. kehkehkehh..




BAHAN BAHAN :
2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Santan Pekat 
5-6 helai Daun Pandan
1 1/2 cawan Santan Cair
2 biji Telur 
1 sudu besar Margerin
1 sudu kecil Garam
Sedikit Pewarna Hijau
Gula Secukupnya
Sedikit Margerin untuk Sapu




Memula mesin daun pandan dengan santan Cair. Mesin ala ala manja jer, jangan mesin halus sangat nanti rasa perat getah daun pandan tu pulak. Kemudian tapiskan dan perah airnya. Bersihkan blender dan masukkan telur, tepung gandum, 1 sudu margerin, santan pekat, garam dan juga air daun pandan tadi. Blend hingga sebati dan tapiskan. Selepas itu bolehlah kita mula memasaknya.

Panaskan acuan dan sapu dengan sedikit margerin supaya tidak lekat dan memudahkan kerja kita. Tuang separuh dulu bancuhan ke dalam setiap acuan. Kemudian masukkan gula lebih kurang 1/2 sudu kecil dan terus isikan bancuhan tepung sepenuhnya. Tutup dan biarkan dia masak seketika. Api pula biarlah sederhana saja. Bila dibuka tutupnya dan didapati permukaan kuih sudah masak sekata dan tidak kelihatan bertepung bolehlah diangkat. Ulang sehingga habis. Senang jer kann..




Main Course saya pula, Masak Lemak Cilipadi Tulang Rusuk atas permintaan anak bertuah saya sorang tu. Sampai termengah mengah dia makan tadi. Bila saya tanya, "Berapa pinggan Gurl makan tadi?".. Dia jawab, "3 pinggan jer bu".. Ya Rabbi.. Terkezutttss Mak dengar, sabor jerlah budak tu kalau dengan daging. Patutlah semua orang panggil dia "Anak Ghimau". Adek saya sampai cakap, "Hangpa ni bela anak orang ka Anak Ghimau?".. Nak diapakan lagi.. Dah itu peberet dia. Layan jerlah.. Kalau ada yang nak recipe MLCP Rusuk tu boleh skodeng KAT SINI yer laling.




Alhamdulillah inilah rezeki kami yang dapat saya hasilkan untuk keluarga tercinta.. echechehh.. Ayat tak boleh blah betoi.. alaa.. MLCP Rusuk tadi ngan Kailan Sos Tiram  jer.. Ingat nak goreng telur dadar, boleh pulak terlupa. Jadilah dengan sepiring Kuih Cara Manis tu untuk kami tiga banak ni. Syukur padamu Ya Allah.. Salam Ramadhan buat teman temanku yang beragama Islam dan juga Selamat menjalani ibadah Puasa.




Wednesday, 25 July 2012

IFTAR kami.. LAKSA JOHOR..




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah hari ni sudah masuk hari kelima kita berpuasa. Mudah mudahan segala amalan kita di Ramadhan yang mulia ni diterima Allah dan juga mendapat pengampunan dariNYA. Ameen.. Bila tiba Ramadhan, kepala si ibu akan mulalah berputar putar memikirkan apa menu nak disediakan untuk dijadikan juadah berbuka buat keluarganya nanti. Begitulah juga saya, tapi napa eak? Mungkin memang itulah rasminya yang telah kita semua lalui turun temurun. Macam macam menu nak disediakan tapi janganlah sampai membazir pulak kan. Sayang pada rezeki yang Allah taala berikan pada kita tu jika sampai terbuang.




Juadah berbuka kali ini yang saya ingin berkongsi adalah sejenis Laksa yang sangat saya suka dan tak pernah jemu jemu. Lama betul saya tak makan LAKSA JOHOR ni. Kalau tak silap saya kali terakhir saya makan masa raya tahun lepas. Kat tempat saya tinggal ni agak susah nak cari Laksa Johor ni. Yerlah, dah nama pun Negeri Sembilan, mana gayanya nak ada Laksa Johor. So, kalau tekak tu dah kepingin sangat terpaksalah kayuh sendiri. Tapi camner pun, memang puas hati dan berbaloi baloi jika buat sendiri. Gambar untuk N3 ni saya sendiri tak berapa puas hati. Maklumlah dah petang petang baru dapat snap. Cahaya pun tak berapa cukup. Ni jerlah yang terbaek dapat saya hasilkan. Kalau nak hidangkan kala awal dan masih cerah nanti kembang pulak. Resepi ni adalah mengikut citarasa saya dan dari apa yang saya reti. Jika ada yang berminat untuk mencuba, mohler kita nengok. Mata kawan pun dah nak layu ni, maklumlah seawal pagi dah bangun masak untuk sahur.




BAHAN BAHAN :
500 gm Ikan Parang ~~ ikan Tenggiri pun boleh
200 gm Udang ~~ buang kulit, bersihkan
1 sudu besar Udang Kering *
1 biji Bawang Besar *
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1/2 inci Lengkuas ~~ dihiris
3 batang Serai ~~ dititik
50 gm Rempah Kari Seafood Mak Siti @ rempah kari daging
400 ml Santan ~~ Saya guna santan kotak Ayam brand
2 sudu besar Kerisik
1-2 keping Asam Keping
Air Secukupnya
Garam Secukup Rasa
Minyak untuk Menumis
Sedikit Kulit Kayu Manis n Bunga Lawang
Sedikit Daun Kesum
Sedikit Daun Pudina
Sedikit Daun Selasih 
Beberapa kuntum Bunga Kantan
Sedikit Taugeh
2-3 tangkai Kacang Panjang ~~pilih yg muda
5-6 biji Limau Kasturi
Cili Merah n sedikit Belacan~~ untuk sambal belacan




Mula mula rebus ikan yang telah dibersihkan dengan garam dan asam keping. Setelah masak diasingkan isi dan tulangnya. Tunggu sejuk dulu yer baru diasingkan tu, PANAS!!. Kemudian blend sekali isi ikan dan udang yang telah dibuang kulit tadi hingga halus. Blend menggunakan air rebusan tadi yer. Kulit udang tu juga boleh dimasukkan ke dalam air rebusan ikan tadi untuk mendapatkan stoknya. Tulang ikan dan kulit udang tu pula diblend juga dengan air rebusan tadi dan ditapis, ambil stoknya. Ketepikan.

Blend halus semua bahan yang bertanda (*). Jika masih ada stok atau air rebusan tadi, blend menggunakan tu jer. Panaskan minyak dalam periuk yang bersesuaian dan tumis serai yang dititik tadi bersama kulit kayu manis dan bunga lawang dulu. Setelah naik bau, masukkan bahan bumbu yang diblend tadi. Tumiskan hingga garing dan selepas itu masukkan rempah kari yang telah dibancuh menjadi pes. Masukkan sedikit garam dulu supaya rempah tidak mudah hangit dan cantek garingnya. Api pun jangan kuat sangat, biar rempah tu garing rata dengan perlahan hingga naik bau.Yang ni sangat penting bagi masakan yang menggunakan rempah kari. Kalau kari tu tak masak betul memang hancolah segalanya, cam rasa minyak urat kuah tu nanti. 




Selepas itu masukkan ikan dan udang yang telah diblend tadi dan juga segala stok yang ada. Masukkan juga asam keping dan lengkuas. Lengkuas ni boleh juga jika nak diblend sekali dengan bawang tadi tapi posa posa ni baik toksah lah, takut ada yang tak tahan pewwot pulak. Memadailah dengan dihiris jer, pun dah sodap tu. Biar masak seketika bahan dalam periuk tu. Kemudian masukkan santan dan juga kerisik. Boleh masukkan air jika perlu mengikut citarasa memasing takat mana nak kepekatannya. Kuah laksa Johor ni memang kena pekat sikit kuahnya, barulah ada kick. Akhir sekali masukkan sedikit daun kesum dan bunga kantan yang dibelah dua. Rasa asam dan garamnya, jika semuanya dah perfecto kira jadilaa sudah kuah laksa kita. Paling bagus jika kuah ini dapat direneh lebih lama dengan api perlahan di atas dapo supaya semua bahan mesra dan sebati. Kalau ada lebih kuahnya tu jangan dibuang, frozenkan.. Makin lama akan makin sedap rasanya. 




Masak air dan rebus 1 packet spaghetti (berapa gm lupa laa pulak, plastiknya dah dibuang) atau banyak mana yang diperlukan bersama sedikit garam dan minyak zaitun. Kalau takder minyak zaitun guna margerin pun boleh, supaya tidak melekat nanti. Setelah betul betul kembang dan boleh diputuskan dengan jari, toskan spaghetti dan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun atau margerin supaya spaghetti tidak kering dan mengeras. Sebaiknya juga disimpan dalam bekas yang bertutup. Selepas itu kita siapkan pula bahan ulam ulaman untuk dimakan bersama Laksa ini. Uniknya laksa ini, ianya dimakan dengan ulam ulaman mentah. Memang terbaik dan sangatlah berkhasiat. Antara yang digunakan Bunga Kantan, Daun Kesum, Daun Pudina, Daun Selasih, Kacang Panjang, Bawang Besar, Taugeh dan juga Timun. Semua bahan ini dihiris nipis dan halus kecuali Taugehlah, cuma dibuang ekornya jer. Timun tu pula cara memotongnya pun sungguh unik, dipotong nipis kelilingnya dulu dan kemudian barulah dihiris nipis. Boleh lihat gambar di atas.




Hmm.. masa saya memula tau pun terkedu saya melihatnya. Resepi ni saya dapat dari jiran lama kami dulu. Lama sangat dahh.. Nama dia pun saya dah lupa. Kalau tak silap saya masa tu saya masih dibangku sekolah rendah. Mula dapat merasa dari semangkuk yang dihantar ke rumah kami. Bila dah terasa kesedapannya, Mak saya pun cubalah risik risik tanya camner nak buat laksa ni. Maklumlah, Mak orang Penang.. Walaupun Abah saya anak jati Johor tapi orang lelaki dulu manalaa tau nak masak. Lainlah sekarang, lelaki memasak ala ala MasterChef dah. Alhamdulillah.. dapat jugak resepinya dan hingga ke hari ini kami sekeluarga sangat puas dapat membuat Laksa ni sendiri. Cuma bila dah lelama saya cuba upgrade lah sikit seperti menggunakan isi udang dan ikan parang tu. Semestinya yang terbaik untuk hidangan keluarga tercinta. Owh ya!.. Lagi satu bahan penting kena ada untuk menikmati Laksa Johor ni, Sambai Belacan laa.. baru laa terangkettt.. Perah limau pulak sikit.. Hadoyyy.. Awak lalu ler belakang yer.. memang kompom kawan tak akan nampak.. kehkehkehh.. Cara makan dia pulak kena guna tangan. Haa.. baru betoi gitu.. Macam yang dapat dirakamkan ketika suamiku menikmati Laksa Johor dari air tangan isterinya ini. Hilang rasa penat lelah di dapur bila memandangnya beria ia makan.. :)




Okaylah.. Japgi saya dah nak kena masuk opis ni. Apa menu arini pun belum dapat ilham lagi. Apa apapun, saya ucapkan Selamat Mencuba dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa juga buat teman teman yang beragama islam. Moga kita semua mendapat keberkatan  dan pengampunan dari ALLAH SWT. Ameen.. Ya Rabbal A'laminn..


Monday, 23 July 2012

Karipap Telur KoBoi jer..




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah hari ini masuk hari ketiga dah kita berpuasa. Mudah mudahan amalan kita diterima Allah hendaknya. Terlebih dahulu saya memohon maaf jika diwaktu ini saya memaparkan menu atau posting terhadap makanan. Menurut Ustaz Azhar Idrus, adalah makhruk hukumnya.. Tapi hanya diwaktu begini, di bulan ramadhan ini saya berkesempatan untuk menulis demi perkongsian resepi buat teman teman saya. Waktu lain saya dah mula sibuk dengan tugasan saya sebagai seorang ibu juga isteri, merangkap Tukang Masak, Hang Kebun dan juga Supir.. hehehh.. gitulah kehidupan seharianku.




Resepi yang saya ingin berkongsi pada N3 kali ni taklah spesel sangat, tapi kalo dah emergency ala ala bidan terejun di bulan ramadhan ni bergunalah jugak. Memang sesuai benorlaa dengan namanya KARIPAP TELUR KOBOI tu. Hmm.. Bila saya buat karipap ni, teringat saya pada seorang teman sekelas saya semasa di sekolah dulu Sya Idris. Karipap ni memang antara karipap kegemarannya. Betul ni Sya, everytime i buat karipap ni mesti teringatkan u.. Dulu saya hanya akan buat karipap ni cuma bila tak cukup inti untuk menyudahkannya sekiranya masih ada doh karipap yang berlebih. Lepas tu, lelama anak saya sukalah pulak makan yang inti telur tu.. Siap suruh buat dan buat lagi.. Lagi laa saya suka, senang bangett kerja saya. Okaylah.. saya takleh bebel pepanjang sangat, banyak lagi tugasan menanti tu. Jomlah kita nengok resepi koboi versi saya ni. Resepi yang memang saya dah biasa gunakan untuk membuat karipap. Boleh juga rujuk DI SINI yer..




BAHAN INTI TELUR : 
5 biji telur Ayam
1 biji Bawang Besar *
1 biji Cili Besar Merah *
1 biji Cili Hijau *
1 sudu kecil Lada hitam ~~ ditumbuk kasar
Sedikit Garam
Sedikit Minyak/Butter untuk menumis

Hiris nipis atau boleh juga di cincang halus semua bahan bertanda (*). Pukul telur bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk kasar. Lada hitam ni sangat penting bagi saya untuk menaikkan aromanya. Kemudian panaskan minyak/butter dan tumis bawang besar dan cili tadi hingga layu. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau kacau sehingga masak seperti membuat scramble egg. Sejukkan dulu sambil kita menyiapkan bahan doh.




BAHAN DOH :
500 gm Tepung Gandum
1/4 cawan Margerin
1/2 cawan Minyak
220 ml Air ~~ Aggaran
1 sudu kecil Garam ~~ Anggaran

Masakkan minyak masak bersama margarine hingga betul betul panas dan tuangkan ke dalam tepung gandum. Gaul rata ngan tepung tu seperti menjadi serbuk roti. Awas PANAS.. Guna sudu atau senduk dulu. Bila agak suam, masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga rata dan sebati. Rehatkan sekejap dough selama lebih kurang 20 min sebelum digelek untuk proses seterusnya. Kalau tak nanti tepung agak liat dan payah sikit untuk dibentuk.

Bahagikan doh kepada bentuk kecil mengikut size yang diinginkan dan gelek rata berbentuk bulat. Jangan tebal sangat dan juga tidak nipis sangat yer. Masukkan inti dan kelim. Bila sudah siap, boleh lah digoreng. Goreng dengan api yang sederhana, mula mula menggoreng jangan bagi minyak tu panas sangat. Kalau minyak panas sangat nanti kulit dia tak cantek, cam berkutil kutil tu.. Kena kerap balik balikkan karipap masa menggoreng tu juga supaya ia masak sekata dan sempurna rupanya. Selamat Mencuba yer.. (",)


Friday, 20 July 2012

UDANG Pesamah & RENDANG KeRang KK




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat juga ku bertemu Ramadhan kali ini. Moga dalam masa sebulan ini dapatlah kita mempertingkat amalan kita kepadaNYA. Malam ni Solat Terawih juga akan bermulalah di setiap surau dan masjid. Pada yang tiada keuzuran dan berkesempatan, Jom kita.. Mudah mudahan segala amalan kita diterima Allah SWT  dan juga terus mendapat keberkatanNYA.




Kalau kat tempat saya tinggal kat Negeri Sembilan, hari ni dipanggil HARI MANTAI. Penduduk asal Negeri Sembilan ni menyambut Awal Ramadhan ni macam nak Rayo jugak. Siap dengan Lomang dan Rondang tu. Tapi bagus jugak tu kann.. Anak anak akan pulang ke kampung menyambut bersama sama keluarga. Pendek kata macam Raya lah jugak.. Cuma mungkin biskut raya jer yang takder kowt.. hehee.. Setelah sekian lama saya menetap di sini, saya pon dah terikut ikut jugak. Seronok nengok kemeriahannya dan yang paling pasti den pon suko makan lomang ngan rondang tu.. Sodappp.. Sampai sangguplah saya drive ke Kendong untuk mendapatkan lemang yang sangat sedap. Rendang yang dah dijual kat situ pun sangat terbaekk.. Saya rasa dia dimasak dengan dapor kayu api laa.. sebab bau dia sedap dan rasa dia pon cam garing garing semacam.. memang superblah..




Kat sini saya nak selitkan juga satu resepi kegemaran kami sekeluarga dari dulu. Resepi Udang masak Pesamah. Kengkawan pernah dengar tak? Saya tak taulah kalau di tempat lain, dipanggil dengan nama lain tapi saya dari kecik nilah bunyinyer yang Mak saya selalu sebut. Dulu masa kecik kecik, kalau Abah beli Udang Galah, nilah masakan yang Mak akan masak. Sedap sangat sangat. Ekceli lauk ni lama dah saya masak, tah macam mana boleh keciciran nak menghapdet. Udang ni saya beli masa nak balik dari Kota Kinabalu ritu. Punyalah sedap rasa udang tu, macam rasa udang galah pun ada tapi up lagi.. haa.. bayangkanlah.. Pastu saya beli jugak kerang bawak balik naik belon tu.. Osah teruk betoi kann.. Bukan apa, punyalaa geram nengokkan kerangnya yang besar besar tu. Saya ingatkan yang besar tu isi dia liat, tapi takk.. lembut dan manis jer rasanya. Kerang tu saya buat masak rendang atas permintaan anak bertuah sorang tu. Kayy.. Jom lah nengok resepinya. Saya kongsilah sikit sikit apa yang saya reti yer..


~~ UDANG PESAMAH ~~



BAHAN BAHAN :
1 kg Udang ~~ Size Besar terbaekk
1 biji Bawang Besar *
2 ulas Bawang Putih *
5 Ulas Bawang Merah *
1/2 inci Halia *
2 batang Serai ~~ dititik
3 sudu besar Rempah Kari Daging
2 sudu besar Kerisik
1-2 Biji Bawang Besar~~ dibelah 4
2-3 batang Cili Hijau ~~ dibelah 2
1-2 Keping Asam Keping~~ ikut citarasa
200 ml Susu Sejat Ideal
Minyak untuk menumis
Sedikit Kulit Kayu Manis n Bunga lawang
Air secukupnya
Garam secukup rasa




Blend atau kisar halus semua bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan tumis serai, kulit kayu manis dan bunga lawang dulu. Bancuhkan rempah kari menjadi pes dan tumis hingga garing dan naik bau. Bubuh sedikit garam juga supaya rempah tidak mudah hangit dan cantek garingnya. Api juga jangan besar sangat yer, cam Mak saya selalu cakap.. nanti dia masak terkejut, tak sedap. Kemudian masukkan susu cair dan asam keping. Masukkan sekeping dulu asam keping tu dan rasa takat mana kemasaman yang digemari. Jika perlu baru tambah lagi sekeping. Masak susu cair tu hingga mendidih dan jika perlu atau nak berkuah sikit boleh masukkan sedikit air. Tapi jangan bubuh banyak sangat air dulu sebab Udang tu nanti akan keluarkan airnya juga. Masak ni sepatutnya kena pekat dan kering. Bila dah menggelegak dan agak pekat, bolehlah masukkan kerisik. Kacau rata dan masak sebentar bagi kerisik tu kembang dan mesra. Bila dah kering dan betul betul pekat barulah kita masukkan udang. Jangan masak udang terlalu lama, nanti keras jadinya. Bila udang sudah masak, masukkan bawang besar dan cili hijau yang dibelah tadi. Kacau sebentar bagi dia agak layu sikit cukup. Rasalah garam secukup rasa dan siap untuk dihidangkan.


~~ RENDANG KERANG ~~



Rendang Kerang ni pulak biasa jerlah.. Semua orang mesti tau buat kann.. Cuma bezanya, untuk rendang kerang saya tumis dulu bumbunya itu. Bukan apa, kerang kan tak boleh masak lelama.. Nanti dia kecut tak kick lah nak makan. So untuk pastikan cili cili tu masak betul, saya tumis dengan sedikit minyak dulu semua bumbu tu dengan sedikit garam. Kemudian barulah kita masukkan santan dan kerisik. Bila bahan dah betul betul kering baru saya masukkan kerang kerang tu. Sempoiii.. tapi ni cara saya lah yer. 




Akhir kata dari saya, di kesempatan ini saya juga mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak  kepada semua teman teman yang beragama islam. Saya juga menyusun jari memohon maaf sekiranya ada jari jari ini ada membuat hati hati terguris sepanjang saya membebel selama ini. Maafkan saya yer..  Marilah kita memperingkatkan amalan dan mencari malam seribulan bulan itu, malam Lailatul Qadar yang sungguh mulia. Moga diberi kesihatan yang baik juga agar dapat beramal dan menghambakan diri padaNYA.. Ameenn.. Insyaallah.. Jom Baca niat Puasa.. :)




Sunday, 15 July 2012

TART NENAS GebuSssKu




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.. Nampaknya tak berapa hari jer lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak yang penuh barokah. Bila tiba Ramadhan saya teringat akan satu detik dulu di zaman kegawatan, saya berniaga macam macam jenis kuih dan juga biskut raya untuk menampung keperluan keluarga. Salah satunya yang sangat tinggi permintaan di waktu itu adalah Biskut TART NENAS ini. Makanya menjelang Ramadhan dan Syawal yang akan tiba nanti saya teringat pula untuk berkongsi dengan kengkawan resepinya. Manalah tau kowt kowt ada yang berhajat nak mencubanya bagi hidangan di kala Syawal nanti. Masih ada banyak masa lagi untuk membuat persiapannya. Tapi saya hanya berkongsi apa yang saya suka dan reti. Apapun terpulanglah pada anda.. Selera memasing dan cara yang kita selesa mungkin tidak sama yer..




Nak kata sedap sangat tu tak taulah.. Tapi bagi tekak saya, setelah banyak banyak resepi Tart Nenas yang saya pernah cuba, inilah satu satunya resepi yang saya paling suka dan tidak pernah bertukar pada resepi yang lain lagi. Permintaan dari regular customer pun masih ada cuma saya dah tak berapa berkesempatan nak membuatnya.. badan pun tak larat dah rasanya.. yerlah umur pun dah makin singkat ni kann.. hehee.. Cuma buat untuk makan sendiri dan keluarga jer. So, cam biasa.. kalau nak tau sedap ker tidak kenalah cuba yer.. Pastu bagi tau pada saya pendapat anda yer.. Jomlah nengok resepinya.. Mula mula kita buat Inti Jem Nenasnya dulu. 




* INTI JEM NENAS *

2 biji Nenas Muda 
1 cawan Gula Pasir ~~ atau ikut citarasa
1-2 batang Kulit Kayu Manis
2 helai Daun Pandan ~~ disiat dan disimpul
Sedikit Gula Batu ~~ untuk mengilatkannya
Beberapa titis Pewarna Kuning 

Parut nenas dan toskan airnya. Satukan semua bahan di atas dan masak hingga kering. Dikacau rata  selalu supaya tidak hangus atau lekat. Gula bolehlah diadjust mengikut citarasa memasing. Saya ni tak suka manis sangat. Jangan sampai terlebih sangat gulanya juga nanti keras inti jem tu, tak sedap. Sebelum ni saya buat tak pernah laa kesah nak sukat pulak cuma kali ni sebab teringat kot ada kawan kawan yang menanya. Cari nenas yang agak muda cam yang kita biasa buat gulai tu yer.. yang kulit dia hijau lagi. Bila inti sudah siap dimasak sejukkan dulu betul betul sebelum dimasukkan ke dalam Tart. Sementara tu jom kita siapkan bahan doh untuk Tart pula.




* BISKUT TART NENAS *

3 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Gula Icing
200 gm Butter
50 gm Margerin
2 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu teh Vanilla ekstrak/essence
1 sudu besar Susu Tepung
1 biji Kuning Telur ~~ Saya baru add




Sebelum memulakan langkah seterusnya saya ingin berkongsi satu TIP dengan kengkawan. Ini yang saya taulah yer.. Kalau perasan kat bahan di atas saya ada juga menggunakan margerin disamping butter. Tujuan saya mencampurkan margerin itu adalah supaya Tart Nenas kita tahan lebih lama dan tidak mudah berkapuk atau berkulat. Menurut apa yang saya ketahui margerin memang sudah sedia ada bahan pengawet makanan yang selamat dan juga boleh menyelamatkan Tart kita ni. Tapi kalau nak tahan lebih lama lagi, simpanlah dalam peti sejuk. Insyaallah takkan merubah rasanya.




Kacau perlahan kuning telur dengan vanilla essence. Seterusnya, campurkan semua bahan, gaul rata sehingga menjadi doh dan boleh dibentuk. Kemudian bentuklah mengikut pilihan memasing samada nak buat yang berbentuk nenas atau gulung cam saya buat ni. Untuk yang gulung sebegini saya guna acuan kuih samperit dan potong anggaran 3 inci setiap satu. Saya angkat yang telah diterap tu dengan spatula plastik yang nipis tu, masukkan inti dan gulung seperti yang saya tunjukkan di dalam gambar di atas. Boleh juga jika nak buat bentuk lain. Terpulanglah pada citarasa dan kreativiti masing masing. Selepas itu bolehlah dibakar selama lebih kurang 20 minit pada suhu 160C atau mengikut kapasiti oven anda.




Jika suka bolehlah sapukan diatas tart itu dengan sedikit kuning telur untuk menaikkan serinya. Ambil 2 biji kuning telur, kacau rata dengan sedikit susu pekat manis takat ujung sudu kecil tu untuk mengilatkannya. Kemudian titiskan sedikit vanilla essence dan pewarna kuning. Kacau perlahan hingga rata dan sapukan ke atas semua tart sebelum dibakar.

Siaplah sudah.. Senang jer kann.. Yang penting jika ada kemahuan pasti ada jalan. Bagi satu adunan ni saya dapat 70 biji kuih Tart Nenas ni. Boleh tahan gak kann.. Biskut ni akan lagi sedap jika dimakan pada keesokannya. Lagilaa GEBUSss.. Masuk mulut, hempap hempap jer hilang, takyah kunyah.. hehee.. Kalau tak percaya, Cubalah.. Daaa.. :)




Saturday, 14 July 2012

Lauk KOBOI pon SODAP.. YeeHaaA!!..




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua yang singgah kat dapo saya ni. Terlebih dahulu pada entry kali ini saya ingin memohon berbanyak banyak maaf pada kengkawan dan pengunjung pengunjung setia Spices Journey yang tak seberapa ini. Actually, alkisah sebenarnya saya terpaksa menyekat right click atau copy di blog saya ni. Tak tahan sangat dah rasanya, terlalu banyak mereka mereka yang tak berperasaan telah mengambil kesempatan. Yang terbaru ni, ada pulak yang siap copy semua picture picture dalam album karipap pusing saya tu dan upload dalam album makanan dia. kalau takat dia copy betul saya boleh fahamlaa jugak, mungkin peminat atas hasil tangan saya kowt.. Tapi yang tak tahan sangat sakitnya tu bila diCROPnya terus signature watermark nama saya tu dan upload baekk punyer kat album dia ngan resepi complete.. adoyyaiii Kiah oiii.. cer kesiankan sikit ker teman ni.. hongeh taww nak menghasilkan sesatu gambar yang perfect tu, bagai nak terburai kain batik ni kengkadang. Mana ngan tangan kejap berlengas ngan minyak, tepong bagai.. kejap nak megang kamera tunggang terbalik.. peloh takyah ceritalaa kann.. maklumlaa orang sehat walafiat ni.. Ater.. dema senang senang jer mengCOPYnyer.. ada ker patot??.. Kalau setakat nak share recipe tu, memang saya no hal.. memang saya sentiasa bersedia untuk share dengan semua orang tapi bukanlah gambarnya yer.. Tolonglah hormat akan hakmilik saya itu. Tak baeklaa buat perangai gitu yer.. udah ghupa Lanun Cetak Rompak pulak.. adehh..




Walaubagaimanapun kengkawan masih boleh berkongsi atau share dan copy URL link kat atas tu, untuk rujukan resepi nanti. Maaf yer.. Saya pun sebenarnya tak suka nak buat camni tapi saya rasa inilah cara yang terbaek buat masa ni. Kaylah.. kita put aside dululah masalah tadi. Arini saya nak berkongsi resepi Koboi saya jer. Tapi koboi bukan sebarang koboi taww.. hehee.. Koboi makan kompom tersandar kenyanglah.. hehee.. Melawak jer nooo.. Ada dua jenis lauk Koboi saya ni, JENAHAK GORENG BERLADA dengan DAGING GORENG WARNA WARNI KEHIDUPAN.. haaa.. hamik ko namanya.. Sesuka hatilah kan.. hehehh.. Jom nengok resepi koboi saya ni.. kita mulakan dengan yang Warna Warni Kehidupan tu dululah pasal memang banyak tul warna yang dah jumpa.


~~ DAGING GORENG WARNA WARNI KEHIDUPAN ~~



BAHAN BAHAN :
500 gm Daging Batang Pinang ~~ dihiris nipis
2 biji Bawang Besar ~~ dihiris nipis
1 ulas Bawang Putih ~~ dihiris nipis
1 inci Halia ~~ dimayang halus
1-2 biji Bawang Besar ~~ dihiris bulat
1 sudu besar Kicap masin 
1 biji Buah Tomato ~~ dipotong dadu
1 batang Cili Merah ~~ dipotong serong
1/2 biji Capsicum Kuning ~~ dipotong
1/2 biji Capsicum Hijau ~~ dipotong
1 biji Bawang Besar Holland/Kuning ~~ dipotong bulat
Sedikit Serbuk Kunyit
Sedikit Cilipadi jika nak pedas ~~ dihiris
Minyak Jagung untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam
Garam n Gula secukup rasa




Mula mula bersihkan daging yang dihiris nipis tadi dan toskan hingga kering airnya. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris nipis tadi hingga keperangan dan naik bau. Kemudian masukkan daging dan goreng sehingga empuk dan lembut. TAK PERLU masukkan air dulu sehingga ia lembut dan boleh digigit. Kalau kita masukkan air sebelum ianya lembut, daging akan terus menjadi keras dan liat. Biarkan ianya masak secara menggoreng dengan minyak tu. Minyak tu bolehlah dilebihkan sedikit. Saya tak suka pulak rebus dulu daging tu, bagi saya manis daging tu lain. Suka ianya masak cenggitu dengan semua bahan tu yang akan serap perlahan ke dalam daging tu. Lagi sedap rasanya. Boleh masukkan sedikit garam, serbuk kunyit, kicap dan serbuk lada hitam. 

Setelah daging tu lembut, masukkan buah tomato dan goreng hingga mesra. Jika daging tu agak dah boleh digigit, bolehla dibubuh sedikit air jika nakkan ia lembab lembab sedikit. Saya langsung tak bubuh air sebab memang suka garing camtu. Masukkan juga bawang besar kuning yang dihiris bulat, cili merah, capsicum kuning dan hijau, ciliapi dan garam secukup rasa. Masak sebentar dan matikan api.. Siap.. Sempoi jer kann..


~~ JENAHAK GORENG BERLADO ~~



BAHAN BAHAN :
2 keping isi Ikan Jenahak size sederhana
6 batang Cili Merah *
6-9 tangkai Cili Padi *
5 ulas Bawang Merah *
1 ulas kecil Bawang Putih *
1 biji Bawang Besar (dihiris bulat)
1-2 batang Serai (dititik)
2 sudu besar Jus Lemon/Limau (ikut citarasa)
1 cawan Air atau secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis




Bersihkan dulu ikan, pastu lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng hingga masak, angkat dan ketepikan dulu. Blend atau kisar semua bahan bertanda (*) di atas. Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Masukkan serai dulu dan tumis sebentar bagi naik bau serai dalam minyak tu dan dikuti dengan bahan yang diblend tadi. Goreng hingga garing dan naik bau. Kemudian bolehlaa masukkan sedikit garam dan sedikit air agar dia berkuah sikit. Bila semua dah menggelegak bolehlaa bubuh jus lemon atau limau secukupnya mengikut citarasa memasing. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat tadi dan masak sebentar. Akhir sekali rasa garam, jika semua sudah secukup rasa, tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi dan sedia untuk dihidangkan. Senang jer.. Memang Koboi kann.. SELAMAT MENCUBA (",)