Wednesday 29 February 2012

ROSELLE Cheese BROWNIES


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua    :)

Alhamdulillah dengan izin Allah saya masih kita jumpa lagi. Sebelum saya membebel panjang panjang kan, mula mula sekali saya ingin merakamkan setinggi tinggi terima kaseh kepada teman teman yang telah menghantar message kepada saya atas sokongan dan terhadap blog Spice Journey yang tak seberapa ini. Syukur sangat sangat.. Dan itu jugalah yang membakar semangat saya untuk meneruskan perjalanan ini selagi termampu dan terdaya. Mudah mudahan dipermudahkan sentiasa.




Okaylah arini takleh bebel panjang panjang, En Somi ada umah. Japgi saya dah nak ke dapoq. Ni cuma saya nak berkongsi lah dengan kengkawan satu resepi yang saya reka reka sendiri dan saya bagi nama Roselle Cheese Brownies. Actually, saya memang teringin nak makan red velvet cake tapi malasnya nak buah cheese frosting bagai tu. Maka saya jadikan brownies jerlaa. Tapi bila memikirkan penggunaan pewarna merah yang agak banyak digunakan untuk memerahkannya, saya agak kurengglaa sikit. Tak berapa sukalaa guna artificial color ni banyak banyak. Tetiba teringat pulak pada buah Roselle. Selalu saya cuma rebus dan minum airnya sahaja. Suka sangat, banyak khasiatnya kann.. Elok jugak kalau digantikan dengan pewarna merah tu kann.. Selamat sikit rasanya. Bukan apa, kengkadang saya makan RVC kat luar sampai terasa pahit dek color atau pewarna merah yang terlebeh tu. Tak suka laa..




Kalaulah kengkawan boleh dapat atau jumpa buah Roselle bolehlaa mencuba, memang berbaloi baloi.. sedap sangattt.. Anak dan suami saya pun suka sangat. Suami saya sampai siap pesan sebelum gi keje aritu, "Jangan abiskan Brownies tu yer, nanti balik kang saya nak makan lagi.. sedaplah".. hehee.. seronok dan kembang setaman lah kejap rasanya hati ni. hehehh.. mesti laa kann.. ;D


BAHAN BROWNIES :
100 gm Buah Roselle
2 cawan Air
250 gm Butter
1/4 cawan Minyak Zaitun
2 sudu besar Serbuk Koko
1 cawan Susu Sejat
1 1/4 cawan Gula Kaster
3 biji Telur
2 cawan Tepung Cake
1 sudu teh Vanilla ekstrak
1 sudu teh Soda Bicarbonate
1 sudu teh Cuka
1/4 sudu kecil red gel paste (saya guna Wilton food coloring)

** Buah Roselle tu ditimbang setelah dibuang bijinya yer kengkawan.
** Utk buad tepung Cake sendiri, bagi sukatan 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan penuhkan selebihnya dengan tepung gandum.



BAHAN CHEESE :
300 gm Cream Cheese
1 cawan Gula Icing
1 biji Telur gred B
1 sudu besar jus Lemon




CARA MEMBUATNYA :
Mula mula kita masak buah Roselle yang telah dibuang bijinya dengan 2 cawan air tadi sehingga menjadi 1/4 cawan dengan api perlahan. Ia akan jadi cam jus Roselle yg pekat dan merah sangat. Tapiskan dan sejukkan sebentar.
Kemudian lenserkan loyang/bekas untuk membakar berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega atau boleh juga bubuh baking paper jer. Panaskan oven pada suhu 175C selama lebih kurang 10 minit.




UNTUK BROWNIES :
Cairkan mentega dan minyak zaitun (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair dan sejukkan sebentar. Ayak tepung cake yang kita buat tadi bersama serbuk koko. Kacau gula kaster dan telur dengan whisk tangan hingga sebati. Masukkan mentega dan minyak zaitun yg telah dicairkan tadi dan gaul sebati. Kemudian masukkan susu cair dan jus roselle tadi, gaul hingga mesra. Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Jikalau suka, boleh juga dibubuh sedikit pewarna merah untuk menaikkan lagi warnanya. Saya bubuh Wilton Red gel paste ujung sudu kecil jer. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 2-3 sudu besar untuk dibuat corak atas cheese tu nanti. Akhir sekali, campurkan soda bicarbornat dan cuka di dalam bekas kecil, kacau dan tuang cepat cepat ke dalam cake. Gaul rata dengan pantas, tuang ke dalam loyang tadi dan terus bakar dalam 40-50 minit pada suhu 175C (bergantung pada oven masing masing gak yer) atau hingga brownies masak.




UNTUK CHEESE TOPPING :
Putar cream cheese dan gula icing hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Kemudian masukkan jus lemon dan putar hingga sebati. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg dan kemudian lorekkan mengikut creativity memasing. Sambung membakar selama 20-30 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul betul sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan.




Brownies ni juga yang saya suka, ianya senang untuk disimpan. Tak perlu simpan dalam fridge melainkan kalau nak simpan lama sangatlaa kan. Setakat ni, saya simpan dalam bekas yang kedap udara pada suhu bilik selama 2 hari pon masih eloq jer fresh. Malah makin sedap. Tapi kalau lebih dari 2 hari tu saya tak taulaa yer sebab selalu tu tak sempat lebih lama dari tu. SELAMAT MENCUBA.


Monday 27 February 2012

My Assignment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera   :)


Hmmm.. Agak banyak hari gak saya update blog ni kann.. sibuk sikit dengan tugasan harian. Ada kawan lama mintak tolong buadkan Black Forest Cake dan Dark Choc Cheese Brownies untuknya. Kebetulan anak anak buah pon balik, kenalah juga buatkan cake untuk dorang. Kalau tak buad tak sampai hati pulak sebab dah terbiasa camtu. Bila nampak mukaku mesti ingat cake.. kekekee..

Makanya, di sini saya naklaa berkongsi ghupa assignment saya weekend ritu dengan kengkawan. Kalau resepinya dah ada kat entry sebelum sebelum ni, just Checkidaudd yer.. Bawak bawak skodeng jer.. :D




Ni yang saya buat untuk teman lama saya dari bangku sekolah lagi, Arum.. Dah lama dah dia teringin, bukan saya tak nak buad cuma saya takut tak memenuhi citarasanya. Selama ni saya buad sekadar hobi dan untuk makan keluarga jer. Harap harap dapatlah diterima beliau seadanya. Saya hanya mampu mencuba yang terbaek buatnya. Maklumlah saya bukan pernah gi sekolah betol betol bab cake ni. setakat gi class demo 2-3 jam adalaa. Tangan ni pulak biasalaa.. kalau buatkan untuk orang mulalah menggeletaq semacam. Hati pon dud daq dug daq.. Deco pon apa yang terlintas jer. Tapi sungguh bila mendeco cake, saya mmg tak penah plan pon.. semuanya idea last minute. Kalau saya plan pon, ujung ujung laen gak jadinya. hehee..





Dan yang ni just a simple Upin n Ipin Choc Cake with fresh cream. Happy to see them really enjoy it. And they really like the spongebob paper plate. Sampai tadi my brother called ckp dorang dah tak nak makan dengan plate lain dah laa pulak.. hehee.. takper nanti MakChaq beli paper plate tu lagi banyak banyak kay cayangg..





Apa apa pon daku amat berharap sangat Black Forest Cake dan Dark Choc Cheese Brownies ni dapat memenuhi citarasa mu Arum. Most important for me is u're happy n really enjoy it dear. Anyway am glad too.. kerana cake n brownies kita dapat dipertemukan after almost 25 years.. Makin cantek dan mantopp mu beb.. Luv U..





Assalamm.. Moga kita dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa. Ameen.

Saturday 25 February 2012

My Homemade BREADs


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat Semua yang saya sayangg.. :D


Selamat berhujung minggu juga buat semua. Percaya ke tak, saya buat ROTI.. hehee.. Tu yang poyo lebeh ni, nak share jugaklah kat sini hasil roti roti sulungku ni. Macam macam pesen ada. psst pssstt.. yang kena sensot pon ada gak.. biasalah festaim kann..




Walaubagaimanapun ia satu pengalaman yang sangat menyeronokkan bila dapat buad roti sendiri, puas makan dan boleh jer bubuh apa apa filling yang kita suka tanpa meragui kebersihannya. Paling seronok bila anak dan suami cakap sedap. Siap suruh buat lagi pulak. huhuu.. besar sebelahlaa jawabnya lengan saya nanti. Bukannya ada breadmaker, just from my lengan to my jari taww.. hehehh.. :D




Seperti biasa, saya nak sharelah juga kat sini resepi yang saya guna untuk buad semua ROTI ni. Sumber resepi saya dapat dari kengkawan sana sikit, sini sikit.. adjust adjust ikut apa yang saya ada dan sukalah. Kayy.. jom nengok..




DOH ROTI :
150gm Tepung Gandum
100gm Tepung Superfine
50gm Gula Halus
1/2 sudu teh Garam Halus
1 sudu besar Susu Tepung
1/4 sudu teh Bread Improver
1/4 sudu teh Bread Softener
30gm (pukul sebiji telor dan timbang, ambil 30gm sahaja)
6gm Yis Kering (MAURIPAN)
20gm Mentega
20gm Shortening
125ml Air Suam
Inti Secukupnya (Ikut citarasa)
Telur Lebihan tadi masukkan 1/4 sudu kecil susu pekat dan gaul sebati
(utk disapu atas roti)
Bijan atau apa saja yg suka untuk ditabur atas roti




Untuk Roti Sardine, gula halus saya guna 30gm jer sebab inti sardine kalau manis, saya tak suka.. kembang tekak nanti.




CARANYA : 
Satukan Semua bahan kecuali air dan gaul rata.
Tuangkan Air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
Uli sehingga doh jadi elastik, lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Uli tanpa henti selama 10 hingga 15 minit.
Rejatkan doh sebentar dalam 20 min.
Ambil doh, tumbuk tumbuk untuk keluarkan angin.
Bahagikan doh jadi kecil dan masuk inti.
Leperkan dan gunting mengadi seperti bunga atau apa jer bentuk yang diingini.
Kalau nak buat yang macam ulat bulu naik daun tuu, mula mula isikan intinya dan bulatkan. Kemudian leperkan dan hiris hiris, tp jangan sampai putus yer. Selepas itu terbalikkan dan gulung.
Panaskan oven pada suhu 190c selama 10 minit.
Sapukan telor lebihan tadi dan taburkan bijan atau apa yg suka.
Bakar selama 25 minit pada suhu 190c atau sehingga kuning keemasan
Keluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dengan sedikit mentega





Simpan juga dalam bekas bertutup dan kedap udara supaya kekal lembut dan tahan. Setakat ni, roti saya boleh dimakan walau disimpan selama 2 hari tanpa sebarang pengawet. Cuma panaskan sekejap sebelum dimakan.






~~ SELAMAT MENCUBA ~~

Thursday 23 February 2012

MEE GORENG Basah HOLiau


Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua   :)

Apa khabar semua? Saya harap kengkawan semua sihat sihat dan hepi hepi sentiasa. Arini saya nak berkongsi laa resepi Mee Goreng Basah saya kat sini. Alahh.. Mee goreng jer pon kann.. rasanya semua orang dah tahu dan selalu buad kann.. Tapi kerana blog ini saya tulis khas untuk Anak tunggal saya Farrah, maka saya tulislaa jugak supaya senang jantung hati saya tu buat reference suatu hari nanti. Kalau ada kengkawan yang sudi nak berkongsi, pun boleyyy.. lagi saya hepi.. :D

Okaylah.. takleh nak sembang pepanjang, banyak lagi kerja nak buad ni. Jomlah kita pi ke Dapoq manis Dapoqku.. hehehh..





BAHAN BAHAN :
1/2 Kilo Mee Kuning
250 gm Udang (atau apa jer suka)
3 sudu besar Cili Mesin
1 sudu besar Kicap Mee (Tamin)
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Sos Tomato
2-3 keping Tahu (digoreng)
10 biji fishball (klu suka)
3/4 cawan Minyak utk menumis
2 cawan air atau secukupnya
Sayur ikut citarasa
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk Lada Sula

Bahan tumbuk :
5 ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia




CARA CARANYA :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga keperangan. Minyak untuk menumis mee goreng basah ni kita lebihkan sikit dari mee goreng biasa supaya dia basah cantek nanti. Guna minyak jagung selamat sikit. hehee..

Kemudian masukkan cili mesin, sedikit garam dan masak cili hingga garing dan hilang bau cili tu. Pastu bubuhlah kicap mee, Sos Tiram dan Sos Tomato. Masukkan Air dan bagi dia mesra seketika. Kemudian masukkan udang. Kalau nak tambah ayam pon boleh. Tapi kalau buh ayam, kena masuk ayam dulu laa kan pasal ayam lama sikit masaknya dari udang. Udang cam biasalah, takleh masak lelama sangat, nanti kecut tak sedap.

Okayy.. bila udang atau ayam tu sudah masak bolehlaa masukkan mee dan sayur sayuran. Kalau rasa nak basahkan lagi, boleh tambah sedikit lagi Air. Biarkan masak seketika dan bolehlaa dihidang. Taburkan dgn sedikit lada sula utk menaikkan baunya. Hiaskan lah dengan hirisan tomato, tahu goreng atau apa saja mengikut citarasa memasing. Kalau nak sedap lagi, taburkan dengan sedikit bawang goreng tapi yang sandiri bikin taww.. beli punyer, mana ada ummpphh.





Pergghh.. mutoi mutoi HOLiauuuu woooo.. Saya laa yang cakap.. heheh.. Mee Goreng Basah ni kena makan terus lepas goreng, kalau tak nanti dah sejuk dia kembang tak sedap dan tak basah dahh.


Nengok tu anak saya.. Memang tu lah hobi dia, bila ibu atau ayah dia makan mesti dia nak ngecek mintak disuapkan ke mulut dia. Tu dia tengah kacau ayah dia makan.. Apa apa pon Ibu dan Ayah sayang Gurl sangat sangat taww.. cam lagu Mendiang Whitney Houston tu.. "Will Always Luv U".. Luv Uuu.. Luv Uuuu.. Sedap lagu tu kan.. One of my favourite song tu. Siap simpan duit belanja sekolah tu dulu nak beli keset dia.. Mana laa ada CD ker MP3 zaman ibu muda remaja dulu.. Yang ada tulaa Radio Keset bergerak Mak Tok jer, pon layan abiss.. Rasa cam Kevin Costner ada kat sebelah jer.. wahh.. ;D





~~ SELAMAT MENCUBA ~~


Monday 20 February 2012

Masak Masak.. Makan Makan.. bersama AYAHBONDA


Assalamualaikum  dan Selamat Sejahtera   :)

Wat per tu? Ujan tengah lebat kat tempat saya ni. Borink betul rasanya duduk sengsorang, Suami ke opis, biasa malamlah baru sampai tu.. Anak ke sekolah, lewat gaklaa balik arini. Makanya layan diri kat sini jerlah nampaknya.





Ujung minggu baru ni kami anak beranak balik ke rumah orang tua saya. Temankan mereka berdua di ujung minggu, sunyi kata mereka kalau takder yang balik. Masa masa camni memang saya selalu masakkan mereka. Seawal pagi sesudah Subuh tu saya dah ke Pasar mencari apa yang di masak. Antara menu yang dapat saya masak tulah Kari Daging, Udang Goreng, Buncis Goreng Berlada dan Sambal Belacan bersama Ulam Raja. Jadilah untuk kami berlima jer aritu. Berselera nampak Mak dan Abah makan aritu.. Alhamdulillah.. bahagia rasanya dapat menggembirakan mereka berdua takat tu pon.




Kat sini saya nak kongsilah dengan kengkawan yang sudi cara saya masak KARI DAGING ni.. Ni cara saya lah yer.. yang memang menjadi kegemaran keluarga sentiasa...




BAHAN BAHAN :
1 kg Daging Pejal
5-6 biji Ubi Kentang (dibelah 4)
400ml Santan Segar
500ml Air atau secukupnya
6 sudu besar Rempah Kari Daging
3 sudu besar Cili Mesin
8 ulas Bawang Merah*
3 ulas Bawang Putih*
2 inci Halia*
3 sudu Besar Tomato Puree
1 cawan Minyak utk menumis
2 kuntum Bunga Lawang
3 biji Buah Pelaga
3 batang Cili Hijau
2 helai daun Pandan (disiat)
Sedikit Kulit Kayu Manis
Sedikit Daun Kari
Garam secukup Rasa
Hiasan : boleh bubuh buah Tomato
Tumbuk atau blend semua bhn bertanda *





CARA CARA :
Mula mula panaskan minyak dan tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian tumis pula bahan yang telah ditumbuk atau diblend tadi hingga kuning keemasan. Masukkan rempah kari dan cili mesin yang telah dijadikan pes, daun kari dan daun pandan. Tumis dengan api perlahan supaya rempah tu tidak hangit dan pahit. Masukkan sedikit garam dulu. Bila rempah tu dah mula garing dan naik bau, masukkan tomato puree masak sebentar. Selepas itu masukkan daging yang telah bersih dan dipotong, masak sebentar bersama rempah tadi. Dikacau selalu hingga bawah yer, supaya rempah tak hangit. 

Kemudian masukkan sedikit air, cili hijau yang dipatah patah. Tutup periuk dan masak hingga empuk daging tu. Kalau tak empuk lagi, bolehlaa ditambah air tu sedikit demi sedikit. Bila daging sudang empuk, bolehlah masukkan ubi kentang dan biar empuk sedikit, Kemudian masukkan santan dan garam secukup rasa, masak hingga menggelegak. Kecilkan jer api dan masak bagi dia terbit minyak, baru cantek Gulai kita tu nanti. Sebelum matikan api baru masukkan buah tomato yer.




 
Setelah siap bolehlah dihidangkan. Makan lak ngan sambai belacan dan ulam tu.. perghh.. memang tak hengatlah.. hehee.. Cubalah resepi ni kengkawan.. Insyaallah sedap. Pasni kompom takgi cari Restoren Nasik Kandar lagi. hehee.. Kalau tak makan ngan nasi, makan ngan roti atau chapati pon sedap kari pekat pekat ni. Kalau dapat makan ngan pulut kuning ker, lagi laa kababooomm.. duhh.. sedapnyerr.. ;P





Kuih Onde Onde ni pulak, Mak yang buadkan untuk minum petang kami. Sedap sangat Mak.. tapi tulah mak mak kita masak mana ada men sukat sukat ni kann.. Saya balik balik nengok Mak dah siap buad, frozen lagi tu. Bila saya tanya, dia cakap.. "Mak men teghejun jer semua".. hehee.. tapi teghejun teghejun Mak memang sentiasa menjadilah.. Air tangan Ibulah katakan..




Cuma yang dapat saya korek sikit sikit, ni laa yang Mak cakap, 1 kampit tepung pulut tu add 2 sudu besar tepung gandum.. Pastu bancuh ngan air garam hingga agak agak dia boleh dibentuk dan ada lembab2 sikit supaya bila digelek ngan bijan tu bijan tu boleh melekat. Garam dalam 1 sudu kecil camtu, bancuh ngan 1 cawan lbh sikit Air utk jadikan Air Garam.

Inti tu cam biasalaa, Amik dalam satu biji kelapa parut yang muda dan yang putih jer, masak dengan gula melaka n daun pandan.. Ikutlah nak manis takat mana yer, boleh tambah gula pasir sikit nutk naikkan manis dia. Bila dah hampir pekat, masukkan sedikit tepung gandum dalam satu sudu besar camtu utk memekatkan atau cam melekatkan inti tu.. camner nak cakap yer.. harap harap fahamlaa bahasa saya tu yer.. Saya cuba sedaya upaya saya ni setelah puas mengorek dari Ibunda tercintaku. Lagi satu, baru saya teringat.. Jangan digoreng lama sangat yer.. Bila dah keperangan tu cepat cepat angkat, kalau tidak nanti dia meletup. Haa.. bab ni saya terror laa.. sebab saya yang tukang goreng.. heheh.. :D





~~SELAMAT MENCUBA~~

Sunday 19 February 2012

NASI GORENG Cendawan Shitake JALA Bocorku


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat yang Semua :)


Hmm.. Lawak tak bunyi nama Nasi Goreng saya malam ni.. hehee.. Sebenarnya saya teringin nak buat telur dadar tu macam roti jala tikar menggunakan botol muncung tiga yang saya beli dari teman fb saya Reen. Tapi tahlaa.. telur tu kan cair gamaknya, tu yang ilang cerita tikar jadi jala bocor dan koyak rabak.. hahahaa.. Tapi saya nak jugalaa berkongsi kegagalan saya dgn kengkawan semua. Untung untung kalau ada yang boleh mencuba dgn lebih baik, boleh saya tumpang sepinggan kan. Sebenarnya, saya nak tambah tepung bagi pekat lagi tadi, tapi suami saya tak bagi laa pulak. Tak sedap katanya, kalau telur tu rasa tepung sangat nanti. Dia dok nengok saya masak tadi, takleh nak cakap apa lah.. akur jerlah.. Nak dibuang putih telur tu sikit, cam sayanglaa pulak.. rezeki tu.. tak pun dah nak kena mereka menu lain lak tuk putih telur tu.. Malas laa pulak.. Apa apa jerlah.. janji masuk perut, sedap dan kenyang dah laa kann...





Kalau nak tau camner tangan yang tak berbedong ni buat tadi, jap saya story yer.. ;)

BAHAN TELUR :
4 biji Telur Ayam
2 sudu besar Tepung Gandum
1 sudu kecil Garam
Sedikit Lada Sulah

Pukul ringan telur, garam dan lada sulah. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam tepung gandum dan pukul ringan (dengan garpu jer) hingga rata dan mesra. Kemudian masukkan ke dalam botol muncung tiga tu dan masakkan di atas kuali leper. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Boleh dapat dalam 4 keping jala telur.





BAHAN NASI :
2 pot Beras dimasak (Nasi)
4-5 kuntum Cendawan Shitake (direndam dgn air panas)
200 gm Udang (atau apa jer yg suka)
5-6 ulas Bawang Merah *
3 ulas Bawang Putih *
10 batang Cilipadi (ikut nk pedas camne)*
1 sudu makan Sos Tiram
1/2 batang Carrot (diricih halus)
Sedikit Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bahan yang bertanda (*) yang telah ditumbuk sehingga keperangan. Masukkan cendawan shitake yg telah dihiris,udang dan sos tiram, masak sebentar. Kemudian masukkan carrot dan diikuti dengan nasi yang telah dileraikan. Bubuh garam secukup rasa dan masak dengan api perlahan sehingga betul betul mesra dan rasa dia dah 'IN' lah.. hehee..
Akhir sekali bolehlah letakkan sedikit nasi goreng tu di atas jala telur tadi dan gulung perlahan. Hiaskan dengan apa jer yang suka atau ada dan bolehlah dihidangkan. Senang kann.. tapi ni jerlah ghupa yang saya dapat hasilkan.. huhuu.. Jadilah untuk kami tiga beranak.. Alhamdulillah.. :)


Friday 17 February 2012

SPAGHETTI BOLOGNESE.. SemPOi


Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat Semua   :)

Nampaknya hujung minggu hampir tiba lagi. Cepat sungguh masa berlalu. Malam tadi, sebenarnya saya plan taknak masak. Saya dan anak saya memang kurang makan belah malam tapi bila dengar suara Kekande dalam talipon tadi cam lemah jer bila suh makan luar tak sampai hati pulak rasanya. Dia pon taklah merungut atau marah, kerana selama saya menjadi isterinya dia memang seorang suami yang tak pernah memaksa saya melakukan sesuatu. Cuma agak kesianlaa pulak, berkata jugak dalam hati ni, kejam ker aku? kesian pulak.. teruslah ke dapo selepas solat maghrib tadi tinjau apa yang ada.




Nak masak nasi cam heavy sangat pulak.. tetiba terpandang spaghetti yang masih ada stock, jadilah.. Bahan bahan pun adalaa sikit sikit kat dapo tu. SPAGHETTI BOLOGNESE jer lah nampaknya yang senang dan cepat. Mulalah operasi.. kekande dah nak sampai tu..




BAHAN BAHAN :
500gm Spaghetti
500gm Daging/Ayam Kisar
200gm Tomato Paste
200gm sliced Mushroom
2 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
5-6 helai Bay Leaves
Sedikit Oregano
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Sedikit Olive Oil utk menumis
Sedikit Daun Ketumbar
Sedikit Parmesan Cheese (utk tabur)
Garam dan Gula secukup rasa





CARA CARA:
Mula mula rebus Spaghetti dgn sedikit olive oil dan garam hingga lembut.
Tumiskan bawang besar dan putih yg dah dichopped sampai layu.
Masukkan daging kisar, sedikit garam dan lada sulah goreng hingga masak.
Masukkan mushroom, oregano n bayleaves, goreng hingga naik bau
Kemudian masukkan tomato paste dan goreng sekejap. Bubuh sedikit air
Masak hingga mendidih dan biarkan pekat sedikit.
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Bolehlah dihidangkan.
Taburkan sedikit daun ketumbar yang dihiris halus dan juga parmesan cheese.




Ni cara saya yang sempoi dan emergency tadi laa.. kalau nak nengok yang lagi proper boleh jengok ke entry saya yang terdahulu 'Spaghetti Bolognese with Meatball' ni link dia http://spicesjourney.blogspot.com/2011/12/spaghetti-bolognese-with-meatball.html.

SELAMAT MENCUBA   (",)



Wednesday 15 February 2012

Gulai Parpu MUNGGAI aka KELO vs Ikan KURAU masin goreng.. Baekkk Punya...

Bismillah Arrahman Arrahimm..  :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Alhamdulillah dengan izin Allah bertemu lagi kita di sini.

Menu cheq arini memang Baekkk Punyer taww.. Orang lain tak taulaa tapi cheq ni, Gulai Parpu Munggai kalooo memang crazy sangatlah. Kena pulak dengan Ikan Kurau Masin tu, goreng buh bawang ngan cabai burung sikit pastu perah pulak limau.. perghh memang tak hengatlah.. Bertambah tambah laa anak dan hubby makan. Tu dalam pada dorang cakap dah kenyang tu, kalau lapaq tak taw nak habaq laa kann.. hehee.. Lepas makan minum pulak Ayaq Jus Roselle.. hmm segarrrr.. Semua Homemade and my Handmade taww.. hikhik..




Kat sini cheq nak story laa sikit, lagu mana masak Gulai Parpu Munggai ni. Kalau bukan orang Utara depa panggey Buah Kelo masak Dalca kann.. Sebenaqnya, ni pon festaim masak gulai ni, selalu tu Mak yang masak. Balik nengok dah siap ja, tinggai chedok buh dalam pinggan ja. Bila buat sendiri ni berkali kali laa jugak duk keja nalipon Mak tanya camna nak buat.. Seb baek jadi gak.. hehehh.. Jom jom pi dapoq.. kita chechidauddd apa nak kena buad ;)

BAHAN BAHAN :
6 batang Buah Munggai aka Buah Kelo
200gm Udang size sederhana (nak buh lebih pun boleh)
100gm Kacang Parpu aka Kacang Dal
2 sudu besar Rempah Kari Daging
200ml Santan Kotak (Ayam Brand)
500ml Air atau secukupnya
1 biji Bawang Besar *
3 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia *
Garam secukup rasa




Utk TUMIS DARAT :
6-8 Ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 sudu kecil Jintan Putih
1/2 inci Halia (dimayang halus)
Sedikit Daun Kari
Sedikit Minyak (bugjet cam nak menumis tu)
1 sudu makan Minyak Sapi


CARA CARANYA :
Mula mula kita bersihkan dulu Buah Munggai kita tu. Rautkan sikit kulit luar tu, potong potong dalam 3-4 inci camtu dan celurkan sekejap untuk buangkan sikit rasa getah dia yang kelat tu. Tos dan ketepikan.

Kemudian rebus kacang parpu tu bersama rempah kari dan bahan bertanda * yang telah ditumbuk atau diblend hingga kembang. Selepas tu masukkan Buah Munggai tadi dan masak seketika hingga agak lembut. Masukkan santan dan masak hingga menggelegak, baru masukkan udang. Jangan masak udang lelama sangat, nanti dia kecut tak sedap. Kecilkan dulu Api dan bubuh garam secukup rasa.





Sementara tu bolehlaa kita siapkan bahan untuk Tumis Darat. Hiris atau mayang halus bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan minyak bersama minyak sapi dan goreng semua bahan tumis darat. Bila dah garing, berwarna coklat keemasan tu, tuangkan terus ke dalam gulai kita tadi dan tutup periuk tu, supaya aroma yg harum tu tak keluar dan matikan api.

Yeayyy.. siap laa sudah.. Pastu kuali tadi takyah nak basuh lagi, bolehlah terus buad goreng ikan masin pulak.. Mmmm.. chedapnyaaaa.. ;P

Chop chopp.. ada PESANAN ringkas, kalau ada sesapa yg tak pernah makan buah ni, makan dia cuma makan yang belah dalam dia jer yer.. Kulit dia keras, takleh makan.





Jom Pekena baekkk punya.. Pastu minum pulak Ayaq Jus Roselle tu.. HOHOHO.. Alhamdulillah.. syukur pada rezeki yang Allah Taala berikan...



Monday 13 February 2012

TALAM SUJI Jantung Hatiku




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Petang semalam lepas balik dari rumah kenduri kat Rembau, duduk duduk tu tekak ni teringin sesangat nak makan kuih TALAM SUJI. Kuih ni memang peberet saya sangat sangat dari dulu. Selama ni susah nak dapat yang betul betul sedap. Ingat lagi, kalau nak makan yang sedap kenalaa pesan kat adik ipar saya Amy Tamiri tolong belikan kat Pasar Sec 6, Shah Alam. Alhamdulillah setelah mencuba resepi ni hati saya rasa puas dan hepi sangat.. Akhirnya berjaya juga saya menikmati kuih Talam Suji saya sendiri. One thing for sure.. "Mak, U must be so proud of your doter now"...  :)

Terima kasih banyak banyak Reen kerana sudi berkongsi resepi Talam Suji ni cuma saya ada kelainan sikit sikit sebab saya guna apa yang ada kat dapo saya tu jer. Dah petang baru teringat nak buat, mana nak cari santan segar lagi kann.. Saya guna santan kotak cap Ayam tu jer laa.. Tapi tetap sedapp.. heheh.. Santan Kotak cap Ayam ni memang saya suka guna, bau dan rasa dia segar, tak menjejaskan rasa masakan saya. Lagipun ia mudah untuk keep stock kat dapo. Wahh.. tak pasal pasal pulak jadi Duta Santan cap Ayam ni. Okaylah.. jom nengok cane nak jadikan kuih TALAM SUJI dengan cara saya yang sempoi.




LAPISAN BAWAH :
1 1/2 cawan tepung suji
200 ml Santan Kotak (Ayam brand)
3 cawan Air
1 cawan Gula Pasir
Sedikit Garam
Sedikit Pewarna Kuning

LAPISAN ATAS :
400 ml Santan Kotak (Ayam Brand)
2 cawan Air
1 cawan Tepung Gandum
2 sudu besar Tepung Custard
1 cawan Gula Melaka
(klu guna Gula Merah, tambahkan 2 sudu besar Gula Pasir)

** Beberapa helai daun pandan




CARA CARA :
Mula mula panaskan dulu kukusan kita. Satukan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan gaul rata. Masak dengan 1-2 helai daun pandan dengan atas api perlahan hingga agak pekat. Sentiasa dikacau supaya tidak berkutil dan hangit. Masukkan ke dalam bekas atau loyang dan ratakan. Kukus selama 15-20 minit.

Adunkan pula adunan untuk Lapisan Atas. Kalau berkutil tepung tu, bolehlah di tapis dulu dengan penapis santan atau apa jerlah yang ada kat dapo kita tu. Kemudian masak sekejap bersama 1-2 helai daun pandan juga dengan api perlahan hingga pekat sedikit. JGN TINGGAL yer.. KACAU sentiasa.. kalau tak nanti dia cam berkutil, tak cantek. Selepas tu, tuangkan ke atas Lapisan bawah yang kat dalam bekas tadi. Kukus lagi selama lebih kurang 20 minit. Sejukkan dulu sebelum dipotong dan dihidangkan.



 
Tips dari saya : Setelah cukup masa mengukus akhir yang 20 minit tu, jangan matikan api kukusan tu dulu. Biarkan kuih tu atas kukusan dengan tutupnya TERBUKA selama 10-15 minit. Dengan cara ini boleh mengeringkan air dari wap yang ada di permukaan kuih tu. Semua kuih yang kita kukus versi Talam elok dibuat camni. Tak perlulah nak dilap dgn tisu, kerana ini boleh menjejaskan rupa kuih tu kalau tak hati hati. Insyaallah.. Selamat Mencuba yer.. Memang tak rugi mencuba, sedap sangat kuih Talam Suji ni.



Tuesday 7 February 2012

Menu SPECIAL Bersama KELUARGA TERCHINTA


Assalamualaikum  :)


Cuti ujung minggu yang agak panjang bersempena dengan Maulidul Rasul dan Thaipusam sudah berakhir. Esok bermula laa kembali tugas ukur jalanku seperti biasa.. huhuu.. Tapi sebenarnya suka gak ukur jalan nih.. Borink gak kalau asyik dok umah jer kan.. heheh..

Bila cuti biasalah, adek adek balik. Penuh rumah mak ngan anak anak dan cucu cucunya. Saya cam biasalah.. tetap dapo lah tempatku. Dan ini adalah antara yang saya masak untuk keluarga haritu. Masak Lemak Cilipadi Perut ngan Rebung dan Ayam Kampung Goreng Berempah. Menu kampung ni bagi saya agak spesel bagi saya, tu yang saya nak berkongsi dengan kengkawan semua. Jom checkidaudd.. ;)



~~ AYAM KAMPUNG GORENG BEREMPAH ~~

BAHAN BAHAN :
1 ekor Ayam Kampung
1 sudu besar Ketumbar *
1 sudu besar Jintan Manis *
1 biji Bawang Besar *
3 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia *
1 inci Kunyit Hidup *
2 btg Serai *
2 sudu besar Tepung Gandum
2 sudu kecil Garam halus (ikut citarasa)
Sedikit daun kari




CARA CARA :
Bersihkan ayam dan dipotong mengikut pilihan sendiri. Rendam seketika Ketumbar dan Jintan Manis supaya kembang dan mudah utk diblend. Blend semua bahan bertanda (*). Gaul rata Ayam bersama bahan yg dikisar tadi, garam halus dan daun kari. Perap seketika dalam bekas yang bertutup atau dalam Zipper bag pon boleh. Letakkan di dalam peti sejuk (chill) lebeh kurang 1/2 jam supaya rasa rempah tu serap ke dalam ayam tu (lagi lama diperap, lagi sedap).
Kemudian, bila hendak menggoreng taburkan sedikit tepung gandum n gaul rata supaya rempah tu melekat pada ayam bila di goreng. Goreng hingga masak dan berwarna cam golden brown dan hidang.



~~ MASAK LEMAK CILIPADI PERUT LEMBU & REBUNG ~~

BAHAN BAHAN :
1 kg Perut Lembu
200 gm Rebung
Cili Padi dlm segenggam (kurangkan, klu tk kuat pedas)
Kunyit hidup dalam 3 inci
Serai dalam 5-6 batang (dititik)
Halia dalam 1 inci (dihiris)
Santan Segar 600 ml
Air dlm 200 ml
Garam secukup rasa (lbh kurang 3 sudu kecil)

** Kalau guna Santan Kotak (Ayam Brand) guna 400ml + 400ml Air. Ikut juga citarasa masing masing nak pekat macam mana.

CARA CARA :
Mula mula celurkan dulu rebung tu di dalam air panas menggelegak sebentar untuk hilangkan baunya dan toskan. Kemudian bersihkan perut yang sudah dipotong dengan serbuk kunyit dan perahan limau untuk menghilangkan baunya. Ini cara saya lah yer. Saya biarkan dia terendam seketika sebelum dibasuh bersih dan toskan. Perut tu juga jangan dipotong kecil sangat yer, sebab nanti bila dah dimasak ia akan kecut sedikit. 




Kemudian masak dulu perut tu bersama cilipadi yg telah dimesin bersama kunyit hidup. Bubuh sekali hirisan halia dan serai yang telah dititik. Masukkan sedikit garam dan sedikit santan dulu dan masak hingga hampir kering. Nengok nengokkan juga jangan sampai perut tu lembut sangat, nanti tak sedap. Saya suka cam kenyal kenyal sikit. Bila dah kering air yang keluar dari perut tadi, bolehlah dimasukkan Santan selebihnya dan juga rebung. 

Masak hingga mengelegak. Bubuh garam secukup rasa, kalau dah cukup, angkat. Jangan masak terlebih masa, nanti gulai tu jadi cam terbit minyak. Itu dah tak perfect untuk Masak Lemak Cilipadi NS klu jadi camtu. Api pon kena jaga gak yer.. Jangan besar sangat dan jangan kecik sangat, nanti pecah minyak pulak.. pon tak jadi.. hehee.. cam susah jer bunyinyer pulak.. tapi taksusah.. Saya cuma pesan sesiap apa yang saya teringat.. Insyaallah.. Cubalah.. :)




Haa.. yang ni pulak BLACK FOREST CAKE lagi yang saya buat untuk anak anak buah saya. Resepi dah ada KAT SINI yer.. Kalau berminat jemputlah skodeng yer..




Suka saya nengok dorang makan. Apa apa pon memang seronok sesekali dapat berkumpul bersama keluarga bila cuti cuti begini. Keceriaan juga terpancar di wajah kedua Mak dan Abah. My dearest Family.. Luv u all very much.. muahhh.. Looking forward for our next gathering...