Thursday, 6 September 2012

Kek BUAH Kukus SulongKu.. (",)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Hoyeyy!! Hoyeyyy!!!.. Hepi sangat taww uolss.. Percubaan pertama membuat Kek Buah Kukus menjadi dan sangat sangat menepati citarasaku. Inilah resepi yang saya cari cari selama ini. Mudah jer membuatnya tetapi hasilnya sangat terbaek, bagi tekak saya laa.. Cukup moistnya dan juga tidak manis sangat. Terima kasih banyak banyak pada teman alam mayaku Kamilia Ibrahim Kak Uteh yang sudi berkongsi resepi yang asalnya dari Chef Zubaidah bte Chepa dipetik dari buku Steamed Cake terbitan One Publisher.




Setiap kali raya, Kek Buah Kukus ni memang satu satunya Kek yang cam wajib Mak buat. Tu yang saya tak pernah amik pot nak membuatnya sendiri. Tau ngapp jer bila Mak dah buat. Raya kalini, Mak pun agak uzur dengan keadaan matanya tak nampak nak buat apa apa tu, terpaksalah buat sendiri. Padanlaa ngan muko den ni. Paling rasa tercabar sangat bila my hubby tanya, "Kek Buah takde ker? Awak tak reti buat ker??".. Ek elehhh.. Geramnyerrr.. Tu yang tak sabar sabar nak henjut nih.. hehehh.. Jomlah kita nengok resepinya. Resepi asal saya rujuk dari Notes Kamilia Ibrahim Kak Uteh cuma ada sikit sikit tu yang saya tambah mengikut citarasa saya. 




BAHAN-BAHAN :

225 gm Mentega Berkualiti Tinggi
340 gm Gula Pasir
50 gm Air Panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji Telur ~~ Saya guna size A
1 sudu teh Cream of Tartar *
2 sudu teh Soda Bikarbonat *
350 gm Tepung Gandum *
1 sudu teh Serbuk Nutmeg/Buah Pala *
1 sudu teh Vanilla Extract/Essence




CARA-CARA :

Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air panas perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

Ayak semua bahan bertanda (*). Masukkan ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar. Saya pukul menggunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Di sini saya kacau dengan senduk kayu pula.




Masukkan adunan kedalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" dan kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Saya kukus juga dalam bekas Silicone YANG INI. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan seperti ini saya kukus selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.




Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil semasa mengukus kek. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. Pesan Kak Uteh lagi, kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.





~~ SELAMAT MENCUBA ~~



16 comments:

rahel said...

Salam Shiela...
Tengok pun dah tau sedap...apa lg klu ada depan mata...terus ngap....hehehe..cantek banget kejadiannya kekmu itu...

Qasey Honey said...

slm Kak Shiela..suka la tgk kek buah akak tu...nmpk sedap n sempurna kejadiannya...simpan resepi dlu nti nk cuba jugak..tq

azian said...

Akak pun buat kek buah raya kali ni dan menjadi jg. Boleh try resepi ni pula nanti..

Azie said...

Shiela, nampak hitam itu menawanlah kek ini. gorjes gitu

zila norazila said...

kak shiela syggg..nampak sedap kak..wlaupun pestime tapi dh kira yg terbaeekk tue kak:)

Shiela said...

wsalam Rahel.. terima kasih byk byk.. :-)

Shiela said...

wsalam Qaseh Honey.. cubalah nnti.. mmg sedap resepi ni..

Shiela said...

Azian.. cubalah.. sng jer recipe ni..

Shiela said...

Azie, thank you my dear.. :-)

Shiela said...

Zila, macehh cayanggg.. :-)

Anonymous said...

salam kak shiela...mtak dhalalkan resepi ni.. teringin nak cuba..slalu pg dapor kak sheila suka baca pnergan kak sheila bg...

Shiela said...

Anony : wsalam.. thank you dear n selamat mencuba yer.. :)

Anonymous said...

Salam minta izin ambil resipi nya minta hallalkan semoga di murahkan rezeki wasallam timakaseh Sai

Anonymous said...

assalamualaikum kak..minta izin nak copy resipinya..

norlia hashim said...

Assalam kak..sungguh baik hati akak share resepi ni..cuma saya nak tanya satu soalan,boleh tak kek ini kita bakar selain dari kukus..ada apa2 perbezaan tak dari segi rasanya. thanks for sharing..selamat berpuasa..

Anonymous said...


Salam Shiela.
I am a silent reader of ur blog.

Lama saya menderas resipi ni, buat persiapan untuk Raya . Alhamdulillah, percubaan pertama berjaya. Raya tahun ni , sampai buat 4 biji :D

Terimakaseh Shiela !

~Deedah ( dari kota singa )