Tuesday, 17 July 2012

Kek Lapis PRUNE LaGi


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pada yang singgah kat dapo buroq saya ni. Tadi saya melapis kek ni lagi. Kerap jugak saya doq buat KEK LAPIS PRUNE ni. Tak pernah jemu lagi dengan rasanya. Saya suka sangat sebab dia tak manis sangat dan ada rasa masam masam prune tu. Kali ni saya buat sebab Mak saya teringin nak makan. Lama gak dah dia mintak baru ni laa saya dapat buatkan.. Asyik postpone jer.. Ampun Mak.. tapi camner pun, Alhamdulillah.. tadi Mak dah dapat makan yang dihajatinya.




Kalau kengkawan berminat nak mencuba, recipe dan cara membuat kek ni boleh dirujuk KAT SINI yer.. Saya memang recommend betul kek ni pada kengkawan bakers. Setakat ni yang dah mencuba semua suka sangat sangat dengan rasanya. Cubalah dulu.. Insyaallah berbaloi baloi.. hehee..




Nampaknya tak banyak yang nak saya bebelkan malam ni. Sebenarnya saya tengah melayan diri sementara menunggu masa untuk mengejutkan anak dara saya tu bangun bersahur. Dah ujung ujung baru nak ganti posa anak bertuah tu. Puas dari awal saya ingatkan, dia asyik nanti.. nanti.. nanti.. adehh.. Ada 2 hari lagi tu.. Harap harap sempatlah. Saya dah cakap kat dia aritu kalau tak sempat ganti, bila dapat duit raya nanti suh dia beli beras bayar Pidyah sendiri.. hehehh.. Kasi GempaQ sama dia sikit. ;D




Okeylah saya nak ke dapo pulak ni.. Nak hangatkan apa yang patut untuk anaconda ku yang tercinta tu. Pulut kuning pun baru jer siap kukus tadi. Dia sibuk sangat nyebut nak makan ngan Kari Daging. Ayat power dia tu laa.. "Dah terasa rasa kat tekak ni ibuuu.. Sedapnyerrr".. Mana tak tentu arah hati pewwot ni dibuatnya.. Anak oh Anakk.. Moga kelak jadi insan yang Solehah dan Cemerlang.. Luv u so much dearie.. U're everythinG..



7 comments:

Azie said...

Aduh tak tahan ni. Yg dulu dah buat pejam mata. Kali ni bila ditayang lagi sekali, rasanya dah tak larat nak pejam lah.

Zubedah Belajar Masak said...

Hi! Shiela,
Belom gi kerja ni sempat pulak jengok kat sini. Sukerlah nengok u tunjukkan cara2nye tu. setep by setep. Maklum lah I ni ada selow sikit bab buat kek. Mesti kena nengok betul2, bukan seperti se1/2 org sekali imbas jer dah tahu. Mekasih ye!

dZana said...

aslmkum shiela.. sama jer mcm anak dara saya tu.. dah last minute baru kelamkabut nak byr utang puasa.. semuanya suke last minit.. keje sek ke.. nk peksa ke.. huuu.. tergoda tul dgn kek lapis prune ni..

Shiela said...

Azie : Bila dah sihat nanti cubalah yer.. For time being take good care of your health n have a good rest dear.

Shiela said...

Zubedah : insyallah boleh.. Karipap pusing pun boleh cemerlang giteww.. :-)

Shiela said...

dZana : Wsalam.. Lama tak nampak yer.. Macam tulah anak kita ni kan.. Alhamdulillah selesai lah jugak digantinya.. Jomlaa try kek tu Zana.. Memang sedapp.. Pada tekak saya laa.. Hehee..

kasihilmar.com said...

As salam Shiela, best blog ni.. banyak betul resipi2 yang menarik dan sedap!