Monday, 4 June 2012

FRAMBOZEN KENARI.. CitarasaKu


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Ini adalah percubaan kedua saya membuat Frambozen Kenari ni. Masa mula mula buat dulu agak manis sangat, tak termakan rasanya maka pada kali kedua ni  saya cuba kurangkan sikit sukatan gulanya. Barulah boleh makan tak benti benti.. hehee.. Kali ni saya merujuk pada blog Semanis Gula kepunyaan Kak Zu. Terima kasih Kak Zu tapi saya punya taklah secantek akak punya. Saya mohon dikongsikan di sini juga yer untuk rujukan saya dan teman teman saya.




Saya juga menggunakan kacang Pistachio sebab memang suka sangat kacang tu. Fillingnya pula saya guna Blueberry Filling yang saya buat sendiri juga, memang tak manis sangat tapi ada rasa masam blueberry sikit sikit yang sangat saya suka dan tak muak muak rasa makannya. Kayylah.. Jom nengok camner saya buat yer.. Adalah sikit sikit yang boleh dikongsi ni tapi resepi ni adalah yang saya adjust mengikut citarasa saya. Kalau kengkawan nak nengok resepi asalnya boleh rujuk pada link ini http://kakzusemanisgula.blogspot.com/2012/04/frambozen-kenari.html.




~~ BAHAN BAHAN (BISKUT) ~~

200 gm butter
1 biji Kuning Telur
1/4 cawan Gula Icing
50 gm Serbuk Almond
50 gm Nestum Original Nestle
1/2 cawan Susu Tepung
1 3/4 cawan Tepung Gandum @ Redrose




Putar butter dan gula icing hingga sebati. Masukkan kuning telur. Saya gunakan senduk kayu jer.
Satukan serbuk almond, nestum, susu tepung dan tepung gandum.
Uli kesemua bahan hingga menjadi doh.
Lapik tray 10 in x 10 in dengan baking paper .
Letak adunan dan tekan padat , cucuk dengan garpu supaye biskut masak dengan cantik.
Tekan dengan Cutter dan bakar biskut selame 30 minit pade suhu 170 C atau sehingga masak.
Bila biskut telah masak angkat Cutter, sapu jem dan royal icing dan tekan CUTTER semula. Susun Pistachio flakes di atasnya. Bakar lagi selame 20 minit. Kemudian kurangkan suhu kepada 100 C dan bakar lagi selame 1 jam untuk proses mengering dan mengrunchy kan royal icing.
Keluarkan CUTTER dan biarkan biskut sejuk sebelum di angkat. Pada kengkawan yang takder Cutter ni pon jgnlah risau, masih boleh buatnya. Potong jer dengan pisau yang tajam masa baru kuar dari oven pepanas tu.



~~ TOPPING ~~

BLUEBERRY FILLING :

1 cawan Buah Blueberry
2-3 sudu makan Gula ~~ ikut citarasa
1/4 cawan Air

1 sudu besar Tepung Jagung *
1/4 cawan Air *
** bancuh sekali~~

Masak buah Blueberry bersama gula dan air. Kacau sentiasa hingga buah tu pecah dan gula larut. Kalau nak manis lagi bolehlah tambah lagi gula tu. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kacau kacau sehingga agak pekat. Sejukkan dulu. Kalau nak guna jem strawberry pon boleh. Terpulanglah pada citarasa memasing yer.

Hirisan Kacang Pistachio secukupnya. Boleh guna Almond Flakes juga.




ROYAL ICING :

2 biji putih telur
80 gm gula castor
2 sudu besar tepung jagung

Putar putih telur dan gula castor sehingga menjadi meringue. Kemudian masukkan pula tepung jagung dan kacau kaup balik hingga sebati.




~~ SELAMAT MENCUBA ~~


8 comments:

Bicara Kak Noor said...

salam Sheila wow terpegun akak tengok kan complicated jugak buat nya ni tapi berbaloi2 sebab nampak sedap sangat kat pistachio tu akak pun hantu pistachio dan kekacang lain mesti nak try lah tapi kena tunggu mood terlebih rajin sbb benda yg kita tk pernah buat mmg perlu banyak masa copy resepi ya..

Shiela said...

Wsalam kak noor.. Silalah.. Tp resepi saya ni tkmanis yer.. :-)

Tina Othman said...

salam

wah sedapnya, lama dah tgk frambozen ni tapi tak sampai seru lg nak trY

Shahriah Abdullah Novelis said...

Sedapnya...... :))

Kak Nita said...

nampak menarik dan sedap...kena cuba gak nnt nih...

Shiela said...

Terima kaseh.. Cubalah.. :)

Anonymous said...

biskut ni toping meringue tu rangup ke? sbb sy pernah mkn kt umah org mcm liat je...nampak akak punya toping mcm rangup n sedap je...

shabbycottage67 said...


salam sis, looks tempting! Can i know where did you buy the cutter for the tray?