Sunday, 12 February 2012

My SOTO with Lurve

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat teman teman yang sudi singgah di dapoku yang tak seberapa ni. Apa khabar?? Selamat berhujung minggu juga buat semua. 

Hmm.. Agak seminggu jugak rasanya entry saya tak in kann.. bukan apa.. Kalau week days tu, saya memang kurang masak memasak. Kalau masak pon yang sempoi sempoi jer. Bila ujung minggu camni, semua ada di rumah baru laa ada mood sikit nak masak. Dan yang paling penting sekali KERJAAASAMAA.. heheh.. ada gaklaa yang boleh membantu ringan ringan kerja saya. Nak nak kalau menu saya arini ni, SOTO.. lagilaa jenuh nak mengumitnya sengsorang kalau takder yang bantu.




Lama betul saya tak meNYOTO nih.. last sekali buad kalau tak silap masa bulan Ramadhan aritu. Banyak kali gaklaa anak saya bunyik mintak ibu dia yg rajin bebeno ni buadkan, tapi tak berkesempatan. Beberapa minggu yang lepas seorang teman fb saya yang lebih senang digelar 'Tok Mak' ada mengirimkan sebungkus rempah SOTO hasil buatannya sendiri. Sesampai sampainya rempah ini, mang aiii.. punya laa wangi bau rempah ni, segar sungguh baunya. Masuk dapo jer bau dia dulu, kalah dan tenggelam abis bau semua Perfume London Parisku.. hikhik.. tapi sungguh ni.. Tu yang teruja jugak nak mencubanya.




Soto ni sebenarnya tak susah, senang jer membuatnya cuma banyak kerja kerja rumit jerlaa sikit. Tapi kalau pandai menyusunnya insyaallah akan jadi mudah. Saya biasanya malam sebelum tu dah siapkan rebus nasi impit, bergedil dan kuahnya. Kuahnya ni kalau lagi lama lagi sedap, tu yang malam saya buat sesiap. Besok semua bahan dalam kuah tu dah betul betul mesra, barulaa Ho Liauuu.. :D




Saya kongsikanlah sekali lagi kat sini resepi SOTO saya tu yer.. Jom jom pi dapoq..

BAHAN BAHAN :
1/2 ekor Ayam
2 sudu besar Rempah Soto 'Tok Mak'
2 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
1 inci Lengkuas
3-4 batang Serai
Air secukupnya
Sedikit Kulit Kayu Manis
Sekuntum Bunga Lawang
Garam dan Gula secukup rasa

BAWANG GORENG (buat sendiri taw, jgn malas.. lg sedap) :
10 ulas Bawang Merah
1 ulas Bawang Putih
Hiris nipis dan goreng hingga keperangan.

Memula cam biasalaa bersihkan ayam dan dipotong 4. Saya guna setengah ekor ayam jer ni yer sebab tak ramai. Blend bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian panaskan sedikit minyak dan halia dan lengkuas yang dititik, kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkan rempah Soto yang telah dibancuh menjadi pes dan masak sebentar hingga naik bau. Bubuh sedikit garam dulu supaya rempah tu garing dengan cantek.




Selepas itu masukkan Ayam tadi dan biarkan dia masak sebentar dengan Rempah tu. Kecilkan api sedikit supaya jus Ayam tu keluar. Kalau ada kaki ayam pun boleh bubuh. Sedap tu.. juga salah satu sumber Collagen terbaik gak.. heheh.. sempattt.. Okayy.. kita bolehlah masukkan air secukupnya. Agaklah nak pekat atau cair takat mana. Kuah tu kita biarkan reneh dengan api perlahan untuk mendapatkan pati ayam secukupnya dan supaya segala rempah dalam kuah tu mesra. Baru terasa sedapnya. Kalau air dah berkurangan, bolehlah di tambah sedikit demi sedikit. Bubuhlah juga garam dan gula secukup rasa. Bila ayam tu sudah masak, keluarkan dan goreng sebentar. Ada orang tak goreng kann.. pun boleh juga.. tapi saya lagi suka ianya digoreng sebab rasanya lagi sedap dan tahan lama. Takayah buh garam lagi yer.. Goreng jer camtu. Bila dah sejuk bolehlah kita siat halus isi ayam tu untuk ditabur di dalam soto kita nanti. Tulang tulang ayam tadi, masukkan balik ke dalam kuah tu dan biarkan terus memasak dengan api kecil. Bila hampir masak, masukkan sedikit bawang goreng yang kita siap buad tadi ke dalam kuah tu.




Bahan lain yang boleh siapkan hiriskan daun sup n daun bawang, Taugeh dibuang ekornya (jgn malass.. ) kacang tanah digoreng, sohun juga digoreng. Sohun ni kena goreng dengan minyak yang betul betul panas yer, klu tak nanti dia tak kembang dgn cantek. Juga yang perlu Sambal kicap.. ni kalau takder, tak kick lah. Just blend dalam segenggam cilipadi, 3 ulas bawang putih dan kicap manis. Kalau takder kicap manis, guna kicap masin tambahkan gula jer.




Lagi satu bahan yang paling penting bagi saya untuk Soto ni, kena lah ada Bergedil.. betul ker spelling ni.. saya pon tau nyebut jer.. Saya buad BERGEDIL camni ;

BAHAN BAHAN :
3 biji Ubi Kentang (saiz besar)
200 gm Daging Kisar
1/2 cawan Tepong Gandum
1 sudu besar Rempah Sup
Sedikit Daun Sup/Bawang (dihiris)
Sedikit Bawang Goreng
sedikit Lada Sulah
Garam secukup rasa (lbh kurang sudu kecil)
Sedikit Gula (1/4 sudu kecil)
2 biji Telur




CARA CARA :
Ubi kentang yg telah dikupas bersih, dipotong wedges dan digoreng dgn api sederhana hingga masak. Kemudian dilenyek n ketepikan.
Tumiskan rempah sup yg dibancuh dgn sedikit air dgn sedikit minyak hingga garing. Kemudian masukkan daging kisar, sedikit garam dan lada sulah, goreng hingga masak. Sejukkan.
Kemudian satukan semua bahan, gaul hingga rata dan sebati. Perapkan sekurang kurangnya 30 min. Lagi lama lagi sedap..
Bentukkan mengikut bentuk yg disukai, celup kedalam telur yg telah dipukul dan goreng dgn api sederhana hingga coklat keemasan.




Siaplah sudah SOTO saya.. Jommm.. Bismillah.. Pekena baekk punya tuu dengan Sirap Bandung Soda.. Pergghhh.. Alhamdulillah syukur pada Allah atas rezekiMU. Juga terima kasih juga atas sponsor Rempah Soto dari Tok Mak. Moga diberkati Allah sentiasa.. Ameen...

2 comments:

CitarasaKu said...

Salam,...nampah renyah nak membuatnya tapi sedap bila makan. Saya suka jika ada begedil bila makan soto dan kuah kicap pedas.

Shiela said...

Wsalam Citarasaku.. mmg kena ada bergedil dan sambal kicap baru sedap Soto tu kann.. :)