Thursday, 2 February 2012

Beef Salami n Cherry Tomato QUICHE

Assalamualaikum   :)

Tengah watper tu kengkawan semua? Saya tgh nengok citer industan 'Rishley'.. Lawonyerr laa Karisma Kapoor tu kan.. Sambil ~~menjeling menjeling~~ ke TV tu siapkan jugak entry ni, ramai kengkawan dah dok mintak.. Tak sabar nak mencuba gamaknyer.. Sihat semua?? Alhamdulillah.. Mudah mudahan kita dikurniakan kesihatan yang baik.. Kalau healthy baru leh ada whealthy kann.. Insyaallah... 

Okaylah.. saya takleh nak membebel pepanjang pasal recipe yang saya nak share ni ngalahkan novel panjangnyer.. Tapi jangan gerun nak mencuba pulak.. buad dia senang jer.. hrmm.. Panjang sungguh ker?? Jap saya create dulu, pasal recipe yang saya dapat dari Pakcik Google ni mmg panjang dlm bahasa omputih laa.. Saya translatekan lah kat sini untuk kemudahan kengkawan saya dan saya akan cuba ringkaskan semampu saya yer.. Tapi bahan bahan saya tak laa ikut boolat boolat dari Pakcik Google tu.. Saya buad ikut apa yang ada dalam peti sebok saya jer.. Tapi sedap gak.. pada tekak saya laa... 




Jom Checkidauuuddd cane nak buad QUICHE ni.. cane idgham yang betul nak nyebutnyer pon tahlaa.. sikit lebih kurang dahlaa kann.. janji ada munyik.. kikikiii.. takgak berenti membebel nih.. heheh.. Jom jommm.. ke dapo kita Jahh... :D

KULIT PIE (PIE CRUST)
Bahan Bahan :
1 1/4 cawan Tepong Gandum
1/4 sudu teh Garam Halus
1/2 cawan Butter (yg sejuk dr fridge)
1 sudu besar Cream Cheese
1/4 cawan air ais (campur air batu skt)
Sedikit daun pudina dan ketumbar (dicincang halus)
** Klu tknak buh daun pon boleh.. tp klu buh lg wangi
** Klu nak bubuh daun lain yg jumpa pon boleh cam Basil ker.. suka lah..




Potong butter dalam bentuk kiub kecil. Pastikan butter tu masih SEJUK, jgn sampai cair yer kengkawan. Satukan semua bahan di atas kecuali air. Bila dah rata baru masukkan air sejuk tu sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati. Kemudian bentukkan menjadi bulat, masukkan dalam plastic atau lagi senang dalam zipper bag jer. Sejukkan selama sekurang kurangnya 1 jam dalam peti sejuk (bukan tempat beku taww.. yg chill tu jer). Kalau ada food processor lagi sonang kojo.. kalau takder cam saya ni, guna jari pong boleyy.. hikhik.. 



  
Bila doh tu sudah cukup satu jam, bolehlah kita keluarkan dari peti dan canaikan rata menjadi bulat. Sebaiknya dicanai berlapikkan plastik macam saya buat dalam gambar tu supaya senang untuk mengendalikannya.. takyah tabur tepung lagi, boleh terus masukkan ke dalam bekas Pie tu. Seelok eloknya, permukaan pie tu diletakkan dgn benda benda yang berat seperti beras atau kacang ijau yg dibungkus dlm kain. Ini adalah untuk mengelakkan pie itu dari menggelembung naik masa membakar nanti. Saya letak mangkuk yang boleh dibakar dalam oven jer. Kalau tak pun, sesekali tinjau kat oven tu kalau nampak bahagian tgh tu mula nak naik, cepat cepat tekan tekan rata dengan senduk kayu ker.. pepandai lah yer.. Bakar lebih kurang 20-25 min pada suhu 160 C atau mengikut keadaan oven memasing. Yang penting kita pastikan Pie tu tidak lembab. Lagi satu sebaiknya bakar pada tingkat yang paling bawah oven tu supaya lagi cantek masaknyer nanti. 




Okayy.. sementara menunggu tu kita bolehlah siapkan bahan bahan utk Filing dia. Hiris dan cincang apa yang patut. Cheddar cheese tu juga bolehlaa diparut siap siap.

FILLING
Bahan Bahan :
3 biji Telur
1 cawan Susu Sejat (guna cream pon boleh)
1 cawan buah Tomato Cherry
1/2 cawan sliced Mushrooms (klu suka)
5-6 kpg Beef Salami (dipotong dlm 1-2 inci)
1 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
1/2 biji Bawang Besar Kuning (dihiris)
1 cawan Cheddar Cheese (diparut)
Sedikit daun Pudina dan Ketumbar (dicincang halus)
Sedikit Oregano kering
Garam Secukup Rasa
Sedikit Lada Hitam (ditumbuk kasar)


 
 
Buah Tomato Cherry tu hendaklah dibelah dan dibuang isi dalamnya supaya Quiche ni nanti taklaa berair sangat dan juga bahan bahan untuk filling ni boleh adjust ikut citarasa masing masing. Kalau bekas utk membakar Quiche ni juga besar telur tu boleh ditambah lagi sebiji. Bekas saya tu chomel jer, muat takat 3 biji telur aje.

Pukul telur, lada hitam tumbuk dan susu sejat (klu nak sedap lagi guna cream) hingga sebati dan ketepikan. Goreng di dalam pan daging sebentar tanpa minyak. Daging tu akan keluar minyaknya sendiri sikit. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan mushrooms dan goreng hingga layu. Tambah sedikit oregano kering, pepper dan garam. Jgn bubuh banyak sangat garam dulu sebab nanti cheese tu pon ada rasa masin dia. Rasa dulu taww...




Bila Pie tu dah masak, keluarkan dan sejukkan sebentar. Mula mula tabur dalam 3/4 cawan cheese yang diparut tadi (yang lagi 1/4 cawan tu ketepikan dulu utk tabur kemudian). Lepas tu masukkan beef salami dan bahan yang kita goreng tadi ke dalam pie tu dan tuang telur dan susu yang dipukul tadi. Tabur daun pudina dan ketumbar yg dicincang tadi. Bakar lagi dalam 25-30 min pada suhu 160 C atau mengikut oven memasing. Yang penting, bakar hingga filling tu tak berair lagi. Pada 10 minit yang terakhir tu baru taburkan di atas permukaan Quiche tu balance cheese yang lagi 1/4 cawan tadi. Setelah betul betul masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar. Kalau nak confirm lagi bila kita cucuk dgn cake tester atau lidi dia kuar bersih jer, masak laa tu. Bolehlah dihidangkan.. Saya lagi suka makan masa masih panas.



Okayy kengkawan.. Selamat Mencuba yer.. Luv u all.. Muahhhh...



4 comments:

noor said...

salam ziarah....pertama kali saya kat sini banyaknya makanan sedap. Nanti keraplah ziarah saya ye haha. Cantik gambar

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

sedap sungguh nampaknya.

Rohah said...

ala kak,sedapnye..suka ngan quiche ni,apalagi ada keju parut tu..

Shiela said...

maseh semua.. :)