Friday 25 November 2011

CARAMEL CHOC CAKE



Ni adalah percubaan pertama saya membuat 'CARAMEL CHOC CAKE'.. Alhamdulillah, hasilnya agak lumayan jugaklah.. Terima kaseh banyak banyak pada teman Mukabuku ku Fara Shafiera yang sudi berkongsi resepi ni.. Moga diberkati Allah.. :)

Oleh kerana kebetulan hari saya membuat kek ni adalah hari lahir suami saya, di kepala ni dok terpikir pikir jugak macam mana nak ku gayakan kek ini supaya nampak cantek sikit.. Maklumlaa ada special event kann.. hehee.. Tetiba terlintas di mindaku akan bekas Silikon yg ada. Memula cuaq jugak, boleh ke jadi?? Pikir punya pikir, redah jerlaa kann.. Apa apa pon yg jadi, aku terima jelah.. Jom tengok cane saya buad...




Mula mula saya tabur dan ratakan 2 sudu besar gula pada dasar bekas Silikon tu seperti gambar di atas.




Kemudian, bakar dalam oven menggunakan Api Atas sahaja pada suhu 160 deg Celcius selama lebih kurang 5 min sehingga jadi gula hangus. Kena tengok juga sesekali sebab ia bergantung pada oven memasing jugak. Oven akan berasap sekejap, sebab kita bakar gula kan.. tapi no hal lah.. kejap jer..




Selepas itu kita sediakan bahan Puding pulak. Kacau sebati dgn lembut jer (jgn sampai berbuih) 3 biji Kuning Telur, satu cawan Susu Cair, 3/4 cawan Susu Pekat dan 1/2 sudu teh Esen Vanilla. Kemudian tapis dan tuang ke atas Caramel atau Gula hangus tadi. Bakar sekejap dlm oven dgn kaedah bain marie (letak loyang kek dlm loyang berisi air di bwh) lebih kurang dlm 20 min atau hingga Caramel tu pekat dan keras sedikit. Saya guna api atas bawah jer, sebab oven saya takde api bawah sahaja. * Susu pekat tu boleh dikurangkan ker 1/2 cwn kalau nak kurangkan manis.

Sambil menunggu Puding Caramel tu masak, kita bolehlah sediakan bahan COKLAT pulak. Campurkan dalam satu periuk 1 cawan Serbuk Koko, 1 cawan Susu Cair, 3/4 cawan Susu Pekat, 3/4 cawan gula, 1 cawan Minyak Masak (saya campurkan 2 sudu besar Butter dlm sukatan myk tu). Masak dengan api perlahan sehingga semuanya larut n sebati dan sejukkan sebentar. Langkah seterusnya Ayak 3/4 cawan Tepung Gandum bersama 1 sudu kecil kfc Soda Bikarbonat dan 1 sudu kecil kfc Baking Powder. Kemudian blend hingga halus dan kembang 4 biji Telur. Masukkan TELOR yg telah diblend tu ke dalam COKLAT tadi dan kacau hingga rata dgn menggunakan senduk atau hand whisker jer. Kemudian masukkan pula TEPONG yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga sebati.





Akhir sekali, tuangkan ke atas PUDING CARAMEL tadi perlahan lahan. Saya biarkan Puding sejuk dulu sebentar, jadi dia taklah lembik sgt. Seterusnya bakar dgn kaedah Bain Marie jugak selama 1 jam atau sampai masak pada suhu 180 deg Celcius (bergantung pada oven memasing juga ya)





Setelah sejuk, lebih kurang dalam 15-20 min barulah dikeluarkan dari bekasnya. Dan inilah hasilnya.. 'CARAMEL CHOC CAKE' ku.. Memang Kababoommm betoi.. Paling sedap kalau makan masa sejuk, macam makan eskrem.. ;P



24th November.. It's HIS Birthday!!!...


SELAMAT HARI JADI.. My Sayang... Just a simple celebration from us.. 'CARAMEL CHOC CAKE' dan lilin lilin iteww.. hehee.. Semuanya idea spontan dari kami dua beranak kat umah ni.. Badan tak berapa sihat, so otak pun jammed.. Hanya ini yang termampu ku lakukan di Hari Lahirmu tahun ni.. Apa apa pon, Moga Dipanjangkan Umur, Dianugerahkan Kesihatan yang Baik, Dilindungi, Dimurahkan Rezeki dan Dirahmati ALLAH SWT sentiasa.. Itulah doa yang paling ikhlas dariku, Isterimu.. Mudah mudahan dimakbul tuhan.. Amin Ya Rabbal Alaminn..


Seawal pagi lagi saya telah mula menyediakan PULUT  KUNING & KARI TELUR BERKERISIK. Mmm.. Suami saya ni anak jati JAWA. Mengikut adat orang Jawa, kalau Hari Lahir, kena buad Pulut Kuning & Kari Telur. Mesti Kari Telur jugak, kari lain tak boleh kata mereka.. Napa eak?? Kena wat research nih.. Pastu kena bagi pada rumah orang pada bilangan yang ganjil. Haa.. itulah pesanan yang saya terima dari Keluarga Mertua saya. So, i follow jer lahh.. Memandangkan badan tak berapa sihat, tak larat nak drive, saya suruh jer laa Suami saya bagi pada teman teman di pejabat dia. Jadilaa utk lima orang.. cukuplaa sudah buat memenuhi syarat ganjil tu kann.. :)


Wednesday 23 November 2011

BLUEBERRY Custard Pie





Sebenarnya, saya tak berapa sihat harini.. Kalau nak diikutkan hati, malas nak buat apa apa.. nak baring jer.. Kepala ni macam nak pecah rasanya, badan pon semua sakit sakit.. Tapi, bila terbayangkan wajah Suami yang tak berapa jernih bila lepas makan bukak fridge takde dessert semalam.. Kesian laa pulak.. berkali kali pulak tu dia bertanya.. "Dessert dessert takde ker?"... Alaaahaiii... Actually, stock bahan2 pon banyak yg dah habis.. tu yang tak tahu apa yang nak direka tuu.. Makanya, harini kugagahi juga keluar bersama anak kesayanganku pergi mencari bahan bahan.. Terpandang pulak buah Blueberry yg agak fresh jugak.. hurmm.. terus terlintas di kepala jemala ku ini akan 'Blueberry Custard Pie'.. buadnya pon senang jer.. Recipe dia pon dah hampir 90% ada dalam CPU ku.. hehee.. kira On jer lah kann...





Langkah mengePIE kumulakan dgn menggaul 1 1/4 cawan tepung gandum, 1/2 buku unsalted butter (120 gms) bersama 1/4 cawan gula icing dan 1/4 sudu kecil garam. Butter tu yang sejuk dari peti terus yer. 

Setelah semuanya mesra alam, saya masukkan ke dalam acuan pie yg removable tu dan ratakan mengikut bentuk acuan tu. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 15-20 min. Apabila dikeluarkan dari peti sejuk. cucuk cucukkan sedikit permukaan pie tu dgn garpu dan bakar selama 25-30 min pada suhu 170 deg Celcius. Tapi ni bergantung jugak pada oven memasing yer.. Kena check it out selalu. Agak2 dah bertukar ke warna kuning keemasan tu kira masaklaa dah tuu..

Seterusnya, saya sediakan pulak CUSTARDnya. Mula mula pukul dulu 2 biji merah telor bersama 1 sudu besar gula hingga agak kembang, kemudian masukkan 3 sudu besar tepung jagung. Masak pula 1 cawan susu (saya guna susu ideal) dgn 2 sudu besar gula. Bila dah hampir mendiddih, masukkan bahan telor kuning tadi dan kacau cepat cepat dgn api perlahan. Bila dah agak pekat, masukkan 1 sudu besar butter dan kacau rata. Matikan api dan tuang ke atas permukaan Pie tadi dan ratakan.

Akhir sekali, buat GLAZE dia pulak. Saya guna fresh Blueberry, adalaa dlm satu cawan kowt.. Mula mula masak separuh dari buah Blueberry tu dgn 1/4 cawan air dan 2 sudu besar gula (boleh kurangkan klu tak suka manis). Setelah buah dan gula tu agak hancur, masukkan 1 sudu kecil tepung jagung yg dibancuh dgn 1/4 cawan air. Masak bagi pekat, tp taklaa pekat sangat, agak agak cam gel dan boleh dituanglaa.. Akhir sekali, masukkan balance buah Blueberry tadi, kacau kacau sebentar dan angkat. Jgn lama sgt, nanti buah tu pecah tak canteklaa nak ghupa dia kann.. Pastu, tuang jer glaze tu atas permukaan Custard pada Pie tu dan ratakan. Bila dah agak tak panas lagi, bolehlaa dimasukkan ke dalam peti sejuk. Yayyy.. jadilaa dahh.. Sedap dihidangkan ketika sejuk atau Omputih cakap 'Serve Chilled'  :P


Monday 21 November 2011

MASAK LEMAK CILIPADI



Masak Lemak Cilipadi ni memang masakan kegemaran Anak tunggalku Farrah.. Naknak klu daging atau ayam dimasak macam ni.. memang tak hengatlah dia makan nanti.. Memandangkan daging Qurban tu masih ada lagi dlm peti tu dan agak lama jugak tak masak masakan ni, Arini buatlaa..

Bahan bahan dia taklah susah sangat nak cari dan taklah jugak banyak sgt.. Antaranya ;
1 kg Daging
Cili padi dlm segenggam (boleh kurangkan, klu tk kuat pedas)
Kunyit hidup dalam 2 inci
Serai dalam 3-4 batang (dititik)
Bawang Merah  4-5 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Ubi Kentang 2-3 biji
Santan 400 ml (saya guna santan kotak Ayam brand)
Air dalam 500 ml
Asam Keping sekeping
Garam secukup rasa (lbh kurang 3 sudu kecil)

Mula mula kisar atau klu rajin nak tumbuk pon boleh jugak, cilipadi dan kunyit hidup tu dan titik serai tu. Sediakan periuk, masukkan Daging, Cilipadi dan Kunyit yg telah dikisar tadi, Serai, Air, dan sedikit Santan dulu supaya tak terbersin bersin kita dgn bau ciliapi tu nanti. Kemudian rebus hingga daging tu empuk dan lembut. Klu tak empuk lagi, bolehlaa ditambah lagi Air dan sambung merebus lagi. Bila daging dah lembut, bolehlaa masukkan pula ubi kentang dan masak hingga empuk. Selepas tu baru kita masukkan kesemua santan, asam keping, garam secukup rasa dan biarkan mendidih seketika. Jgn masak lama sangat, nanti dia terbit minyak tak cantek gulai kita nanti.

Klu kita Masak Lemak Cili Padi Ayam atau ikan, tak perlulah kita rebus dulu, masak jer semua sekali dgn santan sampai menggelegak. Bila lauk tu dah masak betul dan rasa garam semua dah cukup, kira siaplaa dah tuu.. Cuma kalau gulai ikan, kita lebihkan sikit asam keping tu, guna dlm 3 keping camtu atau ikutlaa selera memasing nak masam takat mana.

Dan lagi satu, klu nak diikutkan yg betul betul ori Masak Lemak Cilipadi nih, langsung tak perlu bubuh bawang tapi santan kita kena guna lebihlaa sikit supaya kuah dia tak cair sangat. Saya bubuh laa jugak klu MLCP daging atau ayam, cuma MLCP ikan jer yg saya tak bubuh. Kalau ada daun kunyit sehelai atau dua, siat siatkan masuk dalam gulai tu pon lagi sedap dan menaikkan lagi aroma masakan kita nanti. Ni cara yang saya tahulaa.. Saya pon bukan anak jati Negeri Sembilan, sekadar belajar sedikit sedikit dari teman teman dan dah agak lama laa membesar di NS ni..


Haaa.. Ni lawan dia.. kann.. Sayur dalam peti sejuk dah takde stock, teringat pulak buah Mangga tengah banyak kt belakang rumah tu.. Buat Kerabu Mangga jelah kan, pastu goreng pulak Ikan Gelama pekasam, pergghhh.. Mak Mertua lalu depan pon tak nampaklah.. apa lagi klu lalu belakang kannn.. hehee..



Saya makan duluuu.. Tak kuat semangatlah nak tunggu En Haseben sampai.. Pls excuse me today My Darlink.. Bau Ikan Pekasam Goreng tu amat menggoncang jiwaku sampailaa ke perotku..  ;P

Sunday 20 November 2011

Classic English Marble Cake


Mmm.. Lama betol dah simpan recipe ni.. Thank you very very much to my dear friend Alina Grotte for sharing the recipe with me.. It was so Marvelous.. :P


4 eggs (i used 5 eggs because the eggs size in my fridge quite small)
250gms self raising flour ( I used Superfine Flour add with 3 teaspoons of baking powder and 1/2 teaspoons of salt, then seized)
250gms caster sugar ( i reduced to 200gms)
240gms butter
1 teaspoon vanilla essence
1/2 cup of milk (i used evaporated milk)
3 tablespoons cocoa powder


Whisk sugar & soften butter till light, add egg one at a time, fold in the flour by the spoonful (lightly), fold fold fold - add in the vanilla essense & milk, fold again gently - DO NOT STIR LIKE YOU'RE GONNA KILL IT ~ separate into 2 portions, 1 portion add on the cocoa powder..fold again. Grease & papered baking tin, put alternate mixture in..vanilla cocoa vanilla cocoa..blah blah blah, pop in the oven for about an hour @ 170 deg Celcius.. Done !!!...


Terima kasih banyak banyak juga pada my dear fren Amida Adam yg belikan mould silikon ni semalam.. Tu yang tak sabar sabar rasanya nak membaking tu.. hehee.. tapi memang serious Terbaekkk lah bekas nih.. Senang betul nak dikeluarkan cake ni tadi.. Dah tu cantekk jer dia keluar dari mould tu tadi.. Punyalaa hepi saya tadi.. seronoknyaaaa.. The best part is, it's RED colorrr.. My favourite colorrr.. Sayanggg Mida.. muahhhhhh... Pengorbananmu akan ku kenang selagi hayat dikandung badan.. ;D



Cetengok Cetengok.. cantek kannn.. My Classic English Marble Cake.. ;P 



It was so Perfect with a cup of black coffee for my breakfast today.. Yumyyy   :P

Friday 18 November 2011

KEK LAPIS PRUNE




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Jom kita buat Kek Lapis Prune.. Memang saya recommend sangat sangat resepi ni pada kengkawan untuk mencuba. Sedap betul kek ni. Resepi asal kek ni saya dapat dari seorang teman sekolah Norhasnah Abdul Kadir. Terima kasih banyak banyak Senah sudi berkongsi resepi kek ni ngan akak. Mohon dikongsi di sini juga yer untuk rujukan akak dan teman teman. Moga diberkati Allah sentiasa. Ameenn..




~~ LAPISAN PRUNE ~~

8 Kuning Telur
220 gram Gula Kastor
300 gram Prune 
200 gram Mentega
2 sudu besar Susu Pekat
2 sudu besar Gula + 2 sudu besar Air **Gula Hangus
1 sudu besar Vanilla Extract
1 sudu besar Baking Powder
130 gram Tepung Gandum




Blend atau kisar buah prune tadi (saya cincang cincang jer). Masak gula menjadi gula hangus dan masukkan air panas. Kacau rata dan masukkan butter. Masak hingga butter cair. Pukul gula castor bersama kuning telur hingga kembang dan sebati. Kemudian masukkan gula hangus dan butter yang dicairkan tadi dan pukul sebati. Selepas itu masukkan pula susu pekat dan vanilla exract. Pukul lagi hingga sebati. Kemudian, masukkan pula tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan buah prune yang telah dikisar dan gaul hingga rata dan sebati. 




~~ LAPISAN PUTIH ~~

8 Putih Telur ** buang tali pusat supaya tak hanyir
220 Gula Kastor
200 gram Minyak Sapi
2 sudu besar Susu Pekat
2 sudu besar Vanilla Ekstrak/Essence
1 sudu besar Baking Powder
150 gram Tepung Gandum

Pukul putih telur bersama gula hingga kembang dan berbuih buih halus. Selepas itu masukkan minyak sapi dan pukul lagi hingga sebati. Kemudian, masukkan pula susu pekat, vanilla extract dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit.




Panaskan Kukusan dan loyang. Mula melapis dgn lapisan Prune dulu, dikuti dgn lapisan putih dan seterusnya hingga habis. Sukat sama banyak bagi setiap lapisan. Check dan set masa untuk mengukus bagi lapisan pertama itu masak supaya senang diset masa untuk memasak bagi setiap lapisan seterusnya. Biasanya saya masak setiap lapisan dalam 15-20 min. Jika disentuh permukaan kek tu elok jer licin berminyak dan tak melekat pada jari, kira masaklah dah tu. Bila dah masak tu jangan terus keluarkan dari kukusan. Biar ia terus mengukus selama lebih kurang 10 minit tanpa ditutup untuk mengering air atas permukaan kek. Setelah siap dimasak, sejukkan sebentar dan bolehlah dikeluarkan dari loyang dan dihidangkan. Anggaran size loyang 9inc x 9inc. Jika ingin tahan lebih lama, simpanlah dalam peti sejuk.




Ermm.. Layer tu nampak cam tak berapa cantek kann.. Tapi tulah yang terbaek dapat saya hasilkan sebab lapisan Prune tu agak likat. Dengan keadaan kukusan yg dah panas beruap ruap lagi, jadi agak payah nak meratakan betul betul.. Dan lagi, ini adalah percubaan saya yang pertama.. Sebelum ni, ada jugak buat Kek Lapis Masam Manis, tapi adunan dia taklah sepekat lapisan prune, senang jer nak diratakan.. Tapi, tak kisahlaa kann.. Yang penting sedappp.. Saya sangat suka pada rasanya yang tak berapa manis dan juga saya sangat sukakan buah Prune tu. Selamat Mencuba.. :)




NASI BERIANI & KURMA DAGING



Lama betol tak buat Nasi Beriani sendiri. Ku intai intai my kitchen, bahan bahan cam ada dalam rumah, daun pudina lebih buat Laksa semalam pon byk lagi, hurmmm... sayang pulak nengok daun tu masih fresh lagi, tanpa fikir panjang lagi terus usahakan menjadikan Nasi Beriani itu kenyataan.. Daging Qurban banyak lagi ada dalam peti sejuk tu, masak Kurma pon sedap.





~~ NASI BERIANI ~~

Bahan bahan :
4 pot rice cooker basmathi
5 pot rice cooker air rebusan daging/ayam (stock)
5-6 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 btg serai (dititik)
2 helai daun pandan
sedikit daun pudina
Sedikit daun ketumbar atau daun sup (yg mana suka)
2 sudu kecil Rempah Beriani (saya guna 'Mother's Recipe' brand)
200 ml Yoghurt
Sedikit Saffron
1 ketul kecil Gula Batu
Garam lebih kurang 2 sudu kecil atau secukup rasa
1/2 cawan minyak utk menumis, dicampur sedikit ghee
Sedikit kulit kayu manis n bunga lawang (klu suka)
(blend/hiris halus semua bahan bertanda *)


Mula mula Rendam dulu beras Basmathi selama 10 minit. Kemudian bilas dan toskan. Panaskan minyak, tumis bahan bahan yang bertanda (*) bersama serai dan daun pandan. Jika suka boleh tumis bersama sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang. Setelah bahan tumisan sudah bewarna keperangan, masukkan pula Rempah Beriani yang telah dibancuh menjadi pes dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging/ayam, diikuti dengan Yoghurt. Kacau rata dan masukkan pula basmathi, saffron, gula batu, daun pudina dan ketumbar dan tutup periuk. Kemudian biarkan saja ia masak dlm rice cooker. Sesekali dikacau perlahan agar masak sekata. Setelah betul betul masak, boleh laa dititik sedikit pewarna kuning jika suka. Saya tak bubuh. Senang kan... :)





~~ KURMA DAGING ~~

Bahan bahan :
Daging Lembu 1kg
Rempah Kurma 3 sudu besar
*Bawang besar 1 biji
*Bawang merah 3 biji
*Bawang Putih 2 ulas
*Halia 1 inci
*Lada hitam 1 sudu besar (ditumbuk kasar)
(Tumbuk semua bahan di atas)
Susu ideal 1/2 tin (200g)
1 sudu besar jus limau nipis atau lemon
Ubi kentang 2 biji (dibelah 2)
1 biji bawang besar ( dibelah 2)
sedikit carrot dipotong kasar
2 btg cili hijau
2 btg cili merah
1 biji tomato

Utk tumis darat :
6 biji bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
sedikit kulit kayu manis n bunga lawang (klu suka)
sedikit daun kari
setengah cawan minyak masak + 1 sudu myk sapi


Rebus daging bersama rempah kurma dan bahan2 yang telah ditumbuk tadi. Setelah empuk masukkan ubi kentang. Bila kentang pun dah empuk, kecilkan sedikit api dan masukkan carrot, susu ideal, bawang besar yg dibelah, cili hijau dan merah. Air jangan banyak sangat, nanti kuah cair, kurengg.. Bila dah mendidih dan masak masukkan jus limau atau lemon tadi. Tutupkan api..

Goreng bawang merah dan putih yang dihiris tadi hingga keemasan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang dan daun kari. Kemudian tuang dalam periuk kuah kurma tadi dan tutup supaya bau dia tak keluar.. Siap laa dah Kurma tu.. 

Saya tak buat apa apa acar kali ni. Malaslaa pulak rasanya nak keluar ke kedai semata mata nak beli timun. Cuaca pon mendong dan hujan sepanjang hari. Lagipon, bukannya dorang makan sangat.. Tiap kali buad, mesti terbuang.. sayanggg.. Apa apa pon, saya merasa sgt bahagia melihat Suami dan Anak saya really enjoy their dinner.. Alhamdulillah.. Syukur pada Rezeki dan AnugerahMU Ya ALLAH... :)

Wednesday 16 November 2011

PENANG ASAM LAKSA



Mmm.. Punyalaa teringin nak makan 'PENANG ASAM LAKSA' ni semalam.. Tetiba laa pulak kann.. Semua pasal nampak teman mukabuku 'Senyum Sokmo' tu post gambar laksa lah.. Makanya, ujan ujan pon kuredah gak kuar pi carik bahan bahannya.. Memula ingat nak gi cari kat Pasar Besar, sekali baru teringat hari Selasa laa pulak rupanya.. Aiseyyhhmenn.. Ari Selasa Pasar Besar Seremban tutup.. sighhh... Terpaksalaa tukar haluan ke 'Mydin' pulak.. seb baek ada gak bahan kt situ walaupon daun kesum yg tinggal dah last copaque dahh.. jadilaa buat bau bau dan rasa sikit sikit kann.. :)




Yayyyy.. Semua dah ready.. Cuma tunggu Kekandaku jer yg tak sampai sampai lagi.. Perot dah keronchong nih.. Bau kuah Laksa tu pulak teramatlahhhh menggoncang jiwaku.. duhhh.. Sabar jelar tunggu kepulangan Si Dia kannn.. ;D

Tapi satu hal yang tak berapa syiokk bila buad Laksa ni kann.. Anak bertuahku Farrah tak suka makan Laksa, apapon jenis Laksa mmg dia langsung tak suka.. Siap ckp tuu.. "Ibu ni saja kan, saja jer nak bagi Gurl kurus"... Meahahahaa.. anakku iteww.. takkan sebab laksa sehari boleh kurus kowt.. hehee.. tapi demi menjaga hatiku selaku ibunya ini, dia makan gaklaa sikit walau kekerohan jelas terpancar di wajahnya.. :)



Ni pulak 'Perkakas' dia yg telah siap untuk dimakan bersama Laksa tu.. Bahan paling penting bagi saya Daun Salad, Timun, Bawang, Nenas, Telur Rebus, Daun Pudina, Limau Kasturi, Cili Merah n Cili Api..

KUAH LAKSA pulak saya buad cam ni.. ni CARA saya yang sempoi laa.. :)

Saya guna 1kg Ikan Tenggiri. Ikan Kembong atau Ikan Parang pon sedap gak.. Cuma saya malas nak pilih dan asingkan tulang tulang tu.. Tu laa pasal saya guna Ikan Tenggiri jer.. Sonang kojo den.. hehee.. Setelah dibasuh bersih ikan tu, saya rebus hingga masak bersama asam keping (dlm enam keping), garam dan sedikit daun kesum. Kemudian bila dah sejuk asingkan isi dan tulang. Blend isi ikan bersama air rebusan tadi. Tulang tulang tu pun diblend jugak dgn air rebusan tu, tapis dan ambil airnya.

Pastu blend pulak 2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, 1 inci belacan dan sedikit ikan bilis. Ikan Bilis tu, Pembantu Rumah saya dr Thailand dulu yg bg tip nih.. mmg sedap selalu Laksa yg dia buad.. So, i pon follow laaa.. hehee.. Kemudian siapkan peiuk yg bersesuaian dan tumis dgn sedikitttt minyak. Setelah bawang2, ikan bilis n belacan tu sudah garing n naik bau, masukkan pula cili mesin dalam 6 sudu makan. Klu suka pedas, boleh tambah lagi cili mesin tu.. Adjustlah ikut selera memasing kayy.. Bila cili dah masak dan hilang bau cili tu, bolehlaa masukkan isi ikan yg telah diblend tadi bersama air rebusan tadi. Klu suka masam lagi, boleh tambah lg asam keping dlm kuah tu.. Masukkan juga Bunga Kantan dan sedikit Daun Kesum utk menaikkan lagi aroma dan rasa ASAM LAKSA tu.. Dan jgn lupa, Garam secukup rasa yer.. Masaklah dgn api perlahan supaya semua rasa Mesra dan Bertemu.. hehee.. LAKSA ni lagi LAMA, lagi Kababooommm... Cubalahh klu tak percaya.. ;D



Tuesday 15 November 2011

PEACH Custard Pie



Mmm.. Dah kemaghuk buat Pie laa pulak.. hehee.. Bila Pie Strawberry yg buat aritu dah abis, 'Clean n Clear'.. Tekak ni terasa rasa lak cam nak lagi.. Takleh tahannnn.. :P

Intai intai dalam fridge, nampak ada pulak stock buah peach dan buah kiwi, ermmm... chantek gak tu kan.. bahan yang lain cam tepung gandum, tepung jagung, susu ideal, gula icing n butter memang dah sedia ada.. Apa lagi?? Ku mulakanlah operasinya.. ;-)





Langkah mengePIE kumulakan dgn menggaul 1 1/4 cawan tepung gandum, 1/2 buku unsalted butter (120 gms) bersama 1/4 cawan gula icing dan 1/4 sudu kecil garam. Butter tu yang sejuk dari peti terus yer. 

Setelah semuanya mesra alam, saya masukkan ke dalam acuan pie yg removable tu dan ratakan mengikut bentuk acuan tu. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 15-20 min. Apabila dikeluarkan dari peti sejuk. cucuk cucukkan sedikit permukaan pie tu dgn garpu dan bakar selama 25-30 min pada suhu 170 deg Celcius. Tapi ni bergantung jugak pada oven memasing yer.. Kena checkidauudd selalu. Agak2 dah bertukar ke warna kuning keemasan tu kira masaklaa dah tu. Lagi satu, kalau masa masak tu nampak pie tu cam naik kat tengah dia tu tekan tekan sikit dengan senduk kayu. Kalau ada bahan pemberat yang bersesuaian juga kita boleh letak di tengahnya ketika memasak. Tapi lecehlah camtu.. bila nampak naik tu, tekan jer perlahan ngan senduk lagi senang citer.

Seterusnya, saya sediakan pulak CUSTARDnya. Mula mula pukul dulu 2 biji merah telor bersama 1 sudu besar gula hingga agak kembang, kemudian masukkan 3 sudu besar tepung jagung. Masak pula 1 cawan susu (saya guna susu ideal) dgn 1 sudu besar gula. Kalau suka manis, bolehlaa tambah lagi 1 sudu besar gula, saya tak suka memanis sangat. Suka yang sedang sedang ajer. Bila susu dah hampir mendidih, masukkan bahan telur kuning tadi dan kacau cepat cepat dgn api perlahan. Bila dah agak pekat, masukkan 1 sudu besar butter dan kacau rata. Matikan api dan tuang ke atas permukaan Pie tadi dan ratakan. Sejukkan sebentar custard tu dan susunkan buah peach di atasnya atau dengan apa saja buah yang menjadi pilihan hati dan tekak.. heheh..

Akhir sekali, buat GLAZE dia pulak. Ambil air buah peach yang ada dalam tin tu dalam 1/2 cawan, bancuh dengan 1/2 sudu kecil tepung jagung dan 1 sudu besar Gula. Gula ni boleh adjust ikut citarasa kita yer. Kalau rasa air peach tu dah cukup manis, kalau taknak buh gula pon boley. Rasalah dulu yer.. Pastu masak dan kacau kacau hingga agak pekat sedikit. Selepas tu bolehlaa disapukan ke atas permukaan Pie yang telah kita susun dengan buah buah itu. Kalau nak tuang pon boleh, tapi nanti tak jambu arr pie kita kan.. Saya suka sapu sapu jer untuk mengilatkan dia jer. Kalau taknak buh pon boleh jugak atau lagi satu cara mudah, guna jem apricot yang dibancuh dengan sedikit air panas dan sapu jer kat atas buah buah tu. Bila dah agak tak panas lagi, bolehlaa dimasukkan ke dalam peti sejuk. Yayyy.. jadilaa dahh.. Sedap dihidangkan ketika sejuk atau Omputih cakap 'Serve Chilled'  :P

Masyaallah.. sedapnyaaa... sebenarnya saya memang suka makan Custard Pie ni dari dulu.. Sanggup tu gi Delifrance kalau teragak nak makan.. tapi sekarang, saya dah makin expert membuat pie ni.. takyah laa susah susah nak gi Delifrance lagi kann.. ahakkss.. ;D



Sunday 13 November 2011

STRAWBERRY GLAZE PIE





For The Crust :
1 1/4 cups all-purpose flour (spooned and leveled), plus more for handling dough
1/2 cup (114gram) cold unsalted butter, cut into small pieces
1/3 cup sugar-(35gram) icing
1/4 teaspoon salt

Make the Crust : 
Preheat oven to 175 degrees Celcius. In a food processor, blend flour, butter, 1/3 cup sugar, and salt until moist crumbs form (this may take up to 1 minute). Transfer dough to a 9-inch round tart pan with a removable bottom.With floured fingers, press dough evenly into pan and up sides. Dip a dry-measuring cup in flour, and use it to press dough firmly into bottom and against sides of pan. Freeze crust until firm, 10 to 15 minutes.Using a fork, prick crust all over. Bake until golden, 25 to 30 minutes, pressing down gently once or twice with a spoon during baking if crust puffs up. Cool completely in pan.

Custard filling :
3 tablespoons sugar, divided
3 tablespoons corn starch
1 cup milk
2 egg yolks
1/2 tablespoon butter

Warm the milk over medium heat and stir in half of the sugar. In a heavy glass bowl, beat the egg yolks with the rest of the sugar until they are light and thick. Whisk in the corn startch. Then, slowly whisk in the hot milk and pour it all back into the pan. Continue heating until almost boiling and the cream has thickened, whisking continually. Remove from heat and stir in the butter. Let the custard cool completely than spread it in the cooled pie shell. Cover with plastic wrap and refrigerate until ready to serve.

Strawberry Glaze :
1 quart fresh strawberries
1 cup white sugar
3 tablespoons cornstarch
3/4 cup water

Arrange half of strawberries in baked pastry shell. Mash remaining berries and combine with sugar in a medium saucepan. Place saucepan over medium heat and bring to a boil, stirring frequently. In a small bowl, whisk together cornstarch and water. Gradually stir cornstarch mixture into boiling strawberry mixture. Reduce heat and simmer mixture until thickened, about 10 minutes, stirring constantly. Pour mixture over berries in pastry shell. Chill for several hours before serving.




Thank you very much my dear Rohana Ismail for the Strawberry.. just nice for the Pie.. mmg ngam ngan ho lah.. lebiuuu.. :)




Masyaallahhh.. sedapnyerr 'Strawberry Custard Pie' ni deq Piejah oiii.. ~~weeewoooo~~ Ingatkan maneh naa tadi.. takowt gakk.. tp taklaa.. ~~Yang sedang sedang saja~~ ;P
Thank you very very much for sharing the recipe deq Piejah ku...


Wednesday 9 November 2011

All-Time Favourite.."Choc Moist Steamed Cake"


Bahan bahan :

(A)
1 cwn gula kastor
1 cwn serbuk coklat
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak (i guna myk jagung + 2 sudu besar butter)
Semua bhn2 ni satukan, kacau dgn whisk, masak atas api hingga larut. Kemudian sejukkan sebentar.

(B)
3/4 cwn tepung gandum
1 sd kecil baking powder
1 sd kecil soda bicarbonate
(guna sudu kecil kfc tu jer)
**smua bhn2 ni satukan dan ayak 3 kali yer..

(C)
4 biji telor (pukul/blend sampai kembang n berbuih)

Caranya:
Panaskan kukusan n loyang siap siap..
Masukkan selang seli tepung (Bahan B) dan telor (Bahan C) ke dalam adunan coklat tadi smpai habis.
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.. Bila cucuk dgn cake tester atau lidi dah bersih n tak melekat, dah masak laa tuu..
Bila sudah sejuk, baru telangkupkan.. Bubuh choc ganache ke atas cake tu..

Topping Coklat Ganache :
150ml whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 sudu besar butter
(Masak secara double boil, panaskan whipping cream hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek yg telah sejuk)

~~Selamat Mencuba~~



Simple jer, coz my beloved dotter Farrah Nur Shafieny ckp.. 'Nothing' but Chocolate 'Only'... terpaksalaa ikut.. klu tak, habis semua dia buang.. cuma mkn cake tu jer nanti..


Cake ni baru lepas kukus.. Tengah sejukkan sebelum bubuh choc ganache...


Ermmm.. Sedapnyer.. Nyum nyumm.. Very very moist.. :P

Tuesday 8 November 2011

Gulai Ikan Kering Tulang Ikan Kurau


Mmm.. Mengancam tak Gulai Ikan Kering ala Mamee Tanjung ni? hehee.. Mr Haseben suka sgt.. sampai cakap, "Nape takleh benti makan nih?".. Hingga menjilat jari.. Bonda terchinta pon suka sangat.. Siap pesan, jgn habiskan naa.. besok mak nak makan lagi.. hehee.. ibuku iteww. sayang Mak sangat2.. Memang Mak laa yang ajaq masak Gulai ikan keghin ni dulu kann.. bila mak sendiri yg cakap sedap, Saya sebagai anak muridnya rasa teramatlah seghonoknyaa.. ;D


BAHAN BAHAN :
500 gm tulang Ikan Kurau (ikan lain pon boleh jugak klu suka)
3 sudu besar rempah kari ikan (klu blh dpt rempah kari utk ikan kering lg bagus)
1 biji bawang besar, 2 ulas bwg merah, 2 ulas bawang putih (ditumbuk atau diblend)
200 ml santan kotak (klu guna santan segar lg sdp, saya mls nk gi kedai, guna santan kotak 'Ayam' brand jer)
500 ml air (boleh adjust ikut tahap kepekatan citarasa masing masing.. saya suka yang sedang2 ajer)
3/4 cawan minyak (utk tumis darat)
Garam secukup rasa (jika perlu)
Sedikit perahan air asam jawa (klu guna nenas dlm gulai, tkyah buh air asam)

Sayur sayuran boleh guna terung, kacang panjang, cili hijau atau apa saja pilihan hati.. Guna nenas pon sedap jugak, cuma klu bubuh nenas, nenas tu kenalah potong, rebus sekejap, buang airnya dan toskan supaya tak masam sgt kuah tu nanti dan supaya tak pecah minyak gulai kita nanti.. Klu mak saya, suka sgt buh keledek sikit..

CARANYA :
Rendam dulu ikan kering tu dalam air garam utk kurangkan atau hilangkan sedikit garam pada ikan tu.. Rendam air 'Garam' utk kurangkan masin?? pelek kan bunyinyer.. tp itulah petua dan teknik ibu saya.. mmg dari dulu, kini dan selamanya.. Kemudian, bersihkan ikan kering tu n toskan..
Sediakan periuk yg bersesuaian, masukkan rempah kari, air dlm 3 cawan, bawang yg ditumbuk tadi dan masak sebentar supaya hilang bau rempah tu. Bila dah hilang bau rempah, masukkan ikan kering, air asam jawa dan masak sekejap dlm 5 min camtu. Kemudian masukkan pula santan dan air. Setelah menggelegak, kecilkan api.

PENTING : Jgn masukkan GARAM dulu. Rasa dulu, sebab kengkadang ikan tu masih ada masin dia. Klu tk perlu, tkpayah bubuh lagi. Saya biasanya biar dulu, bila dh nak makan baru rasa garam dia balik, sebab kengkadang gulai tu akan jd masin bila lg lama. Garam dr ikan tu keluar bila terendam dlm gulai tu..

Sambil tu, kita boleh sediakan kuali utk buat tumis darat. Tumis darat ni, kita goreng atau tumis bawang merah (dlm 6-8 ulas), bwg putih (2 ulas yg kecil), sedikit daun kari, sedikit halba, biji sawi n jintan putih. Sukatan minyak dia lebih kurang cam kita nak menumis tu.. dlm 3/4 cawan camtu.. Bila dah garing, berwarna coklat keemasan tu, tuangkan terus ke dalam gulai kita tadi dan tutup periuk tu, supaya aroma yg harum tu tak keluar dan matikan api.

Oppss.. lupa pulak.. sayur sayran tadi, boleh di masukkan sebelum kita tuangkan bahan tumis darat tadi. Klu terung tu saya suka goreng dulu sikit, lagi sedap dan cantek sikit rupanya. Setelah beberapa minit, bolehlaa bukak periuk tu dan kacau rata bahan yg kita tumis darat tadi.. Mmm.. bau dia mmg harum sungguh.. Terbau bau pulak nih.. hehee.. :P

~~Selamat Mencuba~~

Monday 7 November 2011

Sotong Goreng Tepung


Hepi sangatttt... Kali ni baru jadi betoi 'Sotong Goreng Tepong' ku.. chantek jer melekat tepong tuu kannn.. Thanx Sue Aleen for the mabeles recipe.. Cuma akak ada add chilli flake n tepong jagung jer sikit tadi.. Pasni tkyah sesusah gi Melaka lg klu nk makan.. beli sotong, buad sendiri jer.. :)

BAHAN BAHAN :
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah
sedikit chilli flakes
sedikit daun kari

CARANYA :
1. Bersih dan toskan sotong. Potong kecil-kecil.
2. Gaul sotong dengan garam dan lada sulah.
3. Pukul telur dan rendamkan sotong seketika di dalam telur.
4. Satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, chilli flakes dan daun kari. Sotong yang telah disalut dengan telur tadi, disalut pula dengan adunan ini. Salut hingga tepung melekat pada sotong.
5. Goreng dalam minyak yang panas sedikit demi sedikit untuk mengelakkan sotong meletup. 


Friday 4 November 2011

Grilled Salmon with Lemon Sauce


Dinner tonite.. My Homemade 'Grilled Salmon with Lemon Sauce' together with Garlic buttered potatos n mix vegetables.. Thanx my dear fren Rohana Ismail and Chef Joha Hassan atas tunjuk ajar.. I marinade just with apa jer yg jumpa dlm fridge tp Mr Haseben ckp sedappp n paling penting jimat duit dia.. hehee.. :)


Lama dah teringin nak buad 'Grilled Salmon' sendiri.. ni baru laa terlaksana.. tak susah sgt rupanya.. Setelah ikan dibasuh bersih, ditoskan.. kita marinade dulu with Salt, Black Pepper, Oyster Sauce, Fish Sauce, Garlic (potong cam almond tu, cucukkan masuk ke dalam isi Salmon tu), sedikit perahan lemon, honey, olive oil dan daun Rosemary. Saya tabur juga sedikit daun ketumbar utk menaikkan lagi aromanya. Kemudian kita perap sekejap, lagi lama lagi sedap rasanya.. Saya perap 2 jam jer, sebab Mr Haseben dah nak sampai balik for dinner.. :) 


Setelah diperap for about 2 hrs, preheat the oven for about 10 mins, then bake @ 170 degree Celcius for abut 20 mins guna api atas bawah.. After that, continue for another 10 mins, guna api atas jer @ 150 degrees Celcius.. Tapi ni pon depend on oven memasinglaa jugak, sesekali kena intai intai laa jugak ya.. :)


Mmm.. dah masak dahhh.. chantek jer masak dia kann.. ;P

Saya suka mkn ngan Lemon Sauce.. ada masam masam sikit, barulaa ada kick kan.. Senang jer buad Lemon Sauce tu, mula mula cairkan lebih kurang 2 sudu makan unsalted butter. Kemudian masukkan 3/4 cawan cream (saya guna whip cream), sedikit salt n pepper n lemon juice.. Lemon juice tu ikutlaa selera memasing nak masam takat mana kann..

Lepas tu Klu nak mkn ngan potato pon boleh jugak.. Rebus potatos yg telah dipotong dgn sedikit garam hingga empuk. Kemudian cairkan sedikit garlic butter n gaulkan perlahan dengan potatos yg telah direbus tadi.. sedap nih.. bau dia jer dah cukup mengancam.. ;P

Pastu Asparagus, Brocolli n Carrot tu, saya just celur sekejap dlm air panas bersama sedikit garam dan olive oil. Setelah diangkat, sprinkle kan sedikit dgn salt n pepper dan olive oil..

Senang kannn.. dan Sangat jimat juga.. :)

 

NASI ARAB


BAHAN BAHAN :
6 pot(rice cooker) basmathi
1 kg daging
3 biji bawang besar
2 inchi halia
3 bj buah tomato yg masak
Minyak Sapi utk menumis
Sedikit bunga lawang, kulit kayu manis
3 ulas buah pelaga (yg mcm bj limau tu)
2 sudu besar rempah sup
Garam secukup rasa (lebeh kurang 3 sudu kecil)
2-3 helai daun pandan
Sedikit Pewarna Kuning atau Saffron lg bagus (klu ada)
sedikit Lada hitam biji (klu suka)

CARA CARA :
Rebus daging yg dipotong sebesar 3 jari dgn air yg banyak. Masukkan separuh bawang besar, buah tomato dan halia yg telah dimesin, serta rempah sup dan sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Masak hingga empuk.

Kemudian sediakan periuk utk masak nasi. Panaskan minyak sapi, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang n buah pelaga. Kemudian masukkan pula daging yg telah direbus tadi, balance bawang, buah tomato dan halia mesin tadi dan daun pandan. Kalau suka boleh juga bubuh sedikit lada hitam biji. Setelah naik bau, masukkan pula air rebusan daging tadi dlm 8 pot rice cooker. Tapi ini bergantung pada jenis beras jugaklaa.. yg ni saya guna beras basmathi cap Jasmine yg superlong tu.. Beras tu kena rendam dulu selama 10 min, kemudian basuh dan toskan sebelum dimasak. Bubuh garam dan transfer ke rice cooker, biarkan sampai masak. Sesekali kacau perlahan supaya masak sekata. Jgn kacau kerap sgt bila dh kering, nanti dia hancur, tk cantek nasi.

Bila dah masak betul, titik titikkan sedikit pewarna kuning ke atas nasi tadi dan biarkan (jgn kacau dulu) utk mencantekkan warna nasi tu. Boleh juga masukkan sedikit daun pudina utk menaikkan aroma. 


Jadi jugak Nasik Arab ku.. hehee.. Actually recipe ni adalah hasil olahan saya dan ibunda tersayang saya Pn Hjh Rohayah Khalid.. Dah takleh tahan, kejap kejap anak saya Farrah asyik mengaruk ajak pegi Cyberjaya makan Nasi Arab kt Restoren Nasik Arab SABA tuu.. Alhamdulillah rasanya jadik laa jugak.. Setakat ni yg dah merasa dan mencuba cakap sedap lah.. Family saya dari anak saya sampai laa ke Atuknya pon suka sangat Nasik Arab ni.. hepi sgt sgt.. :D


Utk sos dia, mesin lebih kurang 3 biji buah tomato (buang bijinya) dgn sedikit cili padi/cili merah, daun pudina, daun ketumbar dan garam mengikut citarasa. Perahkan sedikit lemon (ikut selera laa, nk masam takat mana). Klu nak sedap lagi mesin bersama minyak zaitun dan jus lemon jer.

Utk Salad pula, potong dadu timun (saya suka timun jepun) dan tomato (buang bijinya). Klu suka boleh juga bubuh bwg besar yg dihiris bulat2. Kemudian gaulkan bersama sedikit garam, minyak zaitun, daun pudina n daun ketumbar yg dicincang halus hingga rata.

Klu suka, boleh juga buat yogurt.. Saya guna sour cream bancuh dgn sedikit air dan garam. Kemudian gaul rata dgn sedikit daun pudina n daun ketumbar yg dicincang halus.

Siaplaa dah kot.. Senang kan.. Selamat Mencuba (",)