Friday 4 November 2011

NASI ARAB


BAHAN BAHAN :
6 pot(rice cooker) basmathi
1 kg daging
3 biji bawang besar
2 inchi halia
3 bj buah tomato yg masak
Minyak Sapi utk menumis
Sedikit bunga lawang, kulit kayu manis
3 ulas buah pelaga (yg mcm bj limau tu)
2 sudu besar rempah sup
Garam secukup rasa (lebeh kurang 3 sudu kecil)
2-3 helai daun pandan
Sedikit Pewarna Kuning atau Saffron lg bagus (klu ada)
sedikit Lada hitam biji (klu suka)

CARA CARA :
Rebus daging yg dipotong sebesar 3 jari dgn air yg banyak. Masukkan separuh bawang besar, buah tomato dan halia yg telah dimesin, serta rempah sup dan sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Masak hingga empuk.

Kemudian sediakan periuk utk masak nasi. Panaskan minyak sapi, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang n buah pelaga. Kemudian masukkan pula daging yg telah direbus tadi, balance bawang, buah tomato dan halia mesin tadi dan daun pandan. Kalau suka boleh juga bubuh sedikit lada hitam biji. Setelah naik bau, masukkan pula air rebusan daging tadi dlm 8 pot rice cooker. Tapi ini bergantung pada jenis beras jugaklaa.. yg ni saya guna beras basmathi cap Jasmine yg superlong tu.. Beras tu kena rendam dulu selama 10 min, kemudian basuh dan toskan sebelum dimasak. Bubuh garam dan transfer ke rice cooker, biarkan sampai masak. Sesekali kacau perlahan supaya masak sekata. Jgn kacau kerap sgt bila dh kering, nanti dia hancur, tk cantek nasi.

Bila dah masak betul, titik titikkan sedikit pewarna kuning ke atas nasi tadi dan biarkan (jgn kacau dulu) utk mencantekkan warna nasi tu. Boleh juga masukkan sedikit daun pudina utk menaikkan aroma. 


Jadi jugak Nasik Arab ku.. hehee.. Actually recipe ni adalah hasil olahan saya dan ibunda tersayang saya Pn Hjh Rohayah Khalid.. Dah takleh tahan, kejap kejap anak saya Farrah asyik mengaruk ajak pegi Cyberjaya makan Nasi Arab kt Restoren Nasik Arab SABA tuu.. Alhamdulillah rasanya jadik laa jugak.. Setakat ni yg dah merasa dan mencuba cakap sedap lah.. Family saya dari anak saya sampai laa ke Atuknya pon suka sangat Nasik Arab ni.. hepi sgt sgt.. :D


Utk sos dia, mesin lebih kurang 3 biji buah tomato (buang bijinya) dgn sedikit cili padi/cili merah, daun pudina, daun ketumbar dan garam mengikut citarasa. Perahkan sedikit lemon (ikut selera laa, nk masam takat mana). Klu nak sedap lagi mesin bersama minyak zaitun dan jus lemon jer.

Utk Salad pula, potong dadu timun (saya suka timun jepun) dan tomato (buang bijinya). Klu suka boleh juga bubuh bwg besar yg dihiris bulat2. Kemudian gaulkan bersama sedikit garam, minyak zaitun, daun pudina n daun ketumbar yg dicincang halus hingga rata.

Klu suka, boleh juga buat yogurt.. Saya guna sour cream bancuh dgn sedikit air dan garam. Kemudian gaul rata dgn sedikit daun pudina n daun ketumbar yg dicincang halus.

Siaplaa dah kot.. Senang kan.. Selamat Mencuba (",)


4 comments:

  1. Tkasih kerana berkongsi resepi yg lazat tapi mudah...insyaallah nak cuba kerana anak2 suka makan nasi briyani dan ini versi yg lebih mudah...semuga anda diberkati, amin...

    ReplyDelete
  2. Ameen.. Selamat mencuba Zainab.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam sheila. Excited kjee nk try. Tapi masalahnya, potberas rice cooker ntah mana campaknya. Agak2nya camner nk sukat kalau tak ada pot plastik tu? Terima kasih. Nk cuba sgt2 sbb kjee jugak selalu mkn nasi arab kat saba.

    ReplyDelete
  4. Wsalam Kjee.. Maaf yer saya baru perasan comment akak ni.. Saya timbang tadi, 1 pot beras tu adalah lebih kurang 150gm. Mungkin ini dapat membantu yer Kjee.. :)

    ReplyDelete